MEX Traffic - Helpline 03-83159111

MEX Traffic - Helpline 03-83159111 CEPAT JIMAT PANTAS

12/08/2026

๐Ÿšจ PERINGATAN MESRA ๐Ÿšจ

Pasang Segi Tiga Keselamatan Dengan Betul โš ๏ธ

Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa.
Jika kenderaan anda rosak di tepi jalan, pastikan segi tiga keselamatan dipasang sekurang-kurangnya 45 meter di belakang kenderaan.

Ingat!

๐Ÿ›‘ Hidupkan lampu amaran (hazard light).

๐Ÿ“ Letakkan segi tiga keselamatan di jarak yang betul.

๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธ Berdiri di kawasan selamat jauh dari laluan kenderaan.

๐Ÿš” Hubungi bantuan sekiranya perlu.

Segi Tiga Kecil, Fungsi Besar. โค๏ธ

Si Kecil juga perlukan perlindungan bila berada dalam perjalanan ๐Ÿš—๐Ÿ’›Setiap perjalanan bersama si kecil adalah tanggungjaw...
10/08/2026

Si Kecil juga perlukan perlindungan bila berada dalam perjalanan ๐Ÿš—๐Ÿ’›

Setiap perjalanan bersama si kecil adalah tanggungjawab yang besar. Penggunaan Child Restraint System (CRS) membantu melindungi si kecil daripada risiko kecederaan serius sekiranya berlaku kemalangan apabila dipasang dengan betul. ๐Ÿงธโœจ

Di Malaysia, penggunaan CRS bagi kenderaan persendirian telah diperkenalkan melalui Peraturan-Peraturan Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar dan Tempat Duduk Keselamatan Kanak-Kanak) (Pindaan) 2019 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1978 dan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2020. Boleh rujuk di sini: https://www.mot.gov.my/en/land/safety/child-car-seat-safety

Sayangi si kecil, utamakan keselamatan. Pastikan CRS dipasang dengan betul setiap kali menaiki kenderaan. ๐Ÿš˜๐Ÿ‘ถ

๐Ÿšฆ SEMPAT BELUM TENTU SELAMATSemua orang ada destinasi yang ingin dituju. Semua orang juga ingin cepat sampai.Tetapi mela...
04/08/2026

๐Ÿšฆ SEMPAT BELUM TENTU SELAMAT

Semua orang ada destinasi yang ingin dituju. Semua orang juga ingin cepat sampai.

Tetapi melanggar lampu isyarat bukan jalan penyelesaiannya. Tindakan itu bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah boleh mengganggu perjalanan dan mengundang risiko kepada pengguna jalan raya yang lain.

๐ŸŸข Hijau โ€“ Teruskan perjalanan jika keadaan selamat.
๐ŸŸก Kuning โ€“ Perlahankan kenderaan dan bersedia untuk berhenti.
๐Ÿ”ด Merah โ€“ Berhenti sepenuhnya di belakang garisan berhenti.

Patuhi lampu isyarat. Beberapa saat menunggu lebih baik daripada seumur hidup menyesal.

03/08/2026

Tahniah diucapkan kepada Ts. Dr. Rohaya binti Abdullah atas pelantikan sebagai Pengarah Perancangan Lembaga Lebuhraya Malaysia berkuat kuasa pada 3 Ogos 2026.

Semoga di bawah kepimpinan baharu ini, agenda perancangan organisasi terus diperkasakan demi mencapai kecemerlangan yang berterusan.

03/08/2026
Tahniah diucapkan kepada YBrs. Ir. Dr. Mohammed Ridzuan bin Jahidin atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Ope...
03/08/2026

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Ir. Dr. Mohammed Ridzuan bin Jahidin atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Lebuhraya Malaysia yang baharu.

Selamat menjalankan tugas.

'Kecemerlangan sesebuah organisasi terhasil daripada gabungan visi yang jelas, usaha yang konsisten dan kepimpinan yang berwibawa.'

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Ir. Dr. Mohammed Ridzuan bin Jahidin atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Lebuhraya Malaysia yang baharu berkuat kuasa pada 3 Ogos 2026.

Semoga di bawah pimpinan tuan, sektor lebuh raya menjadi lebih berkembang selaras dengan aspirasi pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat.

Selamat menjalankan tugas tuan!๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿซฑ๐Ÿปโ€๐Ÿซฒ๐Ÿป

โš ๏ธPENUTUPAN JALANโš ๏ธPerhatian kepada pengguna Lebuhraya MEX.Dimaklumkan bahawa kerja - kerja penyelenggaraan dan pemotong...
30/07/2026

โš ๏ธPENUTUPAN JALANโš ๏ธ

Perhatian kepada pengguna Lebuhraya MEX.

Dimaklumkan bahawa kerja - kerja penyelenggaraan dan pemotongan pokok akan dijalankan pada 31 Julai 2026 (Jumaat), bermula dari jam 10.00 malam sehingga 5.00 pagi.

Penutupan jalan akan dibuat dari arah MRR2 / Lebuhraya KESAS menghala ke Kuala Lumpur.

Pengguna Lebuhraya yang melalui lokasi berkenaan dinasihatkan agar sentiasa berhati - hati ketika memandu serta mematuhi semua arahan papan tanda di lokasi.

Segala kesulitan amat dikesali.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Astro Radio Traffic

22/07/2026

๐Ÿ’ก Tahukah anda?

Memandu secara berterusan di lorong kanan tanpa tujuan memotong boleh menjadi kesalahan di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

โŒ Kegagalan mematuhi peraturan ini boleh dikenakan kompaun atau tindakan mahkamah.

๐Ÿ‘‰ Gunakan lorong kanan hanya apabila perlu memotong dan kembali ke lorong kiri selepas memotong.

Pandu ikut peraturan. Hormati hak pengguna jalan raya yang lain.

KP Miros
PLUS Malaysia
Lembaga Lebuhraya Malaysia
South Klang Valley Expressway (SKVE)

20/07/2026

โš ๏ธ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—”๐—ง๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—ก๐—” ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—จ๐—›๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐— ๐—˜๐—ซโš ๏ธ

Pembayaran tol melalui kad debit / kredit (Sistem Pembayaran Terbuka - SPT) kini sedang mengalami masalah teknikal di Plaza Tol Seri Kembangan (ke dua-dua arah).

๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ผ๐—น ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ถ ๐—ฅ๐—™๐—œ๐——, ๐—ง๐—ผ๐˜‚๐—ฐ๐—ต โ€˜๐—ป ๐—š๐—ผ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ง๐—”๐—š ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ. Kerja - kerja pembaikan sedang dijalankan.

Sila pastikan baki kad fizikal / eWallet TNG mencukupi bagi mengelakkan kesulitan.

Terima kasih.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Astro Radio Traffic

Send a message to learn more

Address

No. 1, Maju Expressway (MEX)
Cyberjaya
63000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MEX Traffic - Helpline 03-83159111 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MEX Traffic - Helpline 03-83159111:

Shortcuts

Share