MIGHT

Call Directions Website Contact the business

MIGHT MIGHT serves as a think-tank, facilitating industry development through the application of STI. The official MIGHT page.

MISI MERAKYATKAN SAINS, MALAYSIA TECHLYMPIC ZON SARAWAK 2026SIBU, 28 September 2026 | Universiti Teknologi Sarawak (UTS)...
29/09/2026

MISI MERAKYATKAN SAINS, MALAYSIA TECHLYMPIC ZON SARAWAK 2026

SIBU, 28 September 2026 | Universiti Teknologi Sarawak (UTS) menjadi tuan rumah Malaysia Techlympics 2026 Peringkat Zon Sarawak, yang menyaksikan lebih 1,000 peserta dan guru meraikan kreativiti dan inovasi dalam Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).

Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datu Haji Adana bin Haji Jed, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak. Turut menyerikan majlis, Yang Berbahagia Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) dan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin penting daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta pelbagai agensi, termasuk Yang Berusaha Tuan Robert Tai Chiang Vun, Naib Presiden Kanan, Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) dan Yang Berbahagia Prof Ir Ts Dr Mohammad Shahril bin Osman, Naib Canselor, Universiti Teknologi Sarawak (UTS).

Malaysia Techlympics 2026 Zon Sarawak adalah platform penting untuk mengasah bakat dan menyemarakkan budaya inovasi dalam kalangan generasi muda Sarawak.

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara ini dan teruskan usaha dalam memperkukuh ekosistem STI!

28/09/2026
MISI MEMPERKASAKAN STEM DI PEDALAMAN SABAH.Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berserta MIGHT sebagai rakan...
16/09/2026

MISI MEMPERKASAKAN STEM DI PEDALAMAN SABAH.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berserta MIGHT sebagai rakan strategik terus komited merapatkan jurang digital dan memupuk minat generasi muda terhadap bidang STEM menerusi Program Jangkauan Keterangkuman Malaysia Techlympic 2026 (MT2026) di Negeri di Bawah Bayu, menjelajahi Daerah Keningau dan Nabawan, Pensiangan.

Bengkel Guru di IPG Kampus Keningau (14 September). Lapan orang guru sekitar Keningau diberikan pendedahan eksklusif mengenai pertandingan Malaysia Techlympic.

Usaha ini bagi memacu lebih banyak penyertaan dari Sabah untuk edisi tahun 2027 serta Pertandingan Peringkat Zon Sabah yang bakal berlangsung pada 21-22 September ini di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Jangkauan Keterangkuman di SK Pekan Pensiangan K9, Nabawan. Kunjungan khas ke Sekolah Model Khas Komprehensif 9 yang menempatkan 150 murid (Pra-sekolah hingga Tingkatan 3) dan didukung oleh 28 guru telah diadakan.

Pelbagai aktiviti STEM interaktif dan menyeronokkan telah diadakan seperti Siasatan Jenayah, WEC Engineering, dan Soccer Bot!

Bagi memastikan anak-anak pedalaman tidak ketinggalan, pihak MOSTI turut menjemput murid berserta guru untuk merasai sendiri kehangatan dan melawat Pertandingan Malaysia Techlympic Peringkat Zon Sabah di UMS nanti.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026Kekuatan Malaysia lahir daripada keunikan kepelbagaian dan keutuhan perpaduan kita.B...
16/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026

Kekuatan Malaysia lahir daripada keunikan kepelbagaian dan keutuhan perpaduan kita.

Berteraskan semangat Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati, marilah kita terus bersatu hati memacu inovasi dan memanfaatkan teknologi demi masa depan negara yang lebih gemilang dan inklusif.

Tulus ikhlas daripada seluruh warga MIGHT.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69!Hari Perpaduan untuk kita raikan semangat kemerdekaan, penyatuan jiwa bangsa dan kekuatan ...
31/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan ke-69!

Hari Perpaduan untuk kita raikan semangat kemerdekaan, penyatuan jiwa bangsa dan kekuatan yang membentuk Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat.

Semoga semangat Merdeka terus membara, demi membina masa depan yang lebih maju, berdaya tahan dan sejahtera.

Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati.

🇲🇾

28/08/2026

NICE 2026 — That’s a Wrap!

Three days of ideas, meaningful conversations, and new possibilities.

As NICE 2026 draws to a close, MIGHT is proud to have contributed to this vibrant exchange, sharing insights on the future of technology and industry, engaging with partners, and forging new connections across Malaysia’s innovation ecosystem.

From leading our conference session on day 1, entitled “The Future We Must Build: Powered by Technology,” to the many conversations at our booth. One thing is clear: innovation thrives when people and ideas come together.

Our congratulations to Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) and MRANTI for their exceptional stewardship of NICE 2026.

See you at NICE 2027!

NILAI, N. SEMBILAN 26 to 27 August 2026 - The Malaysia Techlympics 2026, a Central Zone science-based competition, is th...
26/08/2026

NILAI, N. SEMBILAN 26 to 27 August 2026 - The Malaysia Techlympics 2026, a Central Zone science-based competition, is the third zonal competition in the series, aimed at inspiring and nurturing the next generation of STEM talent in Malaysia.

Datuk Ir Khalilur Rahman, a member of the Board of Directors of MIGHT, along with his organisation, System Consultancy Services Sdn Bhd (SCS), participated in MT2026, held at Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). He joined over 2,000 students from Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, and Putrajaya as they competed in a variety of STEM-centric challenges.

MIGHT acted as the Strategic Partner for MT2026, facilitating collaborations with industry partners to present hands-on STEM activities and experiences for youth. This initiative is part of the science enculturation efforts organised by MOSTI. Thank you System Consultancy Services Sdn Bhd (SCS), Sasbadi Sdn Bhd, Cybersecurity Malaysia, Nuclear Malaysia, Petrosains and PROTON for your support as the Industry partners.


Address

MIGHT Partnership Hub, Jalan Impact
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

+60383157888

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MIGHT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MIGHT:

Shortcuts

Share