Akademi Cetak Malaysia

Akademi Cetak Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Akademi Cetak Malaysia, Consulting Agency, Cyberjaya.

PERSONAL COACHING“DESIGNER COME PRINTER”Arsyhad Kyairull seorang designer hebat. Hari ini dia ambil keputusan untuk menj...
19/08/2019

PERSONAL COACHING
“DESIGNER COME PRINTER”
Arsyhad Kyairull seorang designer hebat. Hari ini dia ambil keputusan untuk menjadi usahawan percetakan. Dia datang dari jauh, Kota Tinggi ke Bandar Baru Bangi hanya kerana ilmu. Semangat ini yang aku hormati. Jadi dalam sesi personal coaching ini, aku nasihatkan perkara-perkara penting.
+ Menteliti designer kena ditukar cepat-cepat. Jangan buang masa yang banyak buat design cantik-cantik, walhal pelanggan itu bukan kategori yang appriciate pun benda-benda seni kau tu.
+ Market segmen itu penting. Tidak semua orang adalah pelanggan kau. Pilihlah mahu pelanggan yang bagaimana.
+ Jangan tergesa-gesa beli mesin, bina dan kuatkan dahulu tim asas. Beranikan diri hire staf untuk ringankan beban. Jangan semua benda nak buat sendiri.
+ Jangan bersaing dengan pesaing kita. Jadikan mereka key partner kita. Job banyak, sub pada mereka.
+ Tugas kau sekarang adalah membangunkan bisnes, buat networking dan cari sumber. Jangan buang masa melangok cari idea design lagi.
Selesai di PakarCetak.my Bangi, aku terus bawa dia melawat ke kilang offset di Serdang p**a. Nampak sangat terujanya dia. Macam tak nak balik.

26/06/2019

Multi Sources Income Dalam Perniagaan Percetakan

Perniagaan percetakan kita perlu mempunyai kepelbagaian sumber pendapatan. Jangan mengharap hanya kepada 1 sumber sahaja.
1. Pelanggan walk-in. Bayaran Secara Tunai

2. Pelanggan online. Bayaran Secara Tunai

3. Pelanggan dari sektor kerajaan, GLC dan swasta. Bayaran menggunakan LO/LPO/PO

4. Agen Jualan. Tunai & Kredit

5. Pendapatan dari pelaburan pasif seperti Fix Deposit

Bagi setiap jenis pendapatan ini, letakkan target jualan dan keuntungan yang kita mahukan. Rangka strategi satu persatu bagi mencapai target-target ini. Serahkan kepada leader bagi setiap kategori.

Semua jenis aktiviti ini boleh dijalankan atas satu syarikat. Jika nanti angka-angka jualan sudah meningkat, pecahkan setiap daripada jenis pendapatan ini kepada syarikat-syarikat yang berbeza. Setiap syarikat akan mempunyai roadmapnya sendiri.

Address

Cyberjaya
63000

Telephone

+60389256878

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Cetak Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share