24/06/2025
Herpes dan Pengendali Makanan: Luka Yang Tak Boleh Disembunyikan di Dapur
1. Pernahkah awak lihat seorang pengendali makanan yang bibirnya melepuh kecil, seakan luka terbakar kecil, tapi masih menyenduk kari, menyusun lauk, atau membungkus nasi lemak untuk di jual? Mungkin kita tak berani bertanya. Mungkin dia pun tak tahu itu adalah herpes.
2. Herpes bukan sekadar sakit bibir. Ia adalah jangkitan virus Herpes Simplex Virus (HSV) yang boleh datang dalam diam, tanpa tanda, atau muncul jelas dalam bentuk luka kecil berair. Yang biasa kita lihat? Herpes mulut (HSV-1). Tapi ada juga jenis lain, herpes ge***al (HSV-2), yang lebih senyap tapi masih menularan walaupun ia tidak membawa maut, ia boleh membawa risiko dalam dapur, jika tidak dikawal dengan baik.
3. “Luka kecil, kesannya besar...”
Herpes boleh berjangkit melalui sentuhan langsung. Bibir yang ada herpes aktif, tangan yang menyentuh luka lalu menghidang makanan..... cukuplah untuk virus berpindah..... Lebih-lebih lagi dalam dunia makanan,... kebersihan bukan pilihan. Ia kewajiban.
4. Kalau awak pengendali makanan, dan awak ada herpes... Jangan panik. Jangan malu. Jangan abaikan. Herpes bukan kutukan. Ia cuma cabaran.
Tapi awak perlu:
✅ Elak sentuh makanan secara langsung (pakai sarung tangan & penutup mulut jika perlu).
✅ Jangan bekerja di dapur jika herpes aktif & terbuka — terutama jika di mulut atau tangan.
✅ Segera berjumpa doktor untuk rawatan antiviral.
✅ Maklumkan kepada ketua dapur atau pengusaha – kita bukan membawa aib, kita menjaga amanah.
Dan yang paling penting…
🧼 Cuci tangan seperti awak sedang menjaga anak kecil dalam NICU.
🌡️ Kawal simptom seperti awak menjaga suhu peti sejuk.
5. Akhir Kata dari Dapur Hati
Dalam dunia makanan, kita bukan sekadar memasak. Kita menjaga nyawa.
Herpes mungkin kecil, tapi jika tak dikawal, ia boleh merosakkan kepercayaan pelanggan dan lebih penting, mencemarkan makanan.
Jadi jika awak tahu awak ada herpes... rawatlah, berehatlah dan kembalilah ke dapur hanya bila benar-benar bersih dan sembuh.
Kerana dapur bukan tempat untuk kita sembunyikan luka, tetapi tempat kita menyembuh kepercayaan. Jangan bangga sangat kerana awak mungkin PUNCA.
Sumber: