02/12/2017
Semua ibu bapa nak anak jadi orang cerdik pandai kan
Kalau boleh, lepas beranak je nak terus hantar tadika
Tapi mustahil lah kan 😂
Apa kata kita buat amalan-amalan mendidik anak sejak dalam kandungan
Yang baru mengandung tu eloklah sangatlah amalkan sejak awal
Yang dah nak bersalin pun boleh buat jugak, tak terlambat pun
Apadia tu, amalan didik anak sejak dalam kandungan? cekidout 👇
1. - ajak bayi berbual dan panggil dengan nama yang baik. Masuk trimester kedua, usap perut ibu dan berbual dengan bayi. Di ketika ini, bayi sudah boleh mengenali suara ibu mereka. Jadi,berkomunikasilah dengan mereka lebih kerap
2. yang baik. Panggil mereka dengan nama baik maksudnya semasa berbual
3. dengan bayi. Walaupun ayah tak dapat merasa tendangan bayi, namun mereka juga perlukan sentuhan dari ayah. Usap dan belai perut ibu supaya bayi dapat merasa kasih sayang anda. Lebih seronok jika anda merakam suara ayah dan beri bayi dengar bila-bila masa
4. - selain berbual, digalakkan juga memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada bayi. Baik dengan pembacaam sendiri (ibu dan ayah) ataupun melalui rakaman. Namun, adalah lebih afdhal jika ibu bapa bacakan sendiri pada bayi. Mudah-mudahan bayi akan merasa tenang dan selamat
5. - sebagai orang islam, kita digalakkan banyakkan beribadat, baca quran dan berdoa memohon pertolongan Allah. Apalagi jika ibu mengandung. Semoga dengan amalan baik itu dapat membentuk peribadi bayi yang lebih mulia
6. - Selain bacaan Quran, ibu bapa boleh juga memperdengarkan alaunan muzik yang klasik dan tenang. Menurut kajian, ia dapat meransang perkembangan otak bayindalam kandungan
7. - Ibu bapa juga digalakkan membaca buku-buku ilmiah seperti kisah nabi, atau kisah tauladan. Baca dengan kuat supaya turut mendengar. Berceritalah seperti mereka berada didepan mata kita. Apabila ibu gembira, bayi turut gembira. Elakkan stress kerana ia sedikit sebanyak memberi kesan pada bayi
8. - Dipercayai ibu yang gemar membuat latihan matematik sepanjang hamil dapat meransang perkembangan otak bayi. Jadi, rajin-rajinlah buat latihan matematik atau soalan yang menguji IQ.
9. - Ibu hamil perlu menjaga pemakanan. Pastikan makanan yang diambil itu berkhasiat dan bersih serta halal. Ini kerana setiap apa yang ibu makan, akan sampai pada bayi. Dan melalui pemakananlah yang akan membentuk peribadi bayi
Ok, tu je setakat ni. dan lah husband korang supaya diorang pun tahu dan beri kerjasama.
Benda ni nak buat sorang-sorang tak jadi jugak. lagi-lagi kalau dah ada anak 2 - 3 orang
KakNana masa pregnant anak sulung dulu, rajin buat latihan matematik
Masuk anak kedua ketiga, tak jumpa dah buku, pensel. Dok pegang senduk sudip je 😅
SEMOGA BERMANFAAT 😉