UMPSA Holdings Group

Directions Website Contact the business

UMPSA Holdings Group Sustainability Through Innovation

Tahniah Kepada Semua Graduan Majlis Konvokesyen UMPSA Kali Ke-21 (2026)Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepa...
30/10/2026

Tahniah Kepada Semua Graduan Majlis Konvokesyen UMPSA Kali Ke-21 (2026)

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh graduan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sempena Majlis Konvokesyen Kali Ke-21 | 2026!

Segala pengorbanan, usaha gigih, dan ketekunan sepanjang pengajian kini membuahkan hasil yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada masa depan yang gemilang serta pembakar semangat untuk terus melangkah jauh dan memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat serta negara.

Selamat maju jaya buat semua graduan!

UMPSA Holdings Expands Cross-Industry Strategic Collaborations Through MoU Signing with Five Key PartnersNew business op...
30/10/2026

UMPSA Holdings Expands Cross-Industry Strategic Collaborations Through MoU Signing with Five Key Partners

New business opportunities emerge as UMPSA Holdings steps forward to drive sustainable growth and cross-industry innovation! The Memorandum of Understanding (MoU) signing ceremony with five strategic partners, Masdimax Resource, Tigre Development, AGKL Creative Agency, ELMU University, and Richiamo Coffee was witnessed by the Managing Director and Group Chief Executive Officer of UMPSA Holdings , Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, Head of Strategic Business Development Division, Dato' Sri Dasyarina Sarilah Daud, alongside senior management members from both sides.

This multi-sectoral collaboration encompasses infrastructure development with Masdimax Resource, athletic facilities through Tigre Development, and digital media solutions provided by AGKL Creative Agency. At the same time, this partnership strengthens TVET training and knowledge transfer alongside ELMU University, while expanding entrepreneurial networks and coffee enterprises through Richiamo Coffee.

This strategic milestone reflects UMPSA Holdings' commitment to uniting corporate leadership, technical expertise, and academic excellence. May this dynamic alliance drive continuous innovation and bring high-impact success across the business ecosystem!

29/10/2026

Recap 28 Oct 2026: MoU Signing & Podcast with Owner of Richiamo Coffee

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA 18 STAF ATAS PENTAULIAHAN TTT!Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada 18 orang kak...
29/10/2026

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA 18 STAF ATAS PENTAULIAHAN TTT!

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada 18 orang kakitangan Kumpulan UMPSA Holdings yang telah berjaya ditauliahkan sebagai Tenaga Pengajar (TTT) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Dengan pencapaian ini, jumlah keseluruhan kakitangan kumpulan yang telah ditauliahkan sebagai TTT kini meningkat kepada 32 orang, semakin menghampiri sasaran 50 orang tenaga pengajar bertauliah! 👏🏻

Kejayaan ini merupakan satu langkah penting dalam usaha UMPSA Holdings memperkasakan kompetensi, meningkatkan kemahiran dan membangunkan potensi kakitangan sebagai tenaga pengajar yang berkelayakan dan kompeten.

Setiap pentauliahan merupakan pelaburan dalam pembangunan modal insan serta pemangkin kepada perkongsian ilmu, peningkatan kualiti latihan dan pembentukan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

🚀 32 DARIPADA 50 TENAGA PENGAJAR TTT BERTAULIAH

64% DICAPAI | 18 LAGI UNTUK MENCAPAI SASARAN!

Bersama-sama kita terus melangkah ke arah sasaran 50 tenaga pengajar bertauliah!

Memperkasa Kompetensi, Membina Kepakaran, Membentuk Masa Depan. 💪🏻

UMPSA Holdings Terima Lawatan Teknikal Program FMPro Apprentice CIDBUMPSA Holdings dengan berbesar hati menerima kunjung...
29/10/2026

UMPSA Holdings Terima Lawatan Teknikal Program FMPro Apprentice CIDB

UMPSA Holdings dengan berbesar hati menerima kunjungan rasmi Lawatan Teknikal Program FMPro Apprentice CIDB 2026 di Kompleks UMPSA Holdings Gambang. Program selama dua hari ini merangkumi taklimat komprehensif serta lawatan tapak berkaitan operasi pengurusan fasiliti, sistem kejuruteraan, perkhidmatan pembersihan, dan pengurusan landskap.

Sesi taklimat dan perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh wakil UMPSA Consultancy, Encik Khalil Firdaus bin Mustafa selaku Selaku Pengurus Pengurusan Fasiliti.

Kolaborasi ini mencerminkan komitmen berterusan UMPSA Holdings dalam berkongsi kepakaran industri, memacu kecemerlangan operasi, serta memperkasakan pembangunan bakat profesional dalam sektor pengurusan fasiliti.

KUNJUNGAN HORMAT UMPSA HOLDINGS KE PEJABAT HALIM MAZMIN GROUPUMPSA Holdings telah mengadakan satu sesi kunjungan hormat ...
28/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT UMPSA HOLDINGS KE PEJABAT HALIM MAZMIN GROUP

UMPSA Holdings telah mengadakan satu sesi kunjungan hormat ke Pejabat Halim Mazmin Group bersama Pengerusi Eksekutif Halim Mazmin Group, YBhg. Tan Sri (Dr.) Halim Mohammad.

Kunjungan ini diwakili oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, serta Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan Strategik, Dato' Sri Dasyarina Sarilah Daud.

Sesi ini menjadi platform terbaik untuk memperkukuh hubungan strategik, bertukar pandangan serta meneroka peluang kerjasama dalam bidang perniagaan, pembangunan projek dan perkhidmatan.

Melalui perbincangan ini, kedua-dua pihak melihat potensi besar dalam memperluas jalinan kerjasama strategik demi memacu pembangunan perniagaan dan pertumbuhan industri secara mampan.

UMPSA Holdings sentiasa komited untuk meneroka potensi kerjasama industri serta memperkasakan inovasi dan teknologi demi kemajuan bersama.

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA 14 STAF ATAS PENTAULIAHAN TTT!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 14 orang staf UMPSA Hol...
23/10/2026

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA 14 STAF ATAS PENTAULIAHAN TTT!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 14 orang staf UMPSA Holdings Group yang telah berjaya ditauliahkan sebagai Tenaga Pengajar (Train-the-Trainer – TTT) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Semoga pentauliahan ini menjadi pemangkin kepada peningkatan kompetensi, perkongsian ilmu, serta pembangunan kemahiran dalam kalangan warga kerja kita.

Diharapkan semua tenaga pengajar yang ditauliahkan dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh untuk menyumbang ke arah pembangunan modal insan dan kecemerlangan UMPSA Holdings Group secara berterusan.

Syabas dan tahniah! Semoga terus maju dan sukses!

UMPSA HOLDINGS SUMBANG RM10,000 BAGI PROJEK PEMBINAAN JAMBATAN LALUAN PELAJAR KE MASJID AL-JAZARI, UMPSA PEKANUMPSA Hold...
23/10/2026

UMPSA HOLDINGS SUMBANG RM10,000 BAGI PROJEK PEMBINAAN JAMBATAN LALUAN PELAJAR KE MASJID AL-JAZARI, UMPSA PEKAN

UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (UMPSAH) telah menyumbangkan sebanyak RM10,000.00 bagi menyokong Projek Pembinaan Jambatan Laluan Pelajar ke Masjid Al-Jazari, UMPSA Pekan sebagai usaha membantu meningkatkan kebajikan dan keselamatan mahasiswa.

Pembinaan jambatan ini dijangka dapat memendekkan jarak perjalanan pelajar sehingga 60%, sekali gus memudahkan akses ke masjid dengan lebih selamat, khususnya pada waktu malam dan ketika musim hujan. Inisiatif ini turut diharap dapat menggalakkan penyertaan mahasiswa dalam solat berjemaah serta aktiviti keagamaan di masjid.

Sumbangan ini disampaikan menerusi penyerahan cek replika sempena Majlis Peluncuran Dapur Siswa MADANI di UMPSA Pekan yang turut dihadiri oleh Ke Bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, serta YB Menteri Pendidikan Tinggi.

UMPSAH komited untuk terus menyokong inisiatif yang memberi manfaat kepada komuniti universiti, selaras dengan usaha memperkukuh kesejahteraan mahasiswa dan mewujudkan persekitaran kampus yang lebih selamat serta kondusif.

UMPSA HOLDINGS HONOURED WITH THE INFRASTRUCTURE & CONNECTIVITY AWARD AT THE IMT-GT REGIONAL BUSINESS EXCELLENCE AWARDS 2...
22/10/2026

UMPSA HOLDINGS HONOURED WITH THE INFRASTRUCTURE & CONNECTIVITY AWARD AT THE IMT-GT REGIONAL BUSINESS EXCELLENCE AWARDS 2026

UMPSA Holdings is proud to receive the Infrastructure & Connectivity Award at the IMT-GT Regional Business Excellence Awards 2026, held at the KLGCC Convention Centre!

We were truly honoured by the presence of His Excellency Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Governor of Melaka, as our Guest of Honour.

Accepting the award on behalf of UMPSA Holdings was Ts. Mohd Fadzil Mohd Idris, accompanied by Dato’ Sri Dasyarina Sarilah Daud (Head of Strategic Business Development Division) together with our valued clients and business partners.

This recognition reflects our team’s tireless commitment to building sustainable infrastructure and strengthening regional growth.

Thank you to IMT-GT, our incredible team, and our partners for walking this journey with us. Together, we continue to push boundaries and power regional connectivity!

UMPSA Technology Sdn. Bhd. Kini Berdaftar sebagai Kontraktor CIDB Gred G6Satu lagi pencapaian membanggakan buat UMPSA Ho...
20/10/2026

UMPSA Technology Sdn. Bhd. Kini Berdaftar sebagai Kontraktor CIDB Gred G6

Satu lagi pencapaian membanggakan buat UMPSA Holdings Sdn. Bhd. apabila anak syarikatnya, UMPSA Technology Sdn. Bhd., secara rasmi telah memperoleh pendaftaran sebagai Kontraktor CIDB Gred G6 di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Pendaftaran ini merangkumi kategori Bangunan (B: B04), Pembinaan Kejuruteraan Awam (CE: CE21), serta Mekanikal dan Elektrikal (ME: M15).

Pencapaian ini memperkukuh lagi keupayaan serta kredibiliti UMPSA Technology dalam mengendalikan projek-projek berskala besar, di samping membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik dalam industri pembinaan, kejuruteraan, dan teknologi.

Membina Kepercayaan. Menyampaikan Kecemerlangan.

Address

Kompleks UMPSA Holdings, Persiaran Bandar Gambang, ⁣ Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
Gambang
26300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMPSA Holdings Group posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to UMPSA Holdings Group:

Shortcuts

Share

Nearby businesses