16/10/2024
โฃ๏ธApabila menggabungkan perisa ke dalam resipi anda, penting untuk menggunakan dos flavour yang disyorkan berikut berdasarkan berat keseluruhan semua bahan-bahan termasuk cecair dan gula:
๐ฐ๐๐๐ค ๐๐๐ง ๐๐จ๐ง๐๐๐ค๐ฌ๐ข (๐-๐%)๐ฐ
Untuk kek dan konfeksi, sasarkan 1-2% perisa. Ini bermakna jika berat keseluruhan bahan anda adalah 1,000 gram, anda perlu menggunakan 10-20 gram perisa. Mulakan dengan 1% untuk rasa yang halus dan tingkatkan kepada 2% untuk rasa yang lebih ketara.
๐ช๐๐จ๐ญ๐ข & ๐๐ข๐ฌ๐ค๐ฎ๐ญ (๐-๐%)๐ช
Dalam roti dan biskut, dos yang disyorkan adalah 2-5%. Untuk berat keseluruhan 1,000 gram, ini bererti 20-50 gram perisa. Mulakan pada 2% untuk rasa yang ringan dan sesuaikan kepada 5% untuk profil yang lebih kuat.
๐ฎ๐๐๐ฅ๐ข & ๐๐ฎ๐๐ข๐ง๐ (๐.๐-๐%)๐ฎ
Untuk jeli dan puding, gunakan 0.5-2% perisa. Untuk berat keseluruhan 1,000 gram, anda akan menambah 5-20 gram perisa. Mulakan dengan 0.5% untuk rasa yang ringan dan tingkatkan hingga 2% untuk rasa yang lebih kaya.
๐ฏ๐๐ง๐ญ๐ข ๐๐๐ง ๐๐จ๐ฉ๐ฉ๐ข๐ง๐ (๐.๐-๐%)๐ฏ
Dalam inti dan topping, julat yang disyorkan adalah 0.5-3%. Ini bermakna untuk 1,000 gram bahan keseluruhan, anda akan menggunakan 5-30 gram perisa. Mulakan dengan 0.5% untuk penambah rasa yang lembut dan pergi hingga 3% untuk rasa yang lebih kukuh.
-------------------------------------------------
๐ฝ๐๐ง๐๐ฉ ๐๐๐จ๐๐ก๐ช๐ง๐ช๐๐๐ฃ: ๐๐ฃ๐๐๐ฉ ๐๐๐๐๐ฌ๐ ๐ฅ๐๐ง๐๐ฉ๐ช๐จ๐๐ฃ ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ง๐๐๐จ๐๐ง๐ ๐๐ฃ ๐๐๐ง๐๐ฉ ๐ ๐๐จ๐๐ก๐ช๐ง๐ช๐๐๐ฃ ๐จ๐๐ข๐ช๐ ๐๐๐๐๐ฃ, ๐ฉ๐๐ง๐ข๐๐จ๐ช๐ ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ฃ ๐๐ช๐ก๐, ๐ช๐ฃ๐ฉ๐ช๐ ๐ข๐๐ข๐๐จ๐ฉ๐๐ ๐๐ฃ ๐ฅ๐๐ง๐๐จ๐ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐ฉ๐๐ฅ๐๐ฉ.
Penjelasan ini diharapkan dapat membantu menjelaskan cara menggunakan flavour dan emulco ๐๐ฒ๐
๐ฅ๐๐ฏ๐จ๐ซ dengan berkesan dalam pelbagai resipi! Selamat mencuba ๐ฅฐ