17/08/2024
INFO TAMBAHAN PENGECUALIAN FAEDAH CARUMAN LEWAT BAYAR
Para majikan yang dihormati,
Bagi menjawab persoalan yang timbul rentetan daripada pengumuman FCLB yang dikeluarkan oleh PERKESO pada 15 Ogos 2024, pengecualian FCLB yang diberikan adalah bagi pembayaran caruman bulan Julai 2024 yang telah dilanjutkan tempoh akhir pembayarannya sehingga 31 Ogos 2024.
Diharap para majikan ambil maklum dan dapat melaksanakan bayaran pada tempoh yang telah ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
PERKESO itu Prihatin, Prihatin itu PERKESO