Nota Bisnes Marhean

Directions

Nota Bisnes Marhean Perkongsian pengurusan bisnes dari marhean penting untuk mengawal aliran kewangan khususnya supaya boleh ke hadapan dengan lebih yakin dan berstrategi.

Jangan lupa tekan butang follow dan "see first" utk nantikan pengisian seterusnya. ANGR 003288020-H

28/10/2023

Ada benarnya πŸ˜†πŸ˜†

Selamat maju jaya! 😎Untuk pemilik bisnes enterprise, sila cari salah satu golongan di bawah untuk penyediaan checklist t...
01/03/2022

Selamat maju jaya! 😎

Untuk pemilik bisnes enterprise, sila cari salah satu golongan di bawah untuk penyediaan checklist tertera ya! :

1. Firma akaun dan cukai
2. Akauntan merangkap ejen cukai
3. Freelancer yg berasal dari practitioner firma akaun dan cukai yang berpengalaman

 SM - untuk Sumber Manusia (HR)*rujuk posting 003 - 6 Asas Pengurusan Bisnes*- selalu kita dengar HR i.e. Human Resource...
10/11/2021



SM - untuk Sumber Manusia (HR)
*rujuk posting 003 - 6 Asas Pengurusan Bisnes*

- selalu kita dengar HR i.e. Human Resource
- utk bisnes IKS (terutamanya enterprise dan partnership) selalunya lingkungan staf adalah tidak ramai
- malah ada pemilik yang menjadi staf kpd syarikat sendiri, menguruskan sendiri aktiviti bisnes tanpa staf upahan
- jika kita ingin ambil staf, pastikan tahu jenis staf yg kita ambil secara full time/ contract/ part time
- apa surat-surat dan penyata perlu kita sediakan
- perlu ambil tahu undang-undang berkaitan staf
- wajib ambil tahu tentang KWSP, PERKESO dan SIP (apa dia tu? Perlu carum ke? Bila perlu mula carum? Bagaimana?)
- ambil tahu pasal LHDN - sbb akn ada yg gajinya lebih Rm4k, kena urus Potongan Cukai Bulanan (PCB) pulak.
- boleh ke pemilik enterprise ambil gaji? Bagaimana?

Jadi, perkara di atas antara perkara perlu diberi perhatian dan di kemas kini dalam dokumentasi HR bisnes.

Moga bermanfaat. 😎

006

====

Rasa bermanfaat? Nak simpan nota dan kongsikan keluar?

Silakan. πŸ˜‰

 T - untuk TADBIR (ADMIN)*rujuk posting 003 - 6 Asas Pengurusan Bisnes*- iaitu pentadbiran- selalunya untuk syarikat ber...
07/11/2021



T - untuk TADBIR (ADMIN)
*rujuk posting 003 - 6 Asas Pengurusan Bisnes*

- iaitu pentadbiran
- selalunya untuk syarikat bersaiz kecil (IKS), mereka akan gabungkan position admin, HR & kewangan
- pentadbiran akan melibatkan banyak aktivti dokumentasi sama ada berkaitan umum bisnes, HR dan juga kewangan
- dapat pastikan dokumentasi bisnes dijaga dengan baik untuk memastikan kelancaran aktiviti bisnes

Di dalam gambar, disertakan contoh dokumentasi asas bisnes yang perlu ada.

Dicadangkan dokumentasi disusun dan disimpan dalam fail untuk rujukan masa depan.

Moga bermanfaat. 😎

005

====

Rasa bermanfaat? Nak simpan nota dan kongsikan keluar?

Silakan. πŸ˜‰

 SISTEMKenapa perlu ada sistem?- pengurusan sistematik- mudah untuk trace sumber kewangan dan jaga aliran tunai- patuh u...
06/11/2021



SISTEM

Kenapa perlu ada sistem?

- pengurusan sistematik
- mudah untuk trace sumber kewangan dan jaga aliran tunai
- patuh undang2 (Contoh : submit penyata ke LHDN, mudah urusan permohonan geran)
- hala tuju bisnes yang jelas
- senang kembangkan bisnes
- senang jaga modal tak rugi
- elak ketirisan wang
- dan lain-lain lagi.

Contoh aliran sistem mudah - untuk aktiviti Jualan :

Bisnes A : Gerai kuih-muih sarapan pagi

1. Sediakan duit tunai runcit (untuk tukaran) Rm100
2. Kuih muih di hidang digerai. Pelanggan bayar secara tunai sahaja.
3. Duit jualan di letak dalam peti tunai.
4. Kiraan jumlah jualan harian dan dicatat dalam log jualan harian.
5. Asingkan duit tunai runcit, duit modal, duit upah/gaji, duit ambilan pemilik DARI jumlah jualan.
6. Baki di "bank in" ke akaun bank bisnes.
7. Catat perkara 5 dalam buku log jualan dan perkara 6 dalam buku tunai bank.

Bisnes B : Stokis Minyak Wangi

1. Catat log jumlah jualan dan stok yang dah keluar untuk jualan.
2. Catat sumber jualan sama ada ke agent/dropship (B2B) atau direct customer (B2C)
3. Kiraan log jualan yang perlu di "bank in" ke akaun niaga.

Bisnes C : Restoran

1. Tunai runcit RM1000
2. Pelanggan membayar gunakan kad debit/kredit dan tunai.
3. Log jualan harian : kira jumlah tunai, kad debit/kredit
4. Catat amount yang di"bank in" ke akaun bank bisnes

Bisnes D : Rumah/Bilik Sewa

1. Sign agreement & stamp - jumlah sewa yang sudah dipersetujui.
2. Sediakan lembaran excel bulanan (softcopy memadai) - nyata jumlah deposit-deposit, sewa, dan lain-lain yang perlu.
3. Sediakan resit/invois jika perlu (contoh bila ada diskaun, perlu nyatakan diskaun)
4. Catat tarikh terima duit sewa bulanan & deposit dilembaran
5. Pulang refundable deposit bila perlu.

Contoh di atas adalah rekaan, kita boleh sesuaikan aliran dokumentasi dengan keperluan dan situasi bisnes masing-masing.

Maksudnya adalah set SOP untuk setiap aktiviti bisnes seperti jualan, belian, pembayaran dari akaun bank syarikat, etc.

Sistem ini lah yang akan digunakan sebagai rutin untuk aktiviti jualan supaya dapat dipantai dan mengurangkan apa-apa risiko di masa depan.

Dapat sesuatu?

Moga bermanfaat. 😎

004

====

Rasa bermanfaat? Nak simpan nota dan kongsikan keluar?

Silakan. πŸ˜‰

  6 Asas Wajib Urus Bisnes - 5W 1H?1. Tadbir- siapakah yg jaga "administration"?- apakah pentadbiran yang perlu?- urus h...
05/11/2021



6 Asas Wajib Urus Bisnes - 5W 1H?

1. Tadbir

- siapakah yg jaga "administration"?
- apakah pentadbiran yang perlu?
- urus hubung kait dan proses semua 6 jabatan

2. Sumber Manusia

- siapa yang menjalankan 6 aktiviti bisnes ni?
- adakah pemilik jalankan semua aktiviti?
- apa undang2 terlibat?

3. Kewangan

- siapa uruskan kewangan?
- apa yang perlu buat?
- apakan undang-undang yang terlibat?
- bagaimana caranya urus dgn sistematik?
- bagaimana mengurus risiko?
- bagaimana mengurus kos?

4. Operasi

- apakah operasi yang perlu buat?
- bagaimana operasi berjalan & servis/produk disampaikan?
- siapa jalankan operasi?

5. Pemasaran

- siapakah bina jenama?
- bagaimana pasaran tahu produk/servis kita?

6. Jualan

- apakah sistem jualan kita?
- apakah model bisnes jualan kita?
- siapakah yg akan menjual?
- bagaimana nak jual? B2B atau B2C?

6 asas ni akan bantu mulakan dan kembangkan bisnes anda. Jangan jemu mulakan, cari ilmu, laburkan dan belajar dari mentor setiap 6 perkara asas bisnes ni.

Moga bermanfaat. 😎

003

====

Rasa bermanfaat? Nak simpan nota dan kongsikan keluar?

Silakan. πŸ˜‰

Harap posting ni tidak terlambat ucapannya.Selamat Hari Deepavali bagi rakyat Malaysia yang menyambutnya.😊
05/11/2021

Harap posting ni tidak terlambat ucapannya.

Selamat Hari Deepavali bagi rakyat Malaysia yang menyambutnya.

😊


 Langkah asas daftar perniagaan :(Enterprise/Partnership Alert!)1. Daftar bisnes di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)S...
27/10/2021



Langkah asas daftar perniagaan :
(Enterprise/Partnership Alert!)

1. Daftar bisnes di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Secara asasnya kita ada 3 jenis syarikat yang boleh didaftarkan :

a. Enterprise (Milikan Tunggal)
b. Partnership (Perkongsian)
c. Sdn Bhd / Berhad

Mudah saja sekarang ni, hanya perlu layar dan daftar akaun di sini : https://ezbiz.ssm.com.my/

Semua panduan disediakan di pautan ezbiz.

2. Daftar akaun bank syarikat

Perlu mempunyai akaun bank berdaftar setelah pengesahan pendaftaran syarikat di Langkah 1 berjaya.

Pilih bank yang mudah memberikan kemudahan kewangan kepada peniaga terutamanya enterprise dan juga akses yang berpatutan dengan keperluan syarikat.

3. Daftar nombor cukai.

Bagi yang berkerja sambil berbisnes, kebiasaannya anda sudah ada nombor pendapatan cukai indvididu. Hanya pastikan anda sudah daftar dan "log in" ke laman web ezHasil.

Bagi yang belum ada, boleh "walk-in" ke cawangan LHDN terdekat untuk mendapatkan bantuan pendaftaran nombor cukai.

Setelah mendapat nombor cukai, diingatkan juga untuk mendapatkan nombor pin untuk digunakan semasa "log in" ke ezHasil supaya boleh dilakukan secara talian untuk pengisytiharan pendapatan.

Nota :
Untuk peniaga enterprise dan partnership, hanya memerlukan nombor cukai individu.

Kecuali utk sdn bhd/berhad, perlu didaftarkan menggunakan nombor cukai syarikat.

4. Tambahan : Untuk peniaga/usahawan yang mempunyai gerai/ premis / kedai/ pusat komersil perniagaan, perlu mendaftar lesen premis di kaunter pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing di mana tempat gerai/ premis/ kedai/ pusat anda menjalankan perniagaan.

Di PBT, diingatkan juga untuk membayar lesen "signboard" sebelum dipasangkan didepan tempat jalankan bisnes.

Moga bermanfaat. 😎

003

====

Rasa bermanfaat? Nak simpan nota dan kongsikan keluar?

Silakan. πŸ˜‰

Address

George Town
10050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nota Bisnes Marhean posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share