Madrasah Zawiyah An Nur

Madrasah Zawiyah An Nur Pusat Pengajian
(Remaja) Madrasah Zawiyah An Nur Gerik Perak
(Warga Emas) An Nur Centre Gerik Perak

Alhamdulillah, majlis ilmu diteruskan seperti biasa. Sama-sama kita luangkan masa untuk duduk dalam majlis ilmu, menamba...
06/09/2026

Alhamdulillah, majlis ilmu diteruskan seperti biasa. Sama-sama kita luangkan masa untuk duduk dalam majlis ilmu, menambah kefahaman agama, memperbaiki amal dan mendekatkan hati kepada Allah SWT.

Semoga setiap langkah menuju majlis ilmu ini menjadi asbab bertambahnya iman, keberkatan hidup dan ketenangan hati.

Jom hadir, ajak keluarga dan sahabat.
πŸ“– Pengajian Berkitab
πŸ—“ Setiap Ahad
πŸ“ Di Madrasah

β€œIlmu dipelajari, amal diperbaiki, hati dibawa kembali kepada Allah.”

05/09/2026

π—£π—˜π—‘π—šπ—œπ—‘π—”π—£π—”π—‘ 𝗔𝗑 𝗑𝗨π—₯
Alhamdulillah, kami sediakan penginapan di madrasah untuk yang datang mengikuti pengajian.

Pengajian setiap hari Ahad.
Boleh datang Sabtu, bermalam di sini dan join pengajian hari Ahad.

Penginapan ini juga disediakan untuk majlis besar atau program masyarakat.

Insya-Allah, ini juga menjadi salah satu sumber ekonomi madrasah bagi membantu kos pengurusan dan perjalanan dakwah.

Nak tempah, boleh PM kami.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang sudi hadir, memberi so...
04/09/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang sudi hadir, memberi sokongan serta bersama-sama memeriahkan Majlis Maulid Rasulullah ο·Ί di madrasah kami.

Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amat bermakna dan menjadi penyeri majlis ini. Semoga setiap langkah, masa, tenaga dan sumbangan yang diberikan diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.

Semoga majlis ini menambahkan rasa cinta kita kepada Baginda Rasulullah ο·Ί, mengeratkan ukhuwah sesama kita dan membawa keberkatan kepada madrasah serta seluruh hadirin.

Jazakumullahu khairan kathira. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan kalian dengan sebaik-baik ganjaran. Aamiin Ya Rabbal β€˜Alamin.

Alhamdulillah menerima jemputan kenduri sempena  bulan rabiul awal ❀️
03/09/2026

Alhamdulillah menerima jemputan kenduri sempena bulan rabiul awal ❀️

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah 🀲🏻Terima kasih kepada insan yang sudi menaja juadah berbuka puasa pada hari ini. I...
31/08/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah 🀲🏻

Terima kasih kepada insan yang sudi menaja juadah berbuka puasa pada hari ini. Insya-Allah, kami akan bacakan tahlil dan doa buat arwah yang diniatkan.

Semoga segala amal kebaikan ini menjadi asbab pahala yang berpanjangan, dilapangkan rezeki buat yang menaja, serta Allah merahmati dan mengampuni arwah, menempatkannya bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Aamiin Ya Rabbal β€˜Alamin. 🀍

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69Semoga Malaysia terus aman, diberkati dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.Mer...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69

Semoga Malaysia terus aman, diberkati dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ikhlas daripada:
Madrasah Zawiyah An Nur, Gerik

Alhamdulillah menerima jemputan kenduri tahlil dan doa selamat, terima kasih tuan rumah ❀️
30/08/2026

Alhamdulillah menerima jemputan kenduri tahlil dan doa selamat, terima kasih tuan rumah ❀️

Tahniah kepada wakil Cawangan An Nur atas kejayaan cemerlang dalam Pertandingan Antara Cawangan! πŸŽ‰πŸ†πŸ₯‡ Juara Tempat Pertam...
29/08/2026

Tahniah kepada wakil Cawangan An Nur atas kejayaan cemerlang dalam Pertandingan Antara Cawangan! πŸŽ‰πŸ†

πŸ₯‡ Juara Tempat Pertama – Pertandingan Pidato
πŸ₯ˆ Tempat Kedua – Pertandingan Hafazan

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang, berani bersuara dan istiqamah bersama kalam Allah. πŸ€²πŸ“–

Syabas dan tahniah Cawangan An Nur! πŸ’œπŸ’š

🎀 ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π ππˆπƒπ€π“πŽ | π…π„π’π“πˆπ•π€π‹ 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐀𝐍-𝐍𝐔𝐑 πŸπŸŽπŸπŸ” 🌟Alhamdulillah, suasana Festival Teras An-Nur di Beruas, Perak semaki...
29/08/2026

🎀 ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π ππˆπƒπ€π“πŽ | π…π„π’π“πˆπ•π€π‹ 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐀𝐍-𝐍𝐔𝐑 πŸπŸŽπŸπŸ” 🌟

Alhamdulillah, suasana Festival Teras An-Nur di Beruas, Perak semakin meriah dengan berlangsungnya Pertandingan Pidato antara cawangan An-Nur.

Alhamdulillah, Madrasah Zawiyah An Nur Gerik menghantar dua wakil, Adik Mujahid & Adik Nabil, ke Pertandingan Pidato sempena Festival Teras An Nur, Beruas, Perak.

Menang Alhamdulillah, tak menang pun tak apa. Yang penting pengalaman, keberanian dan keyakinan. Semoga terus melangkah lebih jauh, insya-Allah.

✨ Berani bersuara, bijak berhujah, teguh membawa nilai.

πŸ“ Festival Teras An-Nur
πŸ“ Beruas, Perak

Alhamdulillah, suatu nikmat dan anugerah yang besar buat para pelajar Zawiyah apabila diberi kesempatan berada bersama-s...
28/08/2026

Alhamdulillah, suatu nikmat dan anugerah yang besar buat para pelajar Zawiyah apabila diberi kesempatan berada bersama-sama dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun Tuan Guru yang ke-74.

Bukan sekadar meraikan pertambahan usia, tetapi lebih bermakna apabila dapat duduk berhampiran seorang guru, menatap wajahnya, mendengar nasihat serta mengambil keberkatan daripada majlis yang penuh dengan kasih sayang dan doa.

Semoga Allah SWT terus memanjangkan usia Tuan Guru dalam ketaatan, mengurniakan kesihatan yang baik, kekuatan untuk terus membimbing umat, serta memberkati setiap ilmu, nasihat dan pengorbanan yang telah dicurahkan.

Semoga para pelajar Zawiyah juga dikurniakan adab yang tinggi terhadap guru, hati yang istiqamah dalam menuntut ilmu, serta diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan dakwah dan tarbiah yang telah diwariskan.

Selamat ulang tahun yang ke-74, Tuan Guru.
Semoga terus berada dalam rahmat, penjagaan dan kasih sayang Allah SWT.

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ¨Ψ§Ψ±Ωƒ Ω„Ω‡ في ΨΉΩ…Ψ±Ω‡ وءحΨͺΩ‡ ΩˆΨΉΩ„Ω…Ω‡ ΩˆΨΉΩ…Ω„Ω‡
Amin Ya Rabbal β€˜Alamin. 🀲🏻

Address

Gerik
33310

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Zawiyah An Nur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Madrasah Zawiyah An Nur:

Shortcuts

Share