Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Gerik

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Gerik Adalah sebuah projek Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia(SKMM) dengan usaha sama TM Malaysia Bhd.

Pusat Sebaran MaklumatNasional (NADI) Gerik sebelum dikenali Pusat EkonomiDigital (PEDi) adalah sebuah projek Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) dengan usaha sama Telekom Malaysia (TM Berhad) serta MSD Intelligence Sdn.

08/08/2026

๐ŸŒฟ Stress? Cuba betulkan cara bernafas dulu.Dalam Tai Chi, pernafa...

08/08/2026

MAIN MOBILE LEGEND DAH SAMPAI LEVEL CHAMPIONSHIPโ€ฆ MAIN GAME BUKAN LAGI SEKADAR HOBI.. PEREMPUAN PUN BOLEH! ๐ŸŽฎ๐Ÿ”ฅ

7โ€“9 Ogos ni, Perkhidmatan Pintar NADI bawakan program yang lebih daripada sekadar kelas โ€” ada ruang untuk belajar, compete dan upgrade skill ikut minat masing-masing.

๐ŸŽฎ NADI E-Sukan Madani Legend โ€“ Mobile Legends + Womenโ€™s Championship 2026
๐Ÿค– Prompt Engineer + pengaruh AI dalam kehidupan digital
๐ŸฅŠ Asas Muay Thai untuk beginner
๐Ÿ“š Tuisyen Rakyat** โ€” Matematik, BM, BI, Sejarah & lain-lain
๐Ÿ’ผ Kidventure: Business Operation
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘ง Hubungan sihat ibu bapa & anak-anak

๐Ÿ“ Turut berlangsung: Program MADANI Kita pada 8 Ogos di Simpang Ampat, Pulau Pinang. Jom ramai-ramai jumpa Perkhidmatan Pintar NADI di sana.

๐Ÿ’ฌ Korang team mana minggu ni?
๐ŸŽฎ E-Sukan | ๐Ÿค– AI | ๐ŸฅŠ Muay Thai | ๐Ÿ“š Tuisyen

Komen pilihan korang & tag geng yang patut join sekali ๐Ÿ‘‡

08/08/2026
08/08/2026

๐Ÿ“ข Perhatian! Sesi Ask Me Anything (AMA) DKK Industri Muzik 2026 kini akan bersiaran secara langsung di YouTube!

Bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih lancar dan berkualiti kepada semua, sesi Ask Me Anything (AMA) โ€“ Edisi Dalam Talian akan disiarkan menerusi YouTube Live MyCreative Ventures.

Masih ada persoalan mengenai Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik 2026? Sertai kami untuk mendapatkan penjelasan secara langsung berkenaan syarat kelayakan, proses permohonan, kategori dana dan pelbagai lagi.

๐Ÿ“… Sabtu, 8 Ogos 2026
๐Ÿ•’ 3.00 Petang
๐Ÿ“ YouTube Live MyCreative Ventures () dan turut disiarkan di Pusat NADI terdekat.

๐Ÿ’ฌ Ajukan soalan anda secara langsung sepanjang sesi berlangsung.

Jangan lupa tetapkan peringatan dan sertai kami di YouTube!



07/08/2026

๐Ÿ”๐Ÿ“ฑ Pengesahan umur minimum 16 tahun menggunakan MyKad kini diwajibkan bagi pendaftaran akaun media sosial, selaras usaha memperkukuh keselamatan dalam talian.

Langkah ini memastikan platform lebih selamat untuk pengguna, manakala MCMC terus memantau pematuhan serta penguatkuasaan. โœ…




07/08/2026

PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGROPELANCONGAN MALAYSIA (MAHA) 2026 KINI KEMBALI!

Detik yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! MAHA 2026 kembali menghimpunkan pelbagai tarikan, inovasi dan pengalaman terbaik dalam sektor agromakanan negara di satu lokasi.

๐Ÿ“… 28 Ogos โ€“ 6 September 2026
๐Ÿ•™ 10.00 pagi โ€“ 10.00 malam
๐Ÿ“ MAEPS Serdang, Selangor

Pameran ini akan berlangsung selama 10 hari, pengunjung berpeluang meneroka dunia pertanian moden, teknologi pintar, industri ternakan, perikanan, hortikultur, agro pelancongan serta pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.

Daripada pameran interaktif, jualan produk agro, demonstrasi teknologi, persembahan kebudayaan hinggalah kepada peluang pendidikan dan kerjaya dalam sektor agromakanan, semuanya ada di MAHA 2026!

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pameran pertanian terbesar negara yang bukan sahaja mempamerkan kemajuan industri agromakanan Malaysia, malah memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keterjaminan makanan demi masa depan negara.

โ€œMAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugiโ€

Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi: KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)





07/08/2026

๐Ÿ“ข GUIDANCE ACTIVITY-SIRI 3: TINGKATAN 4 & 5 ๐Ÿ“ข

Komitmen anda adalah kunci kejayaan! Demi memastikan kecemerlangan akademik anda, semua pelajar _Guidance Tuition_ Tingkatan 4 dan 5 amat digalakkan dan diwajibkan untuk hadir ke program bimbingan yang telah dijadualkan. Program ini direka khusus sebagai sistem sokongan terbaik agar anda dapat menguasai subjek teras dengan mudah dan berkesan.

๐Ÿ“…Tarikh: 9-11 Ogos 2026
โ˜€๏ธHari: Ahad-Selasa
โฐWaktu: 9.00 AM-6.00PM

๐Ÿ“š Senarai Subjek:

Matematik
Bahasa Melayu
Sejarah
Bahasa Inggeris

๐Ÿ“ Modul & Pengisian Aktiviti:

Nota Ringkas: Kupasan padat untuk ulangkaji pantas.
Soalan: Latihan intensif format peperiksaan.
Perbincangan Jawapan: Teknik menjawab berkesan bersama tutor.

โœจ Manfaat Utama Program:

โœ… Akses Penuh: Terbuka kepada semua elemen pembelajaran yang disediakan.
โœ… Bimbingan Berterusan: Tunjuk ajar secara langsung daripada guru-guru pakar sepanjang tahun.
โœ… Pantau Prestasi: Rekod kemajuan bulanan disediakan bagi melihat perkembangan anda.
โœ… Pengukuhan Minda: Ujian dan latihan berkala untuk memastikan anda sentiasa bersedia.
โœ… Komuniti Aktif: Sesi perbincangan khusus di dalam kumpulan kelas masing-masing.

Peringatan: Program ini adalah KHAS UNTUK PELAJAR GUIDANCE TUITION sahaja

๐Ÿ“ž Jom Sertai Kami!

Sila kunjungi pusat NADI yang terdekat dengan anda sekarang untuk urusan pendaftaran atau maklumat lanjut.

07/08/2026

Hubungan yang sihat tidak terbina hanya melalui kasih sayang, tetapi juga melalui komunikasi, kepercayaan, batas yang jelas dan kesediaan untuk saling memahami.

Kadangkala ibu bapa mahu yang terbaik, tetapi cara teguran, tekanan harian, penggunaan gajet, perbezaan generasi dan konflik kecil boleh menyebabkan hubungan dengan anak menjadi semakin renggang.

Sertai webinar ini bersama seorang pakar psikologi klinikal Pn Siti Naziah binti Mohamed Yacob untuk memahami:
โœ… Cara berkomunikasi tanpa menengking atau memalukan anak
โœ… Bagaimana membina kepercayaan dan rasa selamat dalam keluarga
โœ… Pendekatan disiplin yang positif dan konsisten
โœ… Cara menangani konflik, emosi dan perubahan tingkah laku anak

๐Ÿ“… 7 Ogos 2026
๐Ÿ•ฅ 10:30 pagi

๐Ÿ“ Google Meet: https://meet.google.com/tvt-jacd-uem

๐Ÿ“บ YouTube Live: https://www.youtube.com/

๐Ÿ“˜ Facebook Live: https://www.facebook.com/officialnadimalaysia

07/08/2026

Selamat maju jaya diucapkan kepada Pasukan NADI Tiny Techies Malaysia yang telah berlepas ke Seoul, Republik Korea pada 6 Ogos 2026 bagi mewakili Malaysia dalam International Programming Robot Challenge (IPRC) 2026.

Seramai 7 peserta NADI akan membawa nama negara ke pentas antarabangsa dalam pertandingan robotik dan pengaturcaraan yang menghimpunkan bakat muda dari Korea Selatan, China, Jepun, Vietnam, Filipina, Ukraine dan Malaysia.

IPRC 2026 yang dianjurkan oleh ROBOROBO akan berlangsung di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, dengan pertandingan dijadualkan pada 9 Ogos 2026. Dalam edisi kali ini, pasukan NADI akan bersaing dalam kategori Robot Algorithm (Younger Division) bertemakan โ€œEnergy Solutionโ€.

Sepanjang program yang berlangsung, kontinjen Malaysia bukan sahaja berpeluang menguji kemahiran dalam bidang robotik dan pengaturcaraan, malah memperoleh pengalaman berharga, membina jaringan antarabangsa serta memperluaskan pendedahan kepada perkembangan teknologi di peringkat global.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen NADI MCMC dalam memperkasa bakat digital generasi muda serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi dan bersaing di pentas dunia.

NADI MCMC mendoakan agar seluruh kontinjen diberikan kelancaran sepanjang berada di Seoul, dipermudahkan segala urusan serta berjaya mengharumkan nama Malaysia. Semoga pulang membawa pengalaman yang membanggakan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ





Address

NO. 21A (TINGKAT ATAS) Jalan MAT SAMAN UTAMA
Gerik

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Gerik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share