D34 Homestay Gurun

D34 Homestay Gurun Homestay..Corner lot..Dilengakapi 3 bilik tidur dan 3 bilik air.. Kelengkapan perabot juga disediakan..Terdapat penghawa dingin di bilik utama..

Sebuah rumah persinggahan sementara disediakan bagi kemudahan anda yang mempunyai urusan disekitar Gurun, Bedong,Sungai Petani dan seluruh negeri Kedah. Homestay ini terbuka untuk semua orang Islam. Ia mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik air. Kelengkapan perabot, televisyen, seterika, alatan memasak, peti sejuk dan mesin basuh disediakan. Bilik utama dilengkapi bilik air, almari, penghawa dingin d

an 1 double bed. Bilik kedua mempunyai 1 katil double bed dan almari. Bilik ketiga mempunyai 2 single bed dan almari. Sekiranya pengunjung membawa bilangan ahli keluarga yang ramai dan katil tidak mencukupi, tempat tidur dan bantal tambahan turut disediakan. Kelengkapan solat disediakan tetapi bagi wanita, sila bawa telekung sendiri untuk keselesaan anda. Walaupun rumah ini hanya dilengkapi satu penghawa dingin, tetapi pengudaraan yang baik di rumah ini menjamin keselesaan pengunjung. Hal ini kerana, rumah ini merupakan rumah lot tepi, setiap bilik mempunyai kipas syiling dan tingkap. Halaman rumah yang luas dan lapang boleh digunakan untuk beriadah atau membuat BBQ. Lokasi rumah ini begitu strategik kerana berada dalam kawasan perindustrian serta berdekatan dengan UiTM Merbok, MRSM Merbok dan Pendang, AIMST, Kolej Komuniti, OUM, Hospital Sultan Abd Halim, Hospital Pantai dan sebagainya. Ia juga berdekatan dengan tempat membeli-belah seperti Amanjaya Mall,Tesco, Village Mall, Alamoda, Pasaraya Jerai Plaza (Aneka) dan 7-Eleven. Restoran francais seperti KFC, RFC dan nasi kandar juga berdekatan dengan lokasi rumah ini. Bank-bank yang terdapat di kawasan ini ialah CIMB Bank, EON Bank, Bank Rakyat, Maybank dan ATM Bank Islam. Selain itu, lokasinya juga berdekatan dengan kawasan peranginan Gunung Jerai dan T**i Hayun.

Address

D-34 Taman Perwaja
Gurun
08300

Telephone

+60194766575

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D34 Homestay Gurun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share