01/05/2021
السلام عليكم ورحمةالله وبركاته....
📌Tazkirah Ringkas
Ustaz Dato Najmuddin Elias Al Hafiz
Surau Raja Hairani | Meru Perdana 2
Sabtu / 1 Mei 2021M / 19 Ramadan 1442H
📖Sempena Nuzul Al Quran
✅ 9 Tips Dalam Menyelamatkan Kita Dari Sakaratul Maut & Mengakhiri Hayat Kita Dengan Syahadah
1️⃣Kepentingan solat diawal waktu tidak melengahkan waktu solat.
2️⃣Istiqomah dalam solat malam iaitu mengerjakan solat tahajjud hatta 2 rakaat.
3️⃣Zikir - berzikir dengan memuji kebesaran & ke-Esaan Allah spt Subhanallahil Azimi Wabihamdih - dibaca sekurangnya 3 kali selepas solat fardhu.
4️⃣Membaca Al Quran dengan tertib bacaan, tajwid & memahami maknanya, juga dengan mengamalkan isi kandungan Quran itu sendiri.
5️⃣Berdoa- memperbanykkan doa kepada Allah untuk melepaskan dari ujian sakaratul maut spt doa: Allahumma hawwin 'alaina fi sakaratil maut.
6️⃣Menjaga lisan serta tutur kata ketika bercakap.Memperkatakan perkara baik sahaja & mendiamkan diri sekiranya perlu adalah lebih baik.
7️⃣Solat Berjemaah - solat berjemaah di surau atau masjid dimana pahalanya 27 dan ia lebih dari baik dari solat bersendirian.
8️⃣Menjawab Laungan Azan - istiqomah dalam menjawab setiap laungan azan didengari, 5 waktu azan dilaungkan (subuh, zohor, asar, maghrib & isyak) setiap hari.
9️⃣ Mengisi waktu terluang dengan bacaan Quran samada didalam kenderaan walaupun dengan ayat2 lazim, berzikir memuji nama Allah dan sebagainya.
📑 BERIBADAH SERTA PUJILAH ALLAH PADA WAKTU PAGI DAN PETANG
Firman Allah SWT :
یُسَبِّحُ لَهُۥ فِیهَا بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡـَٔاصَالِ
[Surah An-Nur 36]
Terjemahan :
"di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang."
📮"Dakwah Tanpa Henti"
"فاستبقوا الخيرات..."
"بلغوا عني ولو أية ..."
Wassalam🕋
Semoga bermanfaat...TQ.