26/10/2026
π ALHAMDULILLAH, KAWALAN ISBA SDN. BHD. DINOBATKAN SEBAGAI PEMENANG AKI 2026!
Dengan penuh rasa syukur dan bangga, Kawalan ISBA Sdn. Bhd. telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2026 β Sektor Perkhidmatan, Kategori 1.
Kemenangan ini merupakan satu pengiktirafan besar terhadap komitmen dan pencapaian syarikat dalam aspek kepimpinan, tadbir urus yang baik, pembangunan dan peningkatan perniagaan serta adaptasi teknologi digital dalam pentadbiran dan operasi syarikat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kami rakamkan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta seluruh Panel Penilai AKI 2026 atas pengiktirafan yang amat bermakna ini.
Kredit dan penghargaan khusus juga buat seluruh warga kerja Kawalan ISBA Sdn. Bhd. di setiap peringkat yang sentiasa memberikan komitmen, dedikasi dan sokongan padu kepada syarikat.
Anda adalah nadi, kekuatan dan penggerak utama di sebalik kejayaan ini.
Tidak dilupakan penghargaan kepada rakan-rakan strategik kami, khususnya Universiti Sains Malaysia (USM) β School of Physics, SMUDS Solution, SME Bank dan CEDAR, atas segala sokongan, kerjasama serta bimbingan dalam pembangunan keusahawanan, inovasi dan transformasi syarikat.
Kejayaan ini turut kami dedikasikan kepada Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) serta seluruh warga industri keselamatan negara.
Semoga pencapaian ini dapat memberi nilai tambah kepada industri keselamatan, menjadi pemangkin kepada peningkatan standard perkhidmatan serta bersama-sama mengangkat industri ini ke tahap yang lebih profesional, dihormati dan dipandang tinggi.
Kemenangan ini bukanlah sebuah noktah, tetapi satu amanah dan permulaan untuk kami terus melangkah lebih jauh dalam membudayakan kecemerlangan.
KAWALAN ISBA SDN. BHD.
Honesty β’ Professionalism β’ Efficiency
PROUD TO BE PART OF AKI 2026. PROUD TO BE THE WINNER. π