11/08/2026
Perak Industrial Resources Sdn. Bhd. (PIRSB) dengan sukacitanya membuka peluang kepada para pelajar institusi pengajian tinggi untuk menjalani Latihan Industri di organisasi kami. Peluang ini ditawarkan kepada pelajar yang berminat untuk mendapatkan pengalaman kerja sebenar dalam suasana kerja profesional, sambil meningkatkan kemahiran teknikal dan kompetensi diri.
Bidang penempatan latihan industri yang ditawarkan
i. Bahagian Kewangan & Perakaunan
ii. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran
Kami mengalu-alukan pelajar yang berdisiplin, berdedikasi dan mempunyai minat mendalam dalam bidang berkaitan untuk menjalani latihan industri di syarikat ini.
Sila kemukakan resume terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan permohonan latihan industri daripada institusi pengajian anda ke [email protected] atau terus menghubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran di talian 05-5019598 / 577