26/09/2026
Pandangan anak tak minta dilahirkan dan jangan paksa mereka memikul hari tua kita adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Sila semak Al Quran surah Al Isra' ayat 23 dan 24. dan Surah Luqman ayat 14
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."
"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
Hati-hati wahai umat Islam. Jangan terikut2 budaya barat yang sedang menghasut secara kecil-kecilan. Mohon pihak Public Health jgn sentuh bab-bab yang tidak berkaitan dengan kesihatan.
Zaman sekarang terlalu banyak golongan yang menurut pemikiran barat.
Jika ada masalah dgn keluarga anda sila rujuk kepada pakar-pakar penasihat agama tentang bagaimana untuk mendidik anak2 agar anda tak menjadi sampah di mata mereka di masa tua nanti.
“NAK ANAK RAMAI.
NANTI TUA ADA ORANG JAGA.”
Ayat ini kedengaran biasa.
Tapi kalau difikirkan semula, agak berat juga.
Kita melahirkan seorang manusia,
membesarkan dia,
kemudian sejak awal sudah menetapkan satu tugas untuk masa depannya:
“Nanti bila mak ayah tua, kamu kena jaga.”
Anak bukan insurans hari tua.
Mereka bukan pelaburan yang kita tunggu p**angannya selepas 30 tahun.
Jangan jadikan susu, yuran sekolah, makanan dan pengorbanan kita sebagai invois yang perlu dibayar semula apabila kita sudah tua.
Sebab semua itu memang tanggungjawab kita apabila memilih untuk mempunyai anak.
Anak p**a akan membesar dengan hidup mereka sendiri.
Kerja.
Pasangan.
Anak-anak.
Hutang.
Kesihatan.
Masalah yang mungkin mereka sendiri sedang bergelut untuk tanggung.
Kalau mereka menjaga kita nanti, syukur.
Tetapi biarlah kerana kasih.
Bukan kerana sepanjang hidup mereka dibesarkan dengan rasa bersalah:
“Kalau tak jaga mak ayah, anak tak kenang budi.”
Hari tua kita tetap perlu kita fikirkan sendiri.
Simpan duit.
Jaga kesihatan.
Bina sokongan sosial.
Rancang tempat tinggal.
Jangan serahkan seluruh masa depan kita kepada anak-anak.
Kerana ada beza besar antara:
“Anak saya mahu menjaga saya.”
dengan
“Anak saya terpaksa menjaga saya.”
Besarkan anak dengan satu harapan:
Bukan supaya mereka terpaksa menjaga kita.
Tetapi supaya walaupun mereka sudah mempunyai dunia sendiri,
mereka masih mahu p**ang.