KPDN-Perak

Call Directions Website Contact the business

KPDN-Perak Menyebarkan maklumat isu semasa KPDN Perak

Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang berdaya maju, berdaya saing, dan berdaya mampan, khususnya di dalam sektor perdagangan pengedaran.

19/09/2026
KPDN PARIT BUNTAR TERUSKAN PEMANTAUAN DEMI KESTABILAN PASARANPARIT BUNTAR | 19 September 2026 โ€“ KPDN Cawangan Parit Bunt...
19/09/2026

KPDN PARIT BUNTAR TERUSKAN PEMANTAUAN DEMI KESTABILAN PASARAN

PARIT BUNTAR | 19 September 2026 โ€“ KPDN Cawangan Parit Buntar terus melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan di premis perniagaan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang yang dikuatkuasakan.

Hasil pemeriksaan mendapati majoriti peniaga mematuhi peraturan serta memberikan kerjasama yang baik.

KPDN Parit Buntar akan terus komited melaksanakan pemantauan secara berterusan demi melindungi hak pengguna dan memastikan amalan perdagangan yang adil.

Sebarang pertanyaan dan aduan bolehlah dibuat melalui:-
https://e-aduan.kpdn.gov.my
Tel : 05 โ€“ 241 4611 (KPDN Perak)
Whatsapp Aduan:- 019-848 8000

Ikuti sosial media KPDN PERAK: tak
IG : https://ww.instagram.com/kpdn_perak
Youtube : https://www.youtube.com/
TikTok : https://www.tiktok.com/
Twitter : https://www.twitter.com/KPDNPerak/




PEMERIKSAAN DAN PENGUATKUASAAN AKTA OLEH KPDNIPOH, 19  September 2026 โ€“  Sepasukan penguat kuasa telah menjalankan pemer...
19/09/2026

PEMERIKSAAN DAN PENGUATKUASAAN AKTA OLEH KPDN

IPOH, 19 September 2026 โ€“ Sepasukan penguat kuasa telah menjalankan pemeriksaan melibatkan kawasan sekitar kawasan Pasar Malam Bandar Pulai Jaya. Pemeriksaan memberi tumpuan kepada pemantauan bekalan barangan kawalan, pematuhan pelesenan serta perlindungan pengguna.

Hasil pemeriksaan mendapati semua premis yang dilawati mempamerkan tanda harga dengan jelas dan kemas pada barangan jualan. Selain itu, alat dan sukat yang digunakan berada dalam tempoh penentusahan yang sah.

KPDN Perak menegaskan komitmen berterusan untuk memastikan semua peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan, sekali gus melindungi hak pengguna dan mengekang sebarang bentuk penyelewengan serta pencatutan harga di pasaran.

Sebarang pertanyaan dan aduan bolehlah dibuat melalui:-
https://e-aduan.kpdn.gov.my
Tel : 05 โ€“ 241 4611 (KPDN Perak)
Whatsapp Aduan:- 019-848 8000

Ikuti sosial media KPDN PERAK:
IG : https://ww.instagram.com/kpdn_perak
Youtube : https://www.youtube.com/
TikTok : https://www.tiktok.com/
Twitter : https://www.twitter.com/KPDNPerak/






ยฉUnit Media 2026 | KPDN Perak

๐Ÿ† MAJLIS PENUTUP CONFEST 2026: ZON TENGAH CIPTA PELBAGAI KEJAYAANBATU KAWAN, 19 SEPTEMBER 2026 โ€“ Festival Pengguna (CONF...
19/09/2026

๐Ÿ† MAJLIS PENUTUP CONFEST 2026: ZON TENGAH CIPTA PELBAGAI KEJAYAAN

BATU KAWAN, 19 SEPTEMBER 2026 โ€“ Festival Pengguna (CONFEST) 2026 melabuhkan tirainya hari ini dalam suasana penuh meriah menerusi Majlis Penutup CONFEST 2026 yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Pekarangan Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

Turut hadir ialah Pengarah KPDN Negeri Perak, Datoโ€™ Hj Kamalludin Hj Ismail, yang bersama-sama memberikan sokongan kepada kontinjen Zon Tengah sepanjang berlangsungnya CONFEST 2026.

Majlis penutup turut menyaksikan penyampaian hadiah dan pengiktirafan kepada para pemenang pertandingan serta penerima Anugerah Penggerak Kepenggunaan 2026, yang menghimpunkan penggerak kepenggunaan dari seluruh negara.

Dalam kemeriahan tersebut, Zon Tengah yang melibatkan KPDN Perak, KPDN Kuala Lumpur dan KPDN Selangor mencatatkan pencapaian membanggakan menerusi beberapa kategori pertandingan dan anugerah.

๐Ÿ† ANUGERAH PENGGERAK KEPENGGUNAAN 2026

๐Ÿฅ‡ GPD Terbaik
Gerakan Pengguna Daerah (GPD) Hilir Perak (KPDN Cawangan Teluk Intan)

๐ŸŽธ PERTANDINGAN FESTIVAL KEPENGGUNAAN 2026

๐Ÿฅ‡ Battle of the Band
Johan โ€“ Zon Tengah
GPS UPSI, Perak โ€“ The Budiman Band

๐ŸŽค Bicara Berirama Kepenggunaan
๐Ÿฅˆ Naib Johan โ€“ Zon Tengah
SK Datoโ€™ Maharaja Lela, Selangor

๐ŸŽญ Sketsa Kepenggunaan
๐Ÿฅˆ Naib Johan โ€“ Zon Tengah
Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL)

๐Ÿ“ฃ Warcry
๐Ÿฅ‡ Johan โ€“ Zon Tengah
Gabungan Perak, Kuala Lumpur dan Selangor

Pencapaian ini membuktikan komitmen dan semangat warga serta penggerak kepenggunaan Zon Tengah dalam mengetengahkan kreativiti, bakat dan mesej kepenggunaan melalui pelbagai pendekatan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, pembimbing serta seluruh warga KPDN Perak, KPDN Kuala Lumpur dan KPDN Selangor yang telah memberikan komitmen terbaik sepanjang CONFEST 2026. ๐Ÿ‘๐ŸŽ‰

โœจ Tahniah Zon Tengah! Kita bukan sekadar hadir, kita tinggalkan jejak! ๐Ÿ”ฅ

PEMERIKSAAN DAN PENGUATKUASAAN AKTA OLEH KPDNTapah, 19 September 2026 โ€“ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sar...
19/09/2026

PEMERIKSAAN DAN PENGUATKUASAAN AKTA OLEH KPDN

Tapah, 19 September 2026 โ€“ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tapah telah melaksanakan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang perdagangan serta perlindungan pengguna.

Hasil pemeriksaan mendapati tahap pematuhan peniaga adalah memuaskan apabila semua premis yang diperiksa mempamerkan tanda harga dengan jelas dan menggunakan alat timbang yang masih sah tempohnya.

Dalam pemantauan larangan penjualan minyak masak paket kepada warga asing, tiada sebarang transaksi dikesan. Peniaga turut diberikan nasihat serta amaran keras agar mematuhi peraturan dan mempamerkan notis larangan di lokasi yang mudah dilihat pelanggan.

Bagi pemeriksaan di stesen minyak, pemantauan mendapati tiada penjualan petrol RON95 kepada kenderaan berdaftar asing. Pihak stesen turut diberi peringatan berkaitan sekatan penggunaan kad kredit/debit antarabangsa serta keperluan mematuhi peraturan jualan, termasuk tidak menolak pembelian di bawah 20 liter bagi pengguna yang layak.
Selain itu, sesi advokasi telah dijalankan dengan pengedaran poster dan notis pemberitahuan bagi meningkatkan kesedaran pematuhan dalam kalangan pengusaha.

Secara keseluruhan, tiada kes atau tindakan penguatkuasaan direkodkan sepanjang operasi dijalankan. KPDN akan terus mempergiat pemantauan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta kestabilan bekalan barangan keperluan di pasaran sentiasa terjamin.

Sebarang pertanyaan dan aduan bolehlah dibuat melalui:-
https://e-aduan.kpdn.gov.my
Tel : 05-4010471 (KPDN Tapah)
Whatsapp Aduan:- 019-848 8000

Ikuti sosial media KPDN PERAK:
IG : https://ww.instagram.com/kpdn.perak
Youtube : https://www.youtube.com/
TikTok : https://www.tiktok.com/
Twitter : https://www.twitter.com/KPDN_Perak/






ยฉUnit Media 2026 | KPDN Perak

19/09/2026
19/09/2026

๐Ÿ“ข ๐™Ž๐™–๐™ ๐™จ๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ ๐˜พ๐™–๐™—๐™ช๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™ฉ๐™ช๐™–๐™ ๐™ˆ๐™š๐™œ๐™– ๐™ข๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™ฃ๐™ž!!

Para pengunjung Festival Jom Malaysia di Pasar Seni Kuala Lumpur, Sandakan dan Pulau Pinang yang telah menyertai Cabutan Bertuah Mega, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Facebook Live di KPDN Laman Rasmi malam ini!! ๐ŸŽฅ๐ŸŽโœจ

๐Ÿ“… ๐Ÿญ๐Ÿต ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚)
โฐ ๐Ÿด.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—บ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ

Mana tahu kalau ada rezeki boleh bawak balik kereta Perodua Aruz, Proton Saga, atau motor Modenas Z15GT secara percuma!!๐Ÿš—๐Ÿ๏ธ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐™…๐™Š๐™ˆ ๐™ˆ๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™”๐™Ž๐™„๐˜ผ: ๐™…๐™Š๐™ˆ ๐˜ฝ๐™€๐™‡๐™„ ๐™‹๐™๐™Š๐˜ฟ๐™๐™† ๐™ˆ๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™”๐™Ž๐™„๐˜ผ




19/09/2026

Address

Ipoh

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 02:45 - 05:00
08:00 - 05:00

Telephone

+6052414611

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KPDN-Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KPDN-Perak:

Shortcuts

Share