28/11/2025
*Mengapa Orang Kaya Membeli Emas?*
Kebanyakan orang fikir orang kaya beli emas untuk buat keuntungan.
Itu bukan sebab orang kaya membelinya.
Mereka beli emas kerana tidak percaya kepada nilai RM.
Orang kaya menyimpan emas dan perak bukan kerana mengharapkan harganya melambung tinggi, tetapi kerana mereka tahu nilai RM sentiasa jatuh.
Setiap kali kerajaan mencetak lebih banyak wang, nilai tunai anda semakin merosot.
Emas tidak menjanjikan keuntungan.
Ia menjanjikan perlindungan.
Setiap orang mampu bermula walaupun sedikit — sekeping syiling perak, atau sedikit emas.
Kita tidak perlu ada duit berjuta-juta untuk mula melindungi kekayaan anda.
Tetapi kebanyakan orang tidak akan buat.
Mereka akan terus skrol media sosial dan tunggu kerajaan datang menyelamatkan mereka.
Emas ialah wang sebenar.
Wang kertas ialah wang palsu.
Dan semakin lama anda simpan wang palsu, semakin miskin anda jadi.
Orang kaya tidak menyimpan RM tetapi mereka menyimpan aset sebenar.
Emas dan perak sudah menjadi wang selama ribuan tahun.
RM? Ia mula “mati” sejak tahun 1971.
Anda boleh pilih terus percaya kepada kerajaan.
Atau anda boleh mula percaya kepada emas.