12/10/2023
P R E M I U M
Bila sebut tentang goldbar ramai akan cerita bab simpanan dan pelaburan, secara asasnya memang betul. Ada pelbagai saiz dan berat goldbar untuk dijadikan simpanan, pelaburan dan koleksi.
Barang kemas p**a tidak sesuai untuk simpanan atau pelaburan, barang kemas lebih kepada perhiasan kepada wanita. Nak berhias cantik boleh beli barang kemas, tidak sesuai untuk beli goldbar atau dinar.
Faktor upah tukang dan susut nilai yang tinggi menyebabkan keuntungan yang minimum bila barang kemas dijual balik nanti. Pemilik barang kemas perlu tunggu lebih lama dan kuantiti gram yang banyak untuk untung maksimum.
Begitu juga dengan goldbar, tidak semua goldbar sesuai untuk dijadikan simpanan dan pelaburan. Goldbar yang berat kurang dari 1 gram lebih sesuai untuk dibuat koleksi atau hadiah sahaja.
Premium untuk goldbar 1 gram dan kebawah agak tinggi disebabkan oleh proses yang rumit untuk menghasilkannya.
Untuk menghasilkan goldbar yang berkualiti baik diantara 10 gram sekeping lebih senang berbanding menghasilkan goldbar 20 keping 0.5 gram (berat sama 10 gram).
Oleh sebab itu premium untuk 0.5 gram agak tinggi berbanding goldbar yang lebih besar. Makin kecil goldbar makin tinggi premium per gram.
Pilihlah emas yang sesuai untuk setiap tujuan kita beli emas, elakkan dari tersilap beli emas yang salah. Emas tak pernah salah, kita yang salah tiada ilmu tentang emas.
Rujuklah orang yang lebih arif tentang emas, jangan tanya tauke kedai emas nanti habis duit kita dibuatnya beli emas. Adehhh.
Sifu kewangan saya pesan; “never ask a barber if you need a haircut”, kita perlu bersiap sedia dengan ilmu emas sebelum mula simpan emas.
Carilah ilmu asas tentang emas sebelum bermula, simpan 1 gram pertama untuk ambil pengalaman. Bila dah yakin boleh teruskan dengan gram yang seterusnya.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk semua. Insyaallah.