30/07/2017
Mengenal Pasti "SCAMS" 😖
Ada beberapa info yang saya ingin kongsikan daripada hasil bacaan/pengalaman/pengetahuan saya. Bagaimana mengenal pasti sesebuah bentuk "SCAMS".
Semoga Bermanfaat 😎
1. Kadar Keuntungan LUAR BIASA.
Sebuah Pelaburan secara am nya memberi pulangan sebanyak 10-20% SETAHUN. Kalau janji manisnya melebihi takat ini, sila berhati2.
2. DIVIDEN dibayar secara kerap
Pelaburan rata2 membayar/memberi keuntungan setahun sekali. Sedangkan bisness yang menguntungkan pun hanya mmpu beri Bonus kepada pekerja satu atau dua kali setahun.
3. Tiada Dokumen HARDCOPY
Dokumen yang didokumentasikan secara sah tidak dapat ditunjukkan apabila diminta. Ini kerana HARDCOPY DOCUMENTS boleh digunakan oleh mangsa ke atas SCAMMERS.
4. Identiti PIHAK PENGURUSAN tidak diketahui.
Tiada ahli lembaga pengarah yang ada hanya testimoni orang2 berjaya yang entah datang dari mana. Pelaburan yang baik dan sah mesti mempunyai badan berdaftar.
5. Tiada HOTLINE atau KHIDMAT PELANGGAN
Ini sangat jelas kerana mereka tidak mahu melayan soalan2 yang mampu memerangkap mereka. Mereka hanya bergerak melalui AGENT.
6. Tiada ALAMAT FIZIKAL
Tiada alamat surat menyurat, pejabat, atau pusat urusan berdaftar. Kalau ada pun mungkin mereka akan letak alamat yang jauh beribu batu. 😅
7. Tiada LIPUTAN MEDIA
Mana2 pelaburan yang mampu memberi High Return sehingga dua digit peratusan setiap tahun MESTI mendapat liputan media. Tak kan mereka nak lepaskan peluang memberi liputan isu hangat ini di ruangan EKONOMI mereka bukan? Kalau tak pernah dengar di radio, TV, Surat Khabar, maka berhati2 lah. Internet tidak termasuk kerana terlalu banyak khabar angin.
Ini adalah sebahagian daripada TIPS penting bagi kita mengelak dari terjerumus ke dalam kancah SKIM CEPAT LINGKUP . Namun, saban hari "SCAMMERS" ini semakin bijak dan pelbagai taktik baru menjadi Modus Operandi.
Justeru bekalkan diri dengan Ilmu secukupnya sebelum menceburi apa jua PELABURAN. Jika ada kekurangan harap dimaafkan dan boleh berkongsi Ilmu.
Kita Sama Sama Belajar.
Happy Weekend Guys 😎
Faid Malek
Public Gold Authorised Dealer
PG048075