HF Richminds ( Wasiah2u )

HF Richminds ( Wasiah2u ) Isu yang melanda masyarakat Malaysia kini adalah mereka tidak sedar bahawa setelah kematian mereka, segala harta yang ditinggalkan akan dibekukan.

Kepakaran saya adalah memastikan isteri dan anak-anak anda tidak ditinggalkan dalam keadaan meminta-minta serta tidak bagaikan 'MELUKUT DI TEPI GANTANG' menuntut harta peninggalan sendiri.

22/08/2013

Sabda Rasulullah SAW : Seorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat disisinya. -Riwayat Bukhari dan Muslim.

-Mohamed Helmi B. Mohamed Fuzi
Perunding Wasiah,
Warisan Mukmin Sdn bhd (Rakan Korporat Amanah Raya Berhad)

Masalah Pentadbiran Pusaka Tanpa Wasiat.Tempoh Pentadbiran Berwasiat.- 1 sehingga 3 bulan.Pentadbiran TANPA Wasiat.- 3 b...
22/08/2013

Masalah Pentadbiran Pusaka Tanpa Wasiat.

Tempoh Pentadbiran Berwasiat.
- 1 sehingga 3 bulan.

Pentadbiran TANPA Wasiat.
- 3 bulan hingga 20 tahun (tiada jaminan Tempoh)


Mohamed Helmi B. Mohamed Fuzi
Perunding Wasiah,
Warisan Mukmin Sdn Bhd (Rakan Korporat Amanah Raya Berhad)

21/08/2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Saya doakan kalian semua agar hari ini menjadi hari yang lebih baik dari semalam serta kalian sentiasa dilimpahkan rezeki yang banyak, urusan yang dipermudahkan, sihat walafiat, sentiasa ceria dan bahagia serta sentiasa kaya dan berjaya dunia akhirat agar sentiasa dapat membantu insan lain yang lebih memerlukan. Amin..

-Mohamed Helmi B. Mohamed Fuzi
Perunding Wasiah,
Warisan Mukmin Sdn Bhd (Rakan Korporat Amanah Raya Berhad)

21/08/2013

Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan. -Hadis Riwayat Ibnu Majah

Mohamed Helmi B. Mohamed Fuzi.
Perunding Wasiah,
Warisan Mukmin Sdn Bhd (Rakan Korporat Amanah Raya Berhad)

21/08/2013

Mengapa Perlu Dokumen Wasiat?

1) Pentadbiran Pusaka Mempercepatkan Proses Penyelesaian.
- Perlantikan Wasi
- Penyenaraian Harta & Tanggungan
- Kaedah Pentadbiran secara jelas & Komprehensif

2) Membahagikan Harta Pusaka - Selain Pembahagian Faraid.
- Terhad 1/3 daripada Harta Pusaka Bersih.
- Wasiat harta kepada Bukan Waris : Waris terdinding, wakaf dll.

3) Melunaskan Hutang
- Melunaskan hutang adalah wajib sewaktu hidup dan sesudah mati (dari harta pusaka oleh saudara mara)

-Mohamed Helmi Bin Mohamed Fuzi.
Perunding Wasiah,
Warisan Mukmin Sdn Bhd (Rakan Korporat Amanah Raya Berhad)

20/08/2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Salam ukhwah.

Hak-Hak Ke Atas Harta Pusaka Orang Islam.

1) Perbelanjaan Pengurusan Jenazah.
- mandi, kafan, kebumi.

2) Menyelesaikan Tanggungan Hutang Agama.
- Zakat, haji, nazar, fidyah, kaffarah.

3) Menyelesaikan Tanggungan Hutang Manusia.
- Orang perseorangan, institusi kewangan.

4) Membahagi Harta Sepencarian.
- Hak pasangan (isteri/suami) yang masih hidup.

5) Menunaikan Wasiat.
-menepati 2 prinsip Islam :
Tidak lebih 1/3 daripada harta pusaka bersih.
Wasiat kepada bukan waris (Bukan penerima Faraid), muafakat/persetujuan perlu diperolehi jika tidak menurut prinsip di atas.

6) Pengagihan Bahagian Faraid
- waris-waris yang layak menurut hukum syarak.

Disediakan Oleh,

Helmi Fuzi.
Perunding Wasiah,
Warisan Mukmin Sdn Bhd (Rakan Korporat Amanah Raya Berhad)

30/08/2012

Salam Kemerdekaan kepada semua. Semoga kita semua bebas merdeka dari fikiran, perasaan, percakapan dan perbuatan yang TERCELA. Fahamilah erti merdeka yang sebenar. Semoga fikiran anda semua tidak ditindas, tidak dipengaruhi oleh propaganda karut marut. Dan yang paling penting.. selamat menikmati Janji di CAPATI ..(^_^) -Hf

12/08/2012

Bersahurlah, kerana di dalamnya penuh dengan keberkatan- Helmi Fuzi

11/08/2012

"Redha Allah bergantung kepada redha ibu bapa. Murka Allah bergantung kepada murka ibu bapa". Selamat berbuka puasa- Helmi Fuzi

09/08/2012

Al-Imam an Nawawi rhm menyebut : "Barangsiapa yang mengadakan ibadah (qiamullail) pada malam Lailatul Qadar sekalipun ia tidak diberi taufiq untuk menyaksikan alamat-alamat Lailatul Qadar, nescaya ia dibalas dengan balasan yang tersebut.” -hf

09/08/2012

Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan nescaya Allah akan tambah lagi nikmat tersebut. Selamat bebuka puasa! -Helmi Fuzi

08/08/2012

Syukur Alhamdulillah. Kita masih sihat dan diberikan kehidupan untuk memasuki Zon 10 malam terakhir Ramadhan. Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Doa saya kepada mak & abah, ibu & ayah, isteri & anak kecik ku, adik beradik, ipar duai, kaum keluarga dekat mahupun jauh, sahabat-sahabat seperjuangan di arena politik mahupun perniagaan, teman-teman lama serta teman FB yang membaca post ini.. saya doakan semoga anda semua sentiasa sihat sejahtera, sentiasa dilimpahi rahmat dan berkat dari Allah swt, semoga kalian sentiasa dilindungi, memperoleh Nur Ramadhan serta taufik & hidayah daripada Allah untuk terus kuat berjuang beribadah & berusaha peroleh rahmat dari Allah. Juga semoga Allah permudahkan & perbanyakkan rezeki kalian. Semoga kalian memperoleh kejayaan & kekayaan di dunia mahupun akhirat. Amin.. -Helmi Fuzi

Address

Taman Seri Rapat
Ipoh
31350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HF Richminds ( Wasiah2u ) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share