14/03/2017
"Nini,kertas jawapan periksa dah dapat dah?" tanya saya pagi ini didalam kereta ketika menghantar kakak yaya ke sekolah. Kebetulan nini 'terbangun' awal harini lalu me request nak ikut saya mengahantar yaya. Alah 1.2 km je dari rumah ke sekolah. Kalau pakai kasut sekolah dalam kereta pun tak sempat.
"Dah ma. Semalam nini dapat BI penulisan, BI pemahaman, matematik ada 2" balas nini dari seat belakang.
"Ait tak inform mama pun" saya tanya,tak puas hati.
"Hehehe nini lupa" balas nini pendek.
"Dapat berapa?" Tanya saya lagi
"Err.. entoh" jawap nini bersahaja. Eh panas sikit dah hati ni.
"Apsal tak tahu plak?" Preasure saya lagi. Nini senyap. Saya malas nak tanya. Balik nanti saya mintak. Seusai hantar yaya,ingat nak membeli kuih, tapi sayang kiosk kuih masih tutup lagi. Jadi saya decide untuk balik rumah sahaja. Sesampai dirumah, segera saya solat subuh dengan berbaki masa lagi 20 minit. Lewat harini kerana melayan 1f3 dan 1f4 yang mintak disus**an.
"Nini,pegi ambik kertas periksa nini.mama nak tengok sekarang" arah saya sebelum solat tadi. Selesai solat,sempat saya berzikir.
"Mama, ni dia kertas periksa". Kata nini yg masih setia berdiri si hadapan saya
Saya selak satu persatu. Seakan tidak percaya dengan apa yang saya nampak. Saya tahu kebolehan nini, dan saya tahu kelemahan nini. Since tadika dah terserlah flying colours dia. But today is unacceptable.
"Kenapa nini dapat macam ni? BI pemahaman 33/50, BI penulisan 76% je? Math 60% & 66%? Kenapa teruk ni? Nini tak fokus kan?" Bertubi tubi soalan saya.Dah sampai kepala kemarahan saya. Saya cek semula kertas Bahasa Inggeris. Aduh!!! 7 soalan di kertas OMR tak siap! Tapi dikertas soalan gambar diwarnakan.!!
"Nini!! Panggil saya keras. "Nini tak fokus kan? Kenapa kertas ni tak siap lagi tapi nini pi sibuk nak kaler bagai kat kertas soklan ni? Dah berapa kali mama kata fokus!! Perlu ke mewarna gambar-gambar dalam ni? Bukan kena hantar pun kertas ni" marah saya berapi api pada nini. Nini diam membisu.seperti biasa dia akan diam dan tersengih. Memang itu la nini. Kena marah macamana sekali pun wajahnya akan tetap tersengih.terkadang saya terfikir, 'nini ni takde perasaan kah?'
Nini beredar dari saya dan terus baring di tilamnya.
"Apa bising-bising ni?" Tanya ayah hensem yang kebetulan turun dari tingkat atas. Saya diam sahaja. Frust.malas nak komen.
"nak keropok? Abang gorengkan" saya angguk lemah. Eh..penat plak berleter pepagi buta ni. Heheheh.
"Apa yang membebel tadi tu?" Ulang ayah hensem bila pertanyaan dia tiada balasan. Dia menghidangkan keropok ikan kegemaran kami sekeluarga dihadapan saya.
"Abang tengokla paper nini" unjuk saya.
"Tu la banyak sangat main. Buat koje semua tak fokus. Lepas ni, no tv no internet no handphone" marah saya lagi.
"Look at english paper yang!! Dia boleh mewarna sedangkan soalan belum habis jawap"marah saya lagi. Ayah hensem membelek-belek semua kertas itu. Kemudian dia tersenyum. 'Ait,boleh senyum lagi'. Ayah hensem ni memang selalu tenang dalam segala hal.
Bersambung nanti ye. Gue nak masak daa