10/09/2026
06092026
Tuan Haji Khirul Nizam b Tan, dari syarikat Laman Zulfaqar Sdn Bhd yang juga Ahli Jawatankuasa DPPM Perak telah menerima Anugerah Usahawan Peladang Terbaik (Best Agroprenuer) di Majlis Penganugerahan Award sempena MAHA 2026.
Beliau telah menjalankan perniagaan dalam sektor penternakan selama lebih 10 tahun di Kg Changkat Larang, Lahat. Bermula dengan ternakan lembu dan kambing sebelum mengembangkan operasi kepada ternakan rusa.
Syarikat beliau turut terlibat dalam pemprosesan daging segar, produk sedia dimakan serta perkhidmatan agropelancongan.
DPPM Perak mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan beliau dan berharap agar perniagaannya terus berkembang maju dan dapat memberi manfaat kepada orang ramai.