05/07/2025
“Oooo ye ke? Saya ingatkan…”
“Oooo, saya ada anak perempuan je…”
“Oooo, ada bhgn adik beradik saya ye?”
“Oooo, isteri saya tak dpt sebuah rumah?”
“Oooo, anak angkat saya takde hak faraid?…”
“Oooo, mak ayah saya pun ada hak faraid?…”
⬆️ Biasa dgr kan?
Dunia hari ini penuh dengan urusan yang kompleks, sebab itu perancangan bukan lagi pilihan, ia satu keperluan demi menjaga hak dan keharmonian.
Perancangan perwarisan bukan soal banyak atau sedikit harta, tapi soal amanah, kasih sayang dan tanggungjawab yang ditinggalkan secara tertib.
Ramai yang berhasrat sekian2 utk insan2 yg disayangi seperti isteri dan anak angkat, namun tidak membuat sebarang perancangan kerana “salah faham” atau kurangnya pendedahan tentang apa pentingnya “perancangan perwarisan perlu dibuat sewaktu hidup”. Ramai yg beranggapan :
🔴 nanti aku mati, pandai2 la waris aku uruskan
🔴 nanti aku mati, depa dpt la bhgn depa (berapa?)
🔴 nak susah apa, faraid je la (ada hak tak?)
Apa yg mereka tak sedar?
Kesan2 lain bila tiada perancangan harta ; proses pentadbiran pusaka si mati yg memerlukan kerjasama + sepakat semua waris faraid. Tanpanya, pembahagian boleh menjadi rumit, lambat, malah kekal terbeku selamanya serta berisiko menjejaskan keharmonian keluarga.
Apa ikhtiar yg kita boleh buat?
Tindakan bijak bermula dgn membuat perancangan awal (wasiat, hibah, amanah, harta sepencarian). Meninggalkan harta tanpa perancangan ibarat meninggalkan peta tanpa arah. Waris yang ditinggalkan terkapai2, mereka tak tahu:
🔴 Siapa berhak ke atas harta pusaka si mati
🔴 Apa proses untuk mencairkan harta pusaka si mati
🔴 Apa tertib / proses yg perlu mereka lakukan
🔴 Apa harta pusaka si mati
🔴 Apa hutang si mati
🔴 Di mana dokumen penting
🔴 Harta mana yg jadi pusaka & yg mana tak
🔴 Apa sebenarnya hasrat si mati (yg blh dijadikan panduan)
Akhirnya, waris terpaksa meneka-neka dan bertindak tanpa panduan, yang boleh membawa kepada waris makan hak waris yang lain, waris tak byr hutang si mati, pertikaian, perpecahan keluarga dan perebutan harta.
Perancangan harta adalah amanah, agar hak waris terjaga, dan kita tenang “di sana”. Ia bukan soal dunia semata, tapi bekalan akhirat yang dipertanggungjawabkan.
Xtvt bersama Taiping, Hj Mohd Asri Kushairi semlm di Masjid Kg Expo Kamunting. Moga memberi manfaat utk semua 💚
Nak ?
Nak ?
Jommm ☕️☕️ dgn 😍