Aneka citarasa anarozall

Aneka citarasa anarozall Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Aneka citarasa anarozall, Business service, Rapat Setia, Ipoh.

Berhati2...jika mahu selamat dari sendikit dadah....
18/09/2022

Berhati2...jika mahu selamat dari sendikit dadah....

Hati-hati dengan drug mule (keldai dadah) yang berkeliaran di-airport.

Catatan ini saya tulis pada tahun 2018 semasa berada di Vienna Airport setelah sebulan berkembara di negara-negara Eastern Europe. Selepas check-in kami mencari tempat yang tiada ramai orang untuk dinner sandwich sardin (sardin lagi!!).

Banyak seat kosong kerana flight kami malam, memang tak ramai travellers di Vienna airport pada masa itu. Sambil menikmati sandwich sardin, seorang perempuan datang dan duduk sebelah saya, walhal banyak lagi kerusi lain yang kosong.

Dalam hati terlintas takkan ada orang nak mengorat saya dalam umor sebegini 😛 (mesti kembang wife saya bila dia baca ni).InsyaAllah saya tak mudah cair dengan ujian tiga “TA”.

Saya memberitahu rakan-rakan:

“Korang tengok perempuan sebelah saya, mesti dia menyampuk sat lagi. She is up to something.”

Memang betul jangkaan saya kerana perempuan tersebut memulakan perbualan“Where are you going sir” tanya wanita tersebut.

“Bangkok, you?” saya bertanya balik secara polite.

“I am going to Colombo, can you help me sir” jawab beliau.

Saya dah agak dan memang dah bersedia memintas persoalan beliau.“If you are asking for money, i am so sorry i can’t give you any” ucap saya.

Memang dah banyak kali sebagai traveller saya terserempak dengan orang yang tidak dikenali terlalu baik dengan kita.

Mesti ada udang disebalik mee.“No No sir, i don’t want your money. I want your help to carry some baggage for me”.

Memandangkan saya ke Bangkok dan beliau ke Colombo sudah tentu kami berlainan flight.

Dia nak minta saya tolong bawakan barangan dia melepasi security checkpoint. Dalam kepala saya, dah sah dia ini seorang professional drug mule.

“You know, it is very dangerous to carry someone’s baggage especially in airports. It could be illegal stuffs you are carrying. You know the consequences, right” saya memberitahu beliau.

“I am not saying you are carrying any illegal stuffs but if someone ask you to carry their baggage through security, would you do it” saya berleter lagi.

Saya nmpk beliau diam shj dan menarik bag beredar dari situ.

Saya perhatikan beliau mundar mandir, agaknya mencari mangsa.

“Dosa” paling besar di airport adalah membawa baggage orang lain tanpa anda ketahui apa di dalamnya, apatah lagi dari orang yang tidak dikenali.

Terlalu ramai yang sudah terkena tahan dan merengkok dalam penjara atau dihukum mati kerana membawa dadah dari sindiket drug mule ini.

Pernah ada satu tour agency Malaysia meminta tolong seorang dari guest mereka membawa satu barang ke Australia tanpa diberitahu apa barangannya.

Beliau ditahan di airport kerana membawa barangan tersebut berupa Australian dollars melebihi dari had yang dibenarkan.

Adalah elok untuk kita berperangai baik tetapi ada masa perlu berkurang ajar terhadap mereka yang cuba menggunakan kita.

Semoga kisah ini bermanfaat.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: Zainuddin Omar

Kita simoan disini utk rujukan...
19/08/2022

Kita simoan disini utk rujukan...

09/03/2022
29/12/2021
21/12/2021

Resepi biskut mazola

Tepung gandum 1.5kg
Kacang tanah 2kg (disangai dan kisar halus, lebih b*k lagi sedap)😊
Gula halus 5 1/2 cawan
Minyak masak cap Knife
Baking powder
Telur dan pewarna kuning (utk hiasan atas biskut)

Cara membuat

Campur semua bahan kecuali minyak masak. Bila semua dah sebati, tuangkan minyak masak sedikit demi sedikit..minyak ni agak2 bole jadi doh. Siap boleh cetak. Sis guna acuan penutup botol cola jak🤣🤣

Untuk hiasan, pecahkan dua biji telur dan letakkan sedikit pewarna kuning untuk mencantikkan biskut mazola anda 😊 nak letak hirisan kacang pun boleh, saya saja tak letak.

*Tips untuk dapatkan biskut mazola yang rangup dan sedap, tambahkan sedikit garam dalam adunan tadi 😉

Bakar suhu 195 selama 15minit ikut oven masing2.

kredit: ain amir

Address

Rapat Setia
Ipoh
31350

Telephone

0183665488

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aneka citarasa anarozall posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share