06/12/2023
PROJEK USAHAWAN @ PKDSI |
Jualan Hari-Hari Murah
Dikelolakan oleh Kelab Pusat Komuniti Desa Serting Ilir dengan kerjasama Homestay Lonek
“DESTINASI PELANCONGAN, GERBANG JUALAN HARIAN”
17 November bermula cerita,
Dari 15 orang peserta kini telah menghampiri 30 orang peserta.
Dari hanya 25 produk makanan kini telah mencecah 65 jenis makanan.
Program Jualan Hari-Hari Murah semakin mendapat tempat di hati penduduk tempatan.
Inisiatif yang dibawakan oleh Pusat Komuniti Desa Serting Ilir ini bukan sahaja dapat membantu 28 orang peserta menambah pendapatan sampingan dan meningkatkan ekonomi isi rumah tetapi juga mampu untuk mengembirakan hati ramai warga desa yang dapat membeli pelbagai jenis makanan pada kadar harga yang cukup berpatutan.
Menerusi program ini, kami hanya menawarkan harga bermula RM1.00 hingga RM3.00 sahaja untuk semua jenis menu makanan.
Alhamdulillah, kini telah masuk minggu ke-3 operasi dan hasil jualan sepanjang 2 minggu pertama mencecah RM13,000 iaitu RM5,019 hasil jualan minggu pertama dan RM7,840 hasil jualan minggu kedua.
Sasaran pendapatan bagi minggu ketiga adalah sekitar RM10,000.
Insya Allah, segala yang baik datangnya dari izin Yang Maha Esa.
Semoga usaha kecil ini dapat membantu lebih ramai lagi usahawan luar bandar dalam meningkatkan pendapatan harian demi menampung keperluan isi rumah selain daripada membantu mempromosikan destinasi pelancongan iaitu HOMESTAY LONEK 😘
Teruskan bersama kami !