03/10/2022
APA ITU OVALETTE?
HALAL vs HARAM
=======================
Amboiiiii x senang nak buat keje asyik tit tot tit tot...ramai benor yang bagi RESPOND..ALhamdulilah ramai sebenarnya yang NAK TAHU..dan mengambil berat tentang bahan bahan yang digunakan..semoga ini dapat memberi sedikit pengetahuan di dalam KESEDARAN UMUM ( Public Education) untuk MENGETAHUI BAHAN BAHAN yang di gunakan di dalam bakeri produk dari sudut HALAL secara khususnya..
Mari kita lihat pelbagai jenis kek yang menggunakan OVALETTE
1) Kek SPAN
2) Kek Chiffon
3) Kek Pisang
4) Kek Swiss Roll
5) Kek sarang semut
5)Apam puteri AYU pun ada ovallete?? :)
1)Apa sebenarnya OVALETTE?
Ovalette adalah nama sejenis PENGEMULSI yang di gunakan sebagai PENSTABIL kepada campuran MINYAK dan CECAIR.. secara amnya ovallete juga adalah nama yang sama kepada QUICK 75.
cuba ambil 1 gelas air + minyak ..adakah campuran tersebut akan BERSATU jika di kacau dan campurkan?
TIDAK kan..
di dalam resepi KEK SPAN ada kuantiti MINYAK? ada kuantiti AIR? ada Kuantiti TELOR ( cecair) BAGAIMANA campuran ini hendak di SEBATIKAN?
Contoh resepi kek span
-------------------------
250gm telor
200gm gula halus
80gm tepung protin rendah
20gm tepung jagung
5gm double acting BP
2gm vanillin
50gm air
50gm minyak jagung
0.02gm ovalette ( 100% purity)
JAWAPANYA adalah : PENGEMULASI sebagai bahan yang membolehkan PENYATUAN dua bahan tersebut BERSATU..
Ovalette berbentuk seperti PES yang bewarna KUNING KEOREN yang bersifat ASID ( jangan lak amik ovalette masuk dalam lidah ..nak tau rasa masam ke tidak )..
KENAPA bersifat ASID?
ASID membantu di dalam TELOR untuk memerangkap UDARA dengan lebih cepat melalui bantuan Ovalette dimana kek akan menjadi STABIL ( tidak jatuh bila di bakar dan tekstur yang halus dan lembap).
===========================
BAHAN BAHAN di DALAM OVALETTE ( PENTING NI!!!! )
E471 - MONOGLYCERIDE
E475 - POLYGLYCEROL
E420 - SORBITOL
E1520 PROPERLYNE GLYCOL
E102 TARTRAZINE
DAN AIR
=========================
E471 - adalah emulsi dari TUMBUH TUMBUHAN ( kelapa sawit / soya ) atau HAIWAN
* pastikan berasaskan tumbuhan
E475 - dalah emulsi dari TUMBUH TUMBUHAN ( kelapa sawit / soya ) atau HAIWAN
* pastikan berasaskan tumbuhan
E420 - Gula substitute yang di gunakan di dalam air coca cola, pepsi atau jus buahan
E1520 - adalah pelembap makanan
E102 - Pewarna kuning lemon dari sintetic yang banyak di gunakan di dalam MEE KUNING
============================
PERSOALAN..
HALAL?
Bergantung pada E471 and 475 asal usul ? tumbuhan atau haiwan.
Jika tumbuhan ..
Jika haiwan..tidak di pastikan mengikut syarak
Selamat di GUNAKAN?
salah satu bahan yang di klasifikasikan sebagai EMULSI MAKANAN yang di benarkan pada AKTA MAKANAN 1983 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. Bahan bahan seperi ini di gunakan di dalam kuantiti yang sangat sedikit di manana 3gm ( 100% purity ) per 1000gm tepung. JIka di kira RESIDUE yang masih lagi ada di dalam kek tersebut ( katakan makan 100gm kek span ) tidak memberi SIGNIFICANT atau UNDETACTABLE kerana kandungan yang terlalu kecil : 0.00003gm.
http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%206/Akta%20281%20-%20Akta%20Makanan%201983.pdf
bagaimanapula dengan BAHAN CHEMICAL lain?
yang menjadi persoalan adalah RESIDUE selepas di BAKAR..adalah bahan tersebut boleh menyebabkan CARCINOGEN seperti BROMATE/ AZODCARBONAMIDE di dalam BREAD IMPROVER mahupun TREATED FLOUR yang boleh menyumbang kepada RISIKO KANSER.
http://www.livescience.com/36206-truth-potassium-bromate-food-additive.html
http://www.livestrong.com/article/549792-long-term-health-impact-of-bromated-flour/
seperi BAKING POWDER, residue yang terhasil adalah GARAM di mana sistem perkumuhan akan mengeluarkan semasa proses perkumuhan berlaku.
http://scienceline.ucsb.edu/getkey.php?key=4147
http://www.chemheritage.org/percy-julian/activities/5b.html
PASTIKAN bahan bahan yang di gunakan adalah HALAL JAKIM, kerana PROSES yang di lakukan oleh HALAL JAKIM adalah rumit dan melihat sehingga ke KESELURUHAN asal usul sehingga kepada PEMPROSESAN..ini adalah TANGGUNGJAWAB besar oleh JAKIM di dalam menguruskan HALAL sebagai FARDHU kepada ummah
Selamat buat KEK span yang GEBU menggunakan HALAL JAKIM certified OVALETTE. Yakini HALAL JAKIM.