24/07/2018
HIBAH HARTA BERCAGAR SATU "PEROGOLAN ILMU" ?
Ini dakwaan sesetengah pihak. Menurut pihak ini hanya harta yang bebas dari cagaran sahaja boleh dihibahkan.
Mari kita berlapang dada dalam membincangkan isu ini. Setiap pihak mempunyai pengalaman & pengetahuan teknikal masing2 dalam menguruskan hibah. Ada yang menguruskan hibah mengikut undang2 sivil dan ramai juga yang menguruskan hibah di Mahkamah Syariah.
Wasiyyah Shoppe Bhd pun ada pengalaman sendiri turun naik Mahkamah Syariah semenjak 2004 dalam mendapatkan perintah pengesahan hibah. Perintah pengesahan hibah pertama yang kami perolehi ialah dari Mahkamah Tinggi Syariah Alor Setar pada 2005. Kes itu dibicarakan di hadapan Dato Sheikh Abdul Rahman yang kini merupakan YAA Ketua Hakim Syarie Kedah. Semenjak itu, ratusan perintah pengesahan hibah lain telah kami perolehi dari Mahkamah Syariah seluruh Malaysia ( kecuali Sabah & Sarawak ). 100% perlaksanaan hibah kami ialah di Mahkamah Syariah.
Tak perlu kita memaki hamun dgn kata2 cercaan kesat terhadap pihak yang berlainan pandangan / metadologi dengan kita. Mari kita renungkan :
1. Memang benar jika harta masih bercagar, kebenaran dari pembiaya diperlukan kerana pembiaya ialah pihak berkepentingan terhadap harta ini. Kebenaran ini p**a perlu diperolehi ketika akad hibah ingin dibuat. Maknanya pandangan ini mengatakan bahawa hanya apabila kebenaran diperolhi akad hibah boleh dibuat.
2. Namun begitu, pandangan di atas ialah pandangan Syafi'e , Hambali & Maliki. Hanafi membenarkan akad hibah dibuat tanpa kebenaran pembiaya. Kebenaran ini boleh diperolehi sehingga selepas kematian pemberi hibah. Sehingga ke tahap itu, akad hibah ini dianggap "mawqufah" ( tergantung ).
3. Mahkamah Syariah tidak terikat kepada pandangan Syafi'e semata2 dlm membuat keputusan mengenai hibah. Ia selaras dengan peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri2 yang membenarkan pandangan mazhab2 lain digunapakai termasuk ijtihad. Menggunakan pandangan mazhab lain tidak menjadikan kita "PEROGOL ILMU" seperti didakwa sesetengah pihak. Jika kita "PEROGOL ILMU", maka membayar zakat fitrah menggunakan tunai menjadikan kita "PEROGOL ILMU" . Bersolat subuh di Masjidil Haram juga menjadikan kita "PEROGOL ILMU".
4. Setakat ini ada 9 kes hibah harta yang masih bercagar dengan pembiaya telah diputuskan SAH oleh Mahkamah Syariah dengan kes terbaru diputuskan pada Mac 2018 di Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu berkait harta bercagar di CIMB. Cumanya perlaksanaan hibah harta bercagar ini perlu dibuat mengikut SOP & SYARAT TERTENTU yang ketat.
5. Pihak yang ingin mengeluarkan kenyataan HIBAH HARTA BERCAGAR tidak boleh dibuat kerana "tidak milik sempurna" perlu membaca & memahami alasan penghakiman bagi kes2 ini yang dibuat oleh Yang Arif & Yang Amat Arif hakim2 dan ketua hakim Syarie negeri masing2. Perlu juga meluaskan bacaan hasil tulisan ulama2 seperti Allahyarham Dr Wahbah Zuhaili, Mustafa Al Khein dll. Ilmu berkaitan hibah ini SANGAT LUAS & tidak rigid kepada pandangan sesuatu pihak sahaja.
6. Dari segi perlaksanaan undang2 di Malaysia, Hanya Mahkamah Syariah sahaja mempunyai bidang kuasa memutuskan kesahihan hibah ( kecuali bagi hibah takaful di dalam Jadual 10 IFSA 2013) . Bukan saya , bukan mana2 ustaz, profesor universiti, CFP, IFP, ShRfp atau P yang lain. Jadi sama ada hibah itu sah atau tidak , serahkan kepada kebijaksanaan Yang Arif & Yang Amat arif hakim2 Mahkamah Syariah . Mereka akan membuat keputusan berdasarkan locus standi, maslahah kes, hujahan peguam & ijtihad.
KEPADA PEMILIK RUMAH YANG MASIH BERCAGAR DENGAN PEMBIAYA , BUATLAH PILIHAN :
1. Gunalah pandangan PERTAMA : Jangan buat hibah untuk rumah anda sekarang & selepas anda mati biarkan sahaja rumah it7 difaraidkan kepada semua waris2 mengikut hukum faraid ATAU ;
2. Guna pandangan KEDUA : Buatlah hibah harta bercagar dengan Wasiyyah Shoppe Berhad yang telah menjalankan penyelidikan ilmiah & lapangan tentang hibah harta bercagar & mahir berkaitan SOP & SYARAT yang diperlukan , telah berpengalaman 14 tahun menguruskan hibah rakyat Malaysia di Mahkamah Syariah dan telah mempunyai ratusan perintah pengesahan hibah dari Mahkamah Syariah yang membuktikan hibah kami sah dari segi Hukum Syarak. Pastikan rumah yang anda beli ini dimiliki oleh pasangan / anak2 seperti hajat asal anda membeli rumah ini.
KEDUA2 PANDANGAN INI SAH MENGIKUT HUKUM & UNDANG2 SYARAK ! PILIHAN DI TANGAN ANDA.
Cr:Ariffin Sabirin
Hubungi
SHAZLINA
wasap.my/601129448456/hibahhartanahpahang
wasap.my/601129448456/hibahhartanahpahang
wasap.my/601129448456/hibahhartanahpahang