06/11/2022
PUSAT RESPONS SCAM KEBANGSAAN (NSRC)
Pusat panggilan yang ditubuhkan bagi menyekat pengaliran wang mangsa penipuan siber.
Mangsa penipuan siber boleh terus menghubungi talian bank masing-masing (operasi 24 jam) atau talian NSRC di talian 997 (operasi 8.00 pagi hingga 8.00 malam - Setiap hari).
Pastikan anda mempunyai butiran maklumat insiden kejadian, maklumat komunikasi serta transaksi yang dilakukan semasa membuat laporan seperti dibawah :-
1. No. telefon yang menghubungi anda. Cara perhubungan sama ada panggilan telefon, panggilan whatsapp, SMS dll.
2. Masa dan tarikh panggilan diterima.
3. Maklumat akaun bank seperti nombor akaun bank dan nama pemilik akaun.
4. Masa, tarikh dan amaun transaki yang dilakukan.
Mungkin wang anda masih boleh diselamatkan.
Orang ramai dinasihatkan agar terus peka dan sentiasa waspada dengan helah penjenayah. Jangan terus terpadaya!
Sama-sama kita benteras jenayah siber!