11/04/2024
Solar - Bercahaya bersama Blackout !
KG RENEK, JABI, 11 APRIL - Lebih 20 buah rumah di kawasan Kg Renek terjejas tak teruk sangat akibat terputus bekalan eletrik sekejap. Kawasan terjejas sekitar rumah Abe Halim, rumoh Abe mat kedai runcit, Warung Roti Canai, rumoh Abe yi dan sekitar rumah Abe min.
Kegusaran melanda hati penduduk ditambah dengan kep**angan anak cucu yang p**ang menyambut Hari Raya. Rata-rata penduduk memikirkan ketidakselesaan anak cucu kerana bergelap dan berpanas.
Walaubagaimanapun, sekitar 30 minit, masalah ini dapat diselesaikan berkat usaha pantas Pejabat Tnb Cawangan Daerah Besut.
Terima kasih TNB Besut.
Tahun 2024, kejadian kecemasan sebegini sebenarnya boleh diminimumkan dengan pemasangan sistem solar, rumah-rumah yang memasang solar tidak perlu risau, disini saya senaraikan beberapa kelebihan pemasangan solar terutama ketika situasi sebegini berulang.
1 - Kekal Beroperasi: Dengan solar, anda mempunyai bekalan elektrik sedia ada, tanpa bergantung kepada grid atau bekalan utama, memastikan keluarga anda sentiasa dilindungi dan tidak perlu bersusah hati.
2- Kecemasan & Keselamatan: Semasa blackout, solar dapat memberikan bekalan kecemasan untuk perkakasan penting seperti penyimpanan makanan, lampu atau pencahayaan, termasuk alat komunikasi, juga memberi keselesaan keluarga anda dan meminimumkan kegusaran .
Bagi soal Penjimatan Kos dan Mesra Alam sudah tentu tidak boleh disangkal lagi. Pemasangan solar membantu mengurangkan bil elektrik bulanan dan mengekalkan kestabilan kewangan dalam jangka panjang dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga fosil dan mengurangkan jejak karbon.
Jum sertai peralihan ke tenaga solar untuk ketenangan fikiran dan kestabilan bekalan elektrik! Hubungi kami, HHM Synergy hari ini untuk konsultasi percuma!
SYNERGY DRIVE PERFECTION
PS : Gambar dibawah ialah lampu jalan, satu-satunya Jambatan di Kg Renek yang menggunakan sistem solar. Kredit saya rasa harus diberikan untuk Jkr Daerah Besut yang berani menukar dari lampu jalan biasa kepada lampu solar.