AIA Takaful Advisor - Hatikah Hamad

AIA Takaful Advisor - Hatikah Hamad Helping Working Adults Master Mandarin ๐Ÿ’ผโœจ | Flexible Schedule ๐Ÿ•’ | Brand Officer | Message Me ๐Ÿ“ฒ

21/08/2025

Pagi 10 Ogos itu, Darna Tajudin keluar berjoging seperti biasa. Seorang ibu berusia 41 tahun yang ceria, aktif, dan dikenali ramai kerana sifat pemurahnya. Di sebalik senyumannya, arwah pernah berkata bahawa beliau mahu meninggalkan sesuatu untuk orang lain walaupun setelah tiada.

Namun takdirnya terlalu pilu. Sebuah kenderaan dipandu pemandu mabuk merempuh dari arah belakang. Tubuhnya rebah di jalanan. Dunia seakan terhenti. Darna segera dibawa ke hospital dan ditempatkan di ICU. Doktor-doktor berjuang, namun selepas seminggu, beliau disahkan mengalami brain death. Pada 17 Ogos, arwah pergi menghadap Ilahi.

Tangisan anak-anaknya lima orang kesemuanya, masih muda, berusia 9 hingga 18 tahun bergema di sekeliling katil hospital. Kehilangan itu terlalu berat. Tetapi dalam hiba itu, keluarga membuat keputusan yang penuh keberanian: menunaikan amanah terakhir arwah.

Kerana sebelum ini, Darna pernah menyuarakan keinginannya. โ€œKalau aku tiada nanti, biarlah organ aku membantu orang lainโ€ฆโ€ Kata-kata itu menjadi ikrar. Dan keluarganya memilih untuk menghormati ikrar itu.

Maka di bilik pembedahan Hospital Tawau, sebuah momen yang menyayat hati terjadi. Seluruh kakitangan berdiri tegak, tangan di dada, dalam sunyi yang menekan jiwa. Mereka memberi penghormatan terakhir sebelum operasi pendermaan kornea dilaksanakan.

Tubuh arwah terbujur kaku di atas katil, tetapi jasanya sedang hidup. Kornea matanya kini bakal menjadi cahaya untuk insan lain melihat semula dunia. Arwah yang dahulunya penderma darah tegar, kini menjadi penyelamat dalam bentuk yang lebih abadi.

Kematian tidak menutup cerita hidup Darna. Ia hanya membuka bab baru bab tentang kebaikan yang kekal mengalir.

๐Ÿ“Œ Kita juga boleh menulis bab itu untuk diri kita.

Ikrar pendermaan organ kini boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera.

Namun jangan berhenti di situ. Maklumkan kepada keluarga, kerana di saat terakhir nanti, merekalah yang akan menunaikan ikrar itu bagi pihak kita.

Hari ini, dunia mungkin menangisi kehilangan Darna. Tetapi esok, ada insan yang akan tersenyum kerana melihat kembali dengan cahaya matanya.

Kerana cinta tidak pernah mati. Ia hidup dalam setiap nyawa yang diselamatkan. Warisku, Hormati Ikrar Ku.

๐Ÿ’” Bayangkanโ€ฆDoktor baru saja sahkan anda menghidap kanser. Rawatan perlu segera. Kos? Ratusan ribu ringgit.Awalnya masih...
21/08/2025

๐Ÿ’” Bayangkanโ€ฆ

Doktor baru saja sahkan anda menghidap kanser. Rawatan perlu segera. Kos? Ratusan ribu ringgit.

Awalnya masih mampu bertahan sebab gaji jalan seperti biasaโ€ฆ

Tapi selepas beberapa bulan, HR hantar surat:

โ€œCuti sakit bergaji anda sudah habis. Gaji akan dihentikan.โ€

Inilah realiti ramai pesakit di Malaysia kurang peka:

๐Ÿ“Œ Pekerja swasta โ€“ Hanya 14โ€“22 hari cuti sakit bergaji setahun + 60 hari hospitalisasi. Lepas tu? Tiada gaji.

๐Ÿ“Œ Pekerja kerajaan โ€“ Pesakit kanser layak 24 bulan gaji penuh + 12 bulan separuh gaji. Lepas itu, kemungkinan bersara perubatan.

โ— Hakikatnya: penyakit kritikal bukan sahaja serang tubuhโ€ฆ ia serang kewangan kita juga.

๐Ÿ’ก Sebab itu pelan Sakit Kritikal sangat penting.

Pampasan lump sum boleh bantu anda:
โœ… Teruskan rawatan tanpa fikir kos
โœ… Bayar bil harian walaupun gaji terhenti
โœ… Pastikan keluarga tidak menanggung beban

๐Ÿ“ฒ Kesihatan itu rezeki, tapi perlindungan itu ikhtiar. DM sekarang untuk tahu pelan terbaik sebelum terlambat.

https://wa.link/li9up6

https://wa.link/li9up6

https://wa.link/li9up6

Anak warded sebab RSV, bill RM4,510โ€ฆ nasib baik AIA cover RM4,010!Baru 2 bulan carum medical card untuk anak.Allah uji k...
19/08/2025

Anak warded sebab RSV, bill RM4,510โ€ฆ nasib baik AIA cover RM4,010!

Baru 2 bulan carum medical card untuk anak.
Allah uji kena RSV, terus warded Pantai Hospital Ampang

Bayangkan kalau tak ada medical cardโ€ฆ
โžก๏ธ Kita kena bayar ribu-ribu secara tunai
โžก๏ธ Tengah kelam kabut jaga anak sakit, kepala fikir p**a duit hospital
โžก๏ธ Kadang sampai terpaksa pinjam atau swipe credit card

Alhamdulillah, sebab ada Medical Card daripada AIA, AIA terus bayarkan RM4,010 dari jumlah keseluruhan bil RM4,510.
โœ… Tak perlu keluar duit ribu-ribu
โœ… Proses GL (guarantee letter) approve cepat
โœ… Lega fokus jaga anak tanpa fikir hutang hospital

๐Ÿ‘‰ Medical card cover masuk hospital swasta
๐Ÿ‘‰ Manfaat perlindungan penyakit kritikal & hibah keluarga
๐Ÿ‘‰ Caruman serendah RM180 sebulan

Sakit & kemalangan boleh berlaku bila-bila masa.
Jangan tunggu anak jatuh sakit baru nak menyesal.
Lagi awal daftar, lagi murah caruman & lebih mudah untuk lulus.

Nak tahu pelan mana yang sesuai dengan bajet & situasi keluarga awak?
Reply saya ๐Ÿ‘‰ โ€œINFO MEDICAL CARDโ€ sekarang. Saya akan bantu kira & terangkan step by step.

Takaful Advisor anda
-Hatikah Hamad-

๐Ÿ’” โ€Bila Sakit, Duit Boleh Jadi Penyelamatโ€Bayangkan satu hari anda disahkan ada penyakit kritikal kanser, strok, atau se...
18/08/2025

๐Ÿ’” โ€Bila Sakit, Duit Boleh Jadi Penyelamatโ€

Bayangkan satu hari anda disahkan ada penyakit kritikal kanser, strok, atau serangan jantung?

Badan tak larat, kerja tak boleh pergi, tapi bil tetap kena bayar.

Masa tu, satu benda je kita fikir:
๐Ÿ‘‰ Duit tunai yang cukup.

Kenapa Plan ni wajib adaโ”

๐Ÿ’ธ 1. Pendapatan Terhenti, Hidup Terus Jalan
Tak boleh kerja bermakna takde gaji. Tapi makan, sewa, bil, sekolah anakโ€ฆ semua tetap kena bayar. Pampasan penyakit kritikal boleh jadi โ€˜gaji penggantiโ€™.

๐Ÿ’Š 2. Rawatan Mahal, Bukan Semua Cover
Insurans mungkin tak cukup. Ada kos-kos rawatan alternatif, ubat khas, penjagaan di rumah. Di sinilah tunai lump sum bantu tampung.

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ 3. Sayangi Keluarga, Jangan Bebankan Mereka
Bila ada pelan perlindungan, kita tak perlu korek simpanan anak atau buat pinjaman bila diuji.

๐Ÿ’ฐ 4. Duit Dalam Tangan, Bukan Sekadar Bayar Hospital
Pampasan penyakit kritikal adalah duit tunai masuk sekaligus. Bebas guna untuk apa sahaja: rawatan, bayar hutang, atau sara hidup.

๐Ÿง  5. Hati Tenang, Fikiran Lapang
Bila tahu kewangan dah ready, kita lebih tenang hadapi rawatan dan cabaran.

Sakit itu tak boleh dielak. Tapi kita boleh rancang.โ€

Nak tahu macam mana plan penyakit kritikal boleh bantu lindungi masa depan anda?
https://wa.link/a8p86r

๐Ÿ“ฒ PM saya sekarang. Saya bantu anda dari A sampai Z.

*7 ORANG BERUNTUNG SETELAH MATI*Riwayat: Anas bin malik Hadis Sahih menurut Imam Suyuti dalam Jamiโ€™ Soghir: 4627, Hasan ...
22/08/2022

*7 ORANG BERUNTUNG SETELAH MATI*

Riwayat: Anas bin malik
Hadis Sahih menurut Imam Suyuti dalam Jamiโ€™ Soghir: 4627, Hasan Lighairi dalam kitab: Sahih At-Targhib)

- ุณุจุนูŒ ูŠูŽุฌุฑูŠ ู„ู„ุนุจุฏู ุฃุฌุฑูู‡ูู†ู‘ูŽ ุŒ ูˆ ู‡ูˆูŽ ููŠ ู‚ูŽุจุฑูู‡ ุจุนุฏูŽ ู…ูˆุชูู‡ : ู…ูŽู† ุนู„ู‘ูŽู…ูŽ ุนู„ู…ู‹ุง ุŒ ุฃูˆ ุฃุฌุฑูŽู‰ ู†ู‡ุฑู‹ุง ุŒ ุฃูˆ ุญููŽุฑ ุจูุฆุฑู‹ุง ุŒ ุฃูˆุบุฑูŽุณูŽ ู†ุฎู„ู‹ุง ุŒ ุฃูˆ ุจู†ูŽู‰ ู…ุณุฌูุฏู‹ุง ุŒ ุฃูˆ ูˆุฑู‘ูŽุซูŽ ู…ูุตุญูู‹ุง ุŒ ุฃูˆ ุชุฑูŽูƒูŽ ูˆู„ุฏู‹ุง ูŠุณุชุบููุฑู ู„ู‡ู ุจุนุฏ ู…ูˆุชูู‡.

Nabi s.a.w. bersabda โ€œ7 perkara yang pahalanya akan sentiasa mengalir bagi seorang hamba setelah kematiannya sedangkan dia berada di dalam kuburnya, iaitu:

1. Mengajar ilmu bermanfaat khusus ilmu agama akan sampai pahalanya

2. Manfaat Sungai adalah dapat mengelakkan dari banjir dan memberi air kepada orang kampung orang. Bagi yang mengotorkan sungai dapat menyebabkan tersumbat dan banjir maka berdosa hukumnya.

3. Telaga dapat memberikan air kepada orang ramai dan manfaatnya besar selagi mana digunakan.

4. Umur pohon kurma panjang. Selagi mana orang makan buahnya selagi itulah pahala akan jalan terus.

5. Selagi mana masjid digunakan selagi itu pahala akan sampai pada kita.

6. Mewakafkan harta dijalan Al-Quran. Seperti wakaf Al-Quran didalam masjid, madrasah atau pusat tahfiz yang sentiasa memakmurkan Al-Quran. Semoga setiap kali ada yang membaca, memanfaatkan Al-Quran, pahalanya akan kembali kepada kita.

7. Anak yang soleh sentiasa mendoakan kita. Kerana bila kita mati. Itulah antara harapan di alam barzakh.

HIDUPLAH UNTUK HARI INISedih,risau, kecewa, dan gelisah. Itu kita rasa setiap kali ditimpa masalah atau dalam kesusahan....
19/07/2022

HIDUPLAH UNTUK HARI INI

Sedih,risau, kecewa, dan gelisah. Itu kita rasa setiap kali ditimpa masalah atau dalam kesusahan.

Mungkin ada diantara kita yang masih dibelenggu kesilapan lalu hingga menyalahkan diri. Ataupun resah memikirkan hari esok yang masih belum pasti.

Hakikatnya, kita tidak boleh mengelak dari melalui episod kegelisahan atau kesedihan dalam hidup.

Seperti kita tahu, masa lalu kita tidak boleh diubah. Masa hadapan p**a kita tidak boleh diramal.

Namun, kita masih memiliki hari ini untuk kita tempuhi dengan lebih baik. Dan meraih ketenangan dalam hidup kita.

Gunakan sebaik mungkin masa yg kita ada sekarang untuk lakukan yg terbaik. Mungkin *peluang* yg kita ada pada hari ini tak akan sama dengan hari esok.

Jadi jika kita diuji dengan kesusahan mahupun kegelisahan *tetaplah sabar. Dan tenang hadapinya serta menguruskan emosi kita dengan baik.*

Kerana ramai dikalangan kita masih tidak dapat mengawal emosi bila diuji. Memang cakap itu mudah. Tapi nak buat itu payah.

Oleh itu, kita hendaklah *perbetulkan semula konsep sabar dan tawakal* dalam diri kita.

Jadi hiduplah untuk hari ini bukanlah sekadar slogan kehidupan. Tetapi suatu seruan berasas dan praktikal untuk kita semua.

Yang ikhlas,
Ustazah Hatikah
Tim Nusrah Prihatin

KEINGINAN ORANG MENINGGALAda manusia yg ketika di dunia sungguh *berat untuk bersedekah*. Setelah Allah mencabut nyawany...
22/06/2022

KEINGINAN ORANG MENINGGAL

Ada manusia yg ketika di dunia sungguh *berat untuk bersedekah*. Setelah Allah mencabut nyawanya, merayulah dia agar ditangguhkan kematiannya. Semata-mata supaya dapat bersedekah.

โ€œDan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata,

โ€œYa Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku *dapat bersedekah* dan aku akan termasuk orang-orang yang soleh.โ€ (Al- Munafiqun:10)

Kehebatan dan ketinggian amalan sedekah ini manusia akan tahu setelah datangnya kematian. Tapi, dekat dunia pun kita sudah boleh lihat.

Belum pernah lagi kita jumpa orang yg rajin bersedekah menjadi miskin. Bahkan sering kita lihat mereka akan *bertambah rezeki*.

โ€œBandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti *sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai*,

Tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan *melipatgandakan pahala* bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya ... (Al Baqarah: 261)

Demikianlah besarnya ganjaran pahala sedekah yg Allah janjikan. Bagi orang yg yakin dengan janji ini. Pasti akan sedaya upaya mengamalkannya.

Tapi, kita tidak ada harta yg banyak. Bagaimana nak bersedekah?. Bersedekahlah *mengikut kemampuan*.

Rm5 bagi orang miskin mungkin lebih besar nilainya di sisi Allah. Berbanding dengan Rm5 pemberian orang kaya. Kerana nisbah harta yg orang miskin miliki berbeza dgn orang kaya.

Tuntasnya, *lazimilah bersedekah* dalam kehidupan. Nescaya Allah akan perkayakan hati, bersihkan harta, panjangkan usia serta dilancarkan rezeki. insyaAllah.

Ikhlas,
Ustazah Hatikah
Tim Nusrah Prihatin

*BATU BESAR DI ATAS JALAN*Suatu ketika dahulu, seorang *raja* di sebuah negeri *memerintahkan pekerja-pekerjanya*. Diper...
20/06/2022

*BATU BESAR DI ATAS JALAN*

Suatu ketika dahulu, seorang *raja* di sebuah negeri *memerintahkan pekerja-pekerjanya*. Diperintahkan untuk *meletakkan satu batu besar di atas jalan*.

Setelah batu itu diletakkan, raja tersebut bersembunyi ditepi jalan. Lalu melihat siapa yg akan _menolong_ mengalihkan batu besar tersebut.

Golongan orang kaya & pedagang yg lalu tidak melakukan apa-apa. Bahkan tidak mengalihkannya.

Sebaliknya mengadu keadaan tersebut & menyalahkan raja negeri itu kerana tidak membuat apa-apa.

Selepas beberapa ketika, seorang *petani yg miskin berhenti*. Dengan membawa beban di atas bahunya & bertungkus lumus untuk *menolak batu besar tersebut*.

Hal ini dilakukan untuk *memudahkan orang lain berjalan di atasnya*.Kemudian dia ternampak satu beg kecil di mana batu tadi berada.

Dan mendapati di dalamnya mempunyai syiling emas & nota daripada raja tadi. Nota tersebut telah dinyatakan sesuatu olehnya.

Dia menyatakan *emas tersebut adalah pemilik sesiapa yg menolong mengalihkan batu* tersebut.

Satu _teladan_ yg dapat kita simpulkan dari kisah ringkas ini. _Halangan di jalan dapat membantu kita menjadi lebih baik_.

_Malah menolong sesiapa akan dibalas dengan sesuatu yang lumayan_.

Yang ikhlas
Ustazah Hatikah
Nusrah Prihatin

MATI YANG DIKETAHUIAjal maut, jodoh semua ditangan Allah. Antara manusia yg tahu waktu matinya ialah bagi seorang bandua...
10/01/2022

MATI YANG DIKETAHUI

Ajal maut, jodoh semua ditangan Allah. Antara manusia yg tahu waktu matinya ialah bagi seorang banduan yg ke tali gantung.

Sebut sahaja hukuman gantung sampai mati, pasti ramai yg takut. Kebiasaan pesalah yg melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh dan sebagainya.

Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam. Banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh.

Apakah persiapan kita bila mengetahui waktu mati berbanding dengan yg tidak tahu lagi pengakhiran hidup ini?

Pastinya berlainan. Bagi yg tahu akan waktu matinya, pasti akan beribadat bersungguh-sungguh supaya Allah terima segala amalannya.

Ketika mana Hakim menjatuhkan hukuman mati pasti mengiggil kaki untuk berjalan. Nak makan nak tidur pasti tidak berselera lagi.

Disitu dapat melihat mereka akan solatnya yg panjang, membaca al-Qur'an. Sentiasa membasahi mulut dengan zikir kepada Allah.

Berbanding yg tidak mengetahui tarikh matinya. Masih lalai dengan kemewahan dunia ini. Solat masih dihujung waktu, tidak berpuasa dan sebagainya.

Sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran 185

*ูƒูู„ู‘ู ู†ูŽูู’ุณู ุฐูŽุงุฆูู‚ูŽุฉู ุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ุชู*

Maksudnya: โ€œTiap-tiap yg bernyawa akan merasakan mati.โ€

Justeru itu, kita perlu sentiasa memperbaiki diri ini. Kerana pengakhiran seseorang itu yg lebih penting disisi Allah.

Ikhlas,
Ustazah Hatikah
Tim Nusrah Prihatin

Link Page Nusrah
https://www.facebook.com/nusrahwakaftelaga/

HATI KOTOR?Hati adalah anggota tubuh paling penting. Dan ia merupakan cerminan dari sikap dan perbuatan manusia. Jika ki...
08/01/2022

HATI KOTOR?

Hati adalah anggota tubuh paling penting. Dan ia merupakan cerminan dari sikap dan perbuatan manusia.

Jika kita memiliki hati bersih. Maka kita sentiasa berbuat kebaikan. Begitu juga sebaliknya, apabila hati kita kotor. Maka, tindakan dan perbuatan kita jadi buruk.

Sayangnya seringkali hati tak selamanya bersih. Dan hati manusia hanya diketahui oleh diri sendiri dan Allah SWT.

Ada berbagai penyakit hati kerap menyerang manusia. Mulai dari buruk sangka, dengki, dendam, sombong, iri hati dan sebagainya.

Bermacam-macam penyakit hati ini dapat berakibat buruk pada kita. Bahkan dapat mendatangkan bahaya pada diri sendiri dan orang lain.

Jangan diikut resam hati yg sentiasa dengki terhadap kelebihan orang lain. Tetapi usahakan dengan *berdoa dan berzikir*. Agar hati sentiasa bersih dari sebarang hasad.

Wajar jika banyak ulama *menganjurkan supaya membersihkan hati*. Semata demi meraih redha Allah SWT. Dan kembali kepada jalan kebenaran.

Islam telah mengajarkan supaya kita dapat berlindung dari sifat buruk itu. Lantunkan doa untuk memohon ampun dan pertolongan Nya.

*ุงู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุขุชู ู†ูŽูู’ุณููŠ ุชูŽู‚ู’ูˆูŽุงู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุฒูŽูƒู‘ูู‡ูŽุง ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุฎูŽูŠู’ุฑู ู…ูŽู†ู’ ุฒูŽูƒู‘ูŽุงู‡ูŽุงุŒ ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ูˆูŽู„ููŠู‘ูู‡ูŽุง ูˆูŽู…ูŽูˆู’ู„ูŽุงู‡ูŽุง*

Maksudnya: _Ya Allah, limpahkanlah ketakwaan pada jiwaku dan sucikanlah ia, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik Zat yg menyucikan jiwa. Engkaukah Pelindung dan Pemeliharanya._ - HR Muslim

Jadi, sama-sama lah kita amalkan doa ini. Mudah-mudahan, segala usaha kita untuk menjadi hambaNya yg bertakwa mendapat keredhaan Allah Azzawajalla.

Sesungguhnya, sebaik-baik orang di dunia dan akhirat adalah orang yg hatinya bersih. Dalam hadis disebutkan bahawa orang yg bersih hatinya. Paling cepat masuk syurga.

Ikhlas,
Ustazah Hatikah
Tim Nusrah Prihatin

Link Page Nusrah
https://www.facebook.com/nusrahwakaftelaga/

Address

Jerteh
22000

Telephone

+601161058528

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AIA Takaful Advisor - Hatikah Hamad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share