09/01/2020
Macamana nak tahu kulit muka kita berminyak atau tidak? jom baca artikel ni...
Kulit muka aku ni jenis berminyak ke kering? alamak, camne nak tau ni......π
Pernah tak anda menghadapi masalah seperti ini? Bila pakai pencuci muka, kulit makin kering atau makin berminyak? Kalau ya, anda perlu kenali dahulu jenis kulit anda yang betul supaya mudah untuk memilih produk yang sesuai untuk kulit anda.
Kalau kita masuk ke Watson atau Guardian, berlambak produk penjagaan kulit muka yang dikhaskan mengikut jenis kulit muka. Antara jenis kulit muka yang ada adalah kulit berminyak/oil skin, kulit kombinasi/combination, kulit kering/dry skin, kulit sensitif/sensitive skin dan banyak lagi.
Antara semua jenis kulit muka tersebut, kita boleh kategorikan 4 jenis kulit muka utama iaitu kulit kering, berminyak, normal dan kombinasi. Kalau dilihat dari mata kasar, agak mudah untuk kita tentukan jenis kulit muka kita. Tetapi, untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat, perlu rujuk dengan pakar kulit. Kita juga boleh gunakan kaedah '30 minutes bare face'.
Ikut langkah-langkah berikut.
1. Cuci bersih muka kita daripada sebarang makeup atau sunscreen, kemudian keringkan.
2. Biarkan muka begitu sahaja tanpa sebarang produk..Kalau boleh jangan sentuh muka ya.
3. Tunggu selama 30 minit - 1 jam. (Sambil-sambil tu, bolehlah buat kerja)
4. Selepas 30 mins - 1 jam, bersihkan tangan dulu dengan sabun. Kemudian keringkan.
5. Antara bahan yang diperlukan adalah muka anda sendiri, tangan, tisu dan blotting paper/kertas minyak/oil film.
Result:
Kulit jenis Kering/Dry skin
Cuba senyum, kerut dahi, muka. Ambil tisu dan lap muka. Kemudian ambil blotting paper dan lap T-zone (dahi, hidung, dagu). Jika waktu gerakkan muka rasa ketat, kemudian pada tisu ada kulit yang flaky tertinggal, minimum or zero oil pd paper, itulah dry skin.
Kulit Berminyak/Oily skin
Ambil 2 helai blotting paper. Helai pertama lapkan T-zone (dahi, hidung, dagu). Helai kedua lapkan p**i, tapi dahi, tepi dagu. Bandingkan kedua-dua helai. Jika minyak terperangkap sama banyak, penuh satu blotting paper, or tak cukup sehelai, itulah oily.
Kulit Kombinasi/Combination
Guna 2 helai blotting paper, lapkan sehelai pada T-zone dan sehelai lagi pada p**i. Bandingkan kedua-dua helai. Jika helaian pada p**i minimum minyak terperangkap dan T-zone lebih/sangat banyak, juga kalau ada flaky skin tertinggal pada tisu, itu combination.
Kulit Normal/Normal skin
Jika jumlah minyak terperangkap pada blotting paper selepas anda lapkan muka sangat minimum atau tiada, muka tak rasa ketat, tiada flaky skin tertinggal pada tisu, maksudnya kulit anda normal.
Haaa...kalau dah tahu jenis kulit kita sendiri, maka kita akan bijak memilih produk yang tepat untuk kulit muka kita. Jika kulit berminyak tapi pakai produk untuk kulit kering, boleh jadi lebih berminyak kulit muka dan paling teruk jika pori tersumbat yang akhirnya menyebabkan masalah jerawat.
Ada juga yang elak hydration sebab kulit dah berminyak. Dipaksa juga muka untuk kering dan matte. Perlu diingat, kulit kita bijak. Jika kulit terlalu kering, kulit akan masuk mode emergency untuk kekalkan kelembapan dengan hasilkan lebih banyak minyak untuk tebus kehilangan minyak tadi. Paling penting adalah untuk balance yang baik.