ERA EDAR MARKETING SDN BHD

ERA EDAR MARKETING SDN BHD Menjual ERA EDAR MARKETING SDN BHD
(502479-K / 199901027579)
(1)

Salam Maulidur Rasul ﷺ daripada kami.Semoga kita semua terus meneladani akhlak mulia Rasulullah ﷺ — penuh kasih sayang, ...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul ﷺ daripada kami.
Semoga kita semua terus meneladani akhlak mulia Rasulullah ﷺ — penuh kasih sayang, amanah, sabar dan ihsan.

Semoga cinta kepada Rasulullah ﷺ menjadi cahaya dalam hati dan sunnah Baginda menjadi panduan dalam kehidupan kita. 🤍


Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniaHSempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan...
04/07/2026

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniaH

Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Seluruh warga Era Edar Marketing Sdn Bhd dengan penuh takzim merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan Tuanku keafiatan, kesejahteraan, umur yang diberkati serta kekuatan untuk terus memayungi negeri dan rakyat Kedah Darul Aman dengan penuh kebijaksanaan, kemakmuran dan keberkatan.

Dirgahayu Tuanku.

Daulat Tuanku.

Pihak Pengarahan dan seluruh warga kerja Era Edar Marketing Sdn Bhd mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H. S...
16/06/2026

Pihak Pengarahan dan seluruh warga kerja Era Edar Marketing Sdn Bhd mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H.

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan kepada kita semua.


Daulat Tuanku  Menjunjung kasih atas kepimpinan dan pengorbanan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di...
31/05/2026

Daulat Tuanku
Menjunjung kasih atas kepimpinan dan pengorbanan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Semoga Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam memimpin negara.

***
Untuk makluman kami akan bercuti pada 1 JUN 2026 (Isnin) sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di - Pertuan Agong.

Belian juga boleh dibuat di website : www.eem2u.com.my

Pihak Pengarahan dan warga kerja Era Edar Marketing Sdn Bhd mengucapkanSelamat Hari Raya Aidiladha 2026 kepada semua.Sem...
26/05/2026

Pihak Pengarahan dan warga kerja Era Edar Marketing Sdn Bhd mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidiladha 2026 kepada semua.

Semoga hari yang mulia ini dipenuhi dengan rasa syukur, keikhlasan dan pengorbanan yang diberkati. Raikan dengan penuh kegembiraan bersama insan tersayang.

Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin.

Pihak Pengarahan dan warga kerja Era Edar Marketing Sdn Bhd mengucapkan "SELAMAT HARI GURU"📖Seorang guru bukan sekadar m...
15/05/2026

Pihak Pengarahan dan warga kerja Era Edar Marketing Sdn Bhd mengucapkan "SELAMAT HARI GURU"

📖Seorang guru bukan sekadar mengajar, tetapi membentuk akhlak, membina impian dan mencipta masa depan. Terima kasih cikgu atas segala jasa dan pengorbanan.



Era Edar Marketing Sdn Bhd mengucapkan Selamat Hari Ibu!💐Di sebalik setiap kejayaan seorang anak, ada doa seorang ibu ya...
10/05/2026

Era Edar Marketing Sdn Bhd mengucapkan Selamat Hari Ibu!

💐Di sebalik setiap kejayaan seorang anak, ada doa seorang ibu yang tidak pernah berhenti.

Terima kasih kerana sentiasa menjadi kekuatan, inspirasi dan sumber kasih sayang yang tiada penghujung.

Selamat Hari Ibu buat semua wanita hebat bergelar ibu.

Selamat Hari Pekerja 2026 daripada Era Edar Marketing Sdn Bhd!1Mei ini, kita meraikan kegigihan, komitmen dan semangat l...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja 2026 daripada Era Edar Marketing Sdn Bhd!

1Mei ini, kita meraikan kegigihan, komitmen dan semangat luar biasa semua pekerja. Anda adalah nadi kepada setiap kejayaan yang dikecapi.

Teruskan berusaha, teruskan melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan.

Terima kasih atas segala sumbangan anda!

Bekalkan kecerdasan minda dan tenaga yang berterusan dengan EXAMO CKM 500 dan STAMINEX !

📢 PENGUMUMAN: WORK FROM HOME (WFH) SETIAP SABTUBermula 18hb ini, pihak kami akan menjalankan operasi secara Work From Ho...
15/04/2026

📢 PENGUMUMAN: WORK FROM HOME (WFH) SETIAP SABTU

Bermula 18hb ini, pihak kami akan menjalankan operasi secara Work From Home (WFH) pada setiap hari Sabtu.

Kami TIDAK TUTUP 😊
Semua urusan perniagaan masih berjalan seperti biasa, cuma dikendalikan secara atas talian.

🛒 Tempahan: Boleh dibuat seperti biasa (online)
💬 Khidmat Pelanggan: Semua pertanyaan akan dilayan dalam tempoh waktu operasi 9pagi - 5 petang (PUSAT KHIDMAT 10pagi - 6 petang)
📦 Proses & Penghantaran: Berjalan seperti biasa

Terima kasih atas sokongan anda 💛


✨ *HARI MESRA PELANGGAN & MAKLUMAN OPERASI EEMSB* ✨Assalamualaikum & salam sejahtera,Dimaklumkan bahawa Era Edar Marketi...
13/04/2026

✨ *HARI MESRA PELANGGAN & MAKLUMAN OPERASI EEMSB* ✨

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Era Edar Marketing Sdn Bhd (EEMSB) kini beroperasi sebagai perniagaan TRADING (jualan terus) dan bukan lagi berkonsep single level.

Sehubungan itu, status keahlian Ahli EEMSB masih dikekalkan dan pelbagai manfaat keahlian diteruskan melalui Kempen Bulanan Hari Mesra Pelanggan sebagai tanda sokongan berterusan ahli 💙

📅 *BUTIRAN KEMPEN BULANAN:*

🔹 Minggu Pertama
🎉 Hari Mesra Pelanggan
➡️ Diskaun 15% untuk produk terpilih
➡️ Tempoh: 7 hari bermula dari hari pertama setiap bulan

🔹 Minggu Kedua & Ketiga
➡️ Diskaun 10% untuk produk terpilih

🔹 Minggu Keempat (Payday Sale)
💥 Diskaun 20% untuk produk terpilih
➡️ Tempoh: 7 hari bermula dari hari terakhir setiap bulan

✅ Khas untuk semua Ahli Era Edar Marketing Sdn Bhd
✅ Pendaftaran Ahli adalah PERCUMA
✅ Pengumpulan mata & manfaat Ahli masih diteruskan


Address

Era Edar Marketing Sdn Bhd, Lot 4 & 6 Tingkat Satu Bandar Darulaman
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049199044

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ERA EDAR MARKETING SDN BHD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ERA EDAR MARKETING SDN BHD:

Shortcuts

Share