Team Building Kedah

Call Directions Website Contact the business

Team Building Kedah Team Building & Soft Skills Trainer | Helping Organizations Build High-Performance Teams | Leadership Development Expert.

HRDF Claimable : UWAiS Training & Consultancy

25/06/2026

“Saya ingat paintball ni sekadar tembak-tembak.”

Itu ayat yang selalu saya dengar sebelum program bermula.

Tapi bila wisel dibunyikan, baru semuanya berubah.

Ada yang terus berlari tanpa pelan. Ada yang terlalu takut nak keluar dari kubu. Ada yang sibuk menjerit memberi arahan, tetapi terlupa mendengar rakan sepas**an.

Menariknya, semua sikap itu sebenarnya bukan muncul di padang paintball. Ia memang sudah ada dalam diri, cuma baru terserlah apabila berada di bawah tekanan.

Sebab itu saya s**a gunakan paintball dalam program “team building”.
Ia bukan sekadar permainan. Ia adalah cermin besar yang memperlihatkan realiti bagaimana kita berkomunikasi, membuat keputusan, mempercayai rakan, dan bangkit selepas melakukan kesilapan.

Kadang-kadang, pelajaran paling berharga bukan datang daripada bilik mesyuarat, tetapi daripada sebutir peluru cat yang tepat mengenai ego kita.

Di situlah pembelajaran sebenar bermula, apabila ego runtuh, dan kesedaran untuk berubah mula muncul.

Bagaimana p**a dengan pas**an anda? Adakah mereka bergerak dengan strategi, atau sekadar 'menembak' tanpa hala tuju yang jelas?

Kaizan Nazlan
www.teambuildingkedah.com

“Cikgu pun perlukan team building.”Ramai orang nampak seorang guru berdiri di hadapan kelas, mengajar, menanda buku, ter...
13/06/2026

“Cikgu pun perlukan team building.”

Ramai orang nampak seorang guru berdiri di hadapan kelas, mengajar, menanda buku, tersenyum melayan kerenah pelajar.

Tetapi tidak ramai yang nampak keletihan yang mereka simpan.

Mereka juga manusia.

Ada yang p**ang ke rumah membawa beban kerja.
Ada yang sedang berjuang dengan masalah keluarga.
Ada yang menyembunyikan rasa penat di sebalik senyuman.

Sebab itu, bila melihat gambar ini, saya tidak nampak sekadar sekump**an guru bergambar di tepi kolam.

Saya nampak satu perkara yang lebih besar.

Saya nampak mereka sedang memilih untuk ketawa bersama.

Melepaskan tekanan melalui permainan yang nampak “kebudak-budakan” di mata sesetengah orang. Bermain belon. Basah terkena percikan air. Bersorak apabila kump**an menang. Mengusik rakan yang selalu serius di sekolah.

Hakikatnya, hubungan tidak dibina di dalam bilik mesyuarat semata-mata.

Hubungan dibina apabila kita sama-sama ketawa.

Kepercayaan lahir apabila kita saling membantu ketika aktiviti.

Dan semangat satu pas**an terbentuk apabila kita sedar bahawa kita sedang mendayung dalam perahu yang sama.

Selesai sahaja program Team Building bersama guru-guru SMK Megat Dewa, saya belajar satu perkara.

Sekolah yang hebat bukan hanya dibina oleh guru yang bijak.

Tetapi oleh guru-guru yang saling menyokong, memahami dan menjaga antara satu sama lain.

Kerana apabila hati guru kembali terisi, mereka akan kembali ke sekolah dengan tenaga yang baru.

Dan di hujung rantaian itu…

Akan ada anak-anak murid yang menerima versi terbaik daripada guru mereka.

Terima kasih warga SMK Megat Dewa atas kepercayaan, gelak tawa dan semangat yang luar biasa.

Semoga setiap peluh yang jatuh hari ini menjadi benih kepada budaya kerja yang lebih harmoni, lebih kuat dan lebih bermakna.

Kerana akhirnya, kita tidak akan mengingati berapa banyak fail yang berjaya disiapkan.

Tetapi kita akan mengingati siapa yang pernah berjalan bersama kita sepanjang perjalanan ini.

Bina diri. Bina pas**an. Bina legasi. ❤️

www.teambuildingkedah.com

Survival cooking dalam program team building, masak ayam Pansuh. Makanan tradisi orang sarawakSedap ya amatwww.teambuild...
06/06/2026

Survival cooking dalam program team building, masak ayam Pansuh. Makanan tradisi orang sarawak

Sedap ya amat

www.teambuildingkedah.com

17/05/2026

Tempat kami tidaklah perfect, tidaklah mewah, tetapi insyaallah cukup. Cukup untuk membina bonding bersama keluarga, cukup untuk membina bonding bersama pas**an, cukup untuk membina moment yang indah

www.teambuildingkedah.com

03/05/2026

Fuh, ganas betul abang baju biru ni main, siap buat diving sambil menembak macam cerita Hollywood

www.teambuildingkedah.com

Angsa terbang dalam formasi 'V' untuk menjimatkan tenaga, dan mereka bergilir-gilir menjadi ketua di depan​Apabila kita ...
02/05/2026

Angsa terbang dalam formasi 'V' untuk menjimatkan tenaga, dan mereka bergilir-gilir menjadi ketua di depan

​Apabila kita bergerak kerja dalam formasi yang betul, kita mampu pergi 70% lebih jauh berbanding bekerja sendirian.

Nak cepat, gerak sendiri, nak pergi Jauh, kena bergerak sebagai 1 pas**an

www.teambuildingkedah.com

We build, we bond & we bound to the next level. Bersama warga kerja Pejabat Tanah & Galian Negeri Pulau Pinang Padu!www....
26/04/2026

We build, we bond & we bound to the next level. Bersama warga kerja Pejabat Tanah & Galian Negeri Pulau Pinang

Padu!

www.teambuildingkedah.com

Address

Sri Awanaz 1
Jitra
06000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Team Building Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Team Building Kedah:

Shortcuts

Share