Green Resource Recovery Sdn Bhd

Green Resource Recovery Sdn Bhd Recycling Facility and Waste Management

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69! 🇲🇾
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69! 🇲🇾

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69! 🇲🇾

Kemerdekaan bukan sekadar tentang sejarah dan kibaran Jalur Gemilang, tetapi juga tentang tanggungjawab kita bersama dalam menjaga kebersihan dan kelestarian tanah air.

Di sebalik persekitaran yang bersih, ada insan yang sentiasa menjalankan amanah. Para pekerja pembersihan E-Idaman terus berbakti demi memastikan Malaysia kekal bersih, selesa dan sejahtera.

Marilah kita bersama-sama menghargai kemerdekaan dengan menjaga kebersihan, mengurus sisa dengan betul dan membudayakan amalan kitar semula. ♻️

Kerana Malaysia yang bersih adalah tanggungjawab kita bersama.

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69!
“Kesejahteraan Dinikmati”

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M 🌙✨
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M 🌙✨

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M 🌙✨

E-Idaman Sdn. Bhd. mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah, akhlak dan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menjadikan sunnah Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan memperkukuhkan ukhuwah sesama kita.

“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”

♻️ JOM JUAL E-WASTE ♻️Ada barang elektronik lama yang dah tak digunakan? Jangan simpan sampai berhabuk! 😆Bawa terus ke G...
24/08/2026

♻️ JOM JUAL E-WASTE ♻️

Ada barang elektronik lama yang dah tak digunakan? Jangan simpan sampai berhabuk! 😆
Bawa terus ke Green Resource Recovery Sdn Bhd (Jitra) dan dapatkan bayaran mengikut harga yang ditawarkan. 💵

📱 SEBELUM DATANG, SILA DOWNLOAD APLIKASI IDAMANXCHANGE TERLEBIH DAHULU dan lengkapkan pendaftaran untuk urusan penghantaran e-waste.

💻 ANTARA E-WASTE YANG DITERIMA:
✅ CPU / Desktop – RM8.00/pc
✅ Laptop / Notebook – RM8.00/pc
✅ Scanner – RM0.50/pc
✅ Keyboard & Mouse – RM0.10/pc
✅ Printer – RM1.00/pc

⚠️ SYARAT PENTING:
Peralatan mestilah dalam keadaan lengkap dan tidak dibuka atau dileraikan bahagian dalam.

📍 HANTAR TERUS KE:
GREEN RESOURCE RECOVERY SDN BHD (JITRA) SAHAJA

❌ TIDAK DITERIMA DI TEMPAT LAIN, termasuk DTRC dan Depoh Environment Idaman Sdn Bhd.

🌱 Jom kitar semula dengan betul, kurangkan e-waste dan dapatkan duit sekali! 💚

-waste

11/08/2026
🇲🇾 MERDEKA & HARI MALAYSIA, JOM KITAR SEMULA! ♻️Ada minyak masak terpakai & plastik PET di rumah? Jangan buang! 😍 Bawa d...
11/08/2026

🇲🇾 MERDEKA & HARI MALAYSIA, JOM KITAR SEMULA! ♻️

Ada minyak masak terpakai & plastik PET di rumah? Jangan buang!

😍 Bawa dan dapatkan harga promosi khas:
🛢️ Minyak Masak Terpakai — RM3.30/kg (100kg)
♻️ Plastik PET — RM0.80/kg
📅 15 Ogos – 16 September 2026

📍 Hantar ke:
• DTRC seliaan E-Idaman Sdn Bhd
• Seluruh cawangan E-Idaman Sdn Bhd (Kedah dan Perlis Sahaja)
• Green Resource Recovery Sdn Bhd (Jitra dan Perak)

🛢️ Untuk minyak masak terpakai:
Pastikan tapis terlebih dahulu dan masukkan ke dalam botol/bekas yang sesuai serta bertutup rapat.

📲 PENTING! Download aplikasi IdamanXchange sebelum hantar bahan kitar semula anda.
Jom raikan Merdeka & Hari Malaysia dengan cara yang lebih bermakna — kitar semula, dapat pulangan, bumi pun terjaga! 🇲🇾♻️

Kutipan 427.4kg Barangan Kitar Semula Semarakkan SHE Week 2026 di PHSPSUNGAI PETANI, 4 Ogos – Sempena sambutan Safety, H...
04/08/2026

Kutipan 427.4kg Barangan Kitar Semula Semarakkan SHE Week 2026 di PHSP

SUNGAI PETANI, 4 Ogos – Sempena sambutan Safety, Health and Environmental Week 2026 (SHE WEEK) Pantai Hospital Sungai Petani (PHSP) telah menganjurkan program kutipan barangan kitar semula yang melibatkan penyertaan warga kerja hospital serta orang awam.

Program selama 2 hari yang berlangsung pada 1 hingga 2 Ogos 2026 itu mendapat sambutan menggalakkan. Pelbagai jenis barangan kitar semula berjaya dikumpulkan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 427.4 kilogram.

Antara barangan yang dikutip termasuk kertas hitam putih, kertas campur, tin, besi, kotak dan minyak masak terpakai. Kutipan ini bukan sahaja membantu mengurangkan sisa ke tapak pelupusan, malah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengamalkan 3R iaitu Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula.

GRRSB dan PHSP merakamkan penghargaan kepada semua kakitangan dan pengunjung yang hadir serta menyumbang kepada kejayaan program ini.

Semoga amalan kitar semula sebegini dapat diteruskan tidak kira di mana jua kita berada. Jadikan amalan kitar semula sebagai budaya dan contoh terbaik untuk generasi akan datang demi kelestarian alam sekitar.
















Jangan lupa ikuti TWITTER : ;
https://twitter.com/envidaman
Jangan lupa follow Instagram : e-idaman ; https://www.instagram.com/envidaman
FACEBOOK : E-Idaman Sdn Bhd ; https://www.facebook.com/envidaman/
https://www.tiktok.com/...

01/08/2026

Tahniah GRRSB. 👏

GRRSB Sertai Safety Health and Environmental Week 2026 di Pantai Hospital Sungai PetaniE-Idaman Sdn Bhd (EISB) melalui a...
30/07/2026

GRRSB Sertai Safety Health and Environmental Week 2026 di Pantai Hospital Sungai Petani

E-Idaman Sdn Bhd (EISB) melalui anak syarikatnya, Green Resource Recovery Sdn Bhd (GRRSB), telah dijemput untuk menyertai program Safety Health and Environmental Week 2026 yang diadakan di Pantai Hospital Sungai Petani (PHSP).

GRRSB membuka booth pameran di Lobi Utama hospital bagi mendekati pengunjung dan warga kerja hospital dengan lebih dekat.

Tujuan penyertaan ini adalah untuk berkongsi maklumat mengenai peranan E-Idaman dan GRRSB dalam pengurusan sisa pepejal di Kedah dan Perlis. Sepanjang program berlangsung, booth GRRSB mempromosikan perkhidmatan perniagaan utama syarikat antaranya sewaan tong sampah dan servis kutipan sisa di premis perniagaan serta kawasan kampung.

Bagi menarik minat pengunjung, pelbagai maklumat menarik disediakan di booth tersebut. Antara aktiviti utama adalah permainan "Teka Jumlah Tudung Botol" di mana pengunjung diminta meneka jumlah penutup botol di dalam bekas yang disediakan. Lima pemenang dengan jawapan paling hampir telah menerima hadiah saguhati.

Selain itu, GRRSB turut menyampaikan taklimat berkenaan pengurusan barangan kitar semula dan sisa makanan atau food waste. Sisa makanan merupakan antara penyumbang terbesar di tapak pelupusan.

Dalam sesi tersebut, GRRSB turut menerangkan kaedah menghasilkan baja kompos menggunakan kaedah Takakura sebagai salah satu inisiatif mengurangkan sisa di punca.

Selesai sesi taklimat, GRRSB bersama pihak pengurusan PHSP turut berkesempatan melawat kebun tanaman yang diusahakan oleh pihak hospital.

GRRSB menyifatkan program tersebut sangat baik dan wajar diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar.

Orang ramai dijemput untuk memeriahkan program kutipan barangan kitar semula dan pakaian terpakai yang akan diadakan pada 1 dan 2 Ogos ini, Sabtu dan Ahad.

















Jangan lupa ikuti TWITTER : ;
https://twitter.com/envidaman
Jangan lupa follow Instagram : e-idaman ; https://www.instagram.com/envidaman
FACEBOOK : E-Idaman Sdn Bhd ; https://www.facebook.com/envidaman/
https://www.tiktok.com/...

27/07/2026

Drive-Thru Cloth Recycling is Back! ✅♻
📆 1-2 August 2026
🕘 9am-5pm
📍Gated parking area (in front of hospital)

This year, we are going bigger -- more varieties of items are now accepted!

What do you do?
1️⃣ Pack your clean items neatly in a transparent (❌NO black) plastic bag.
2️⃣ Drive through and drop off.
3️⃣ 💲Get cash

See you there!

GRRSB Dan HTF Bergabung Tenaga Jayakan Program Kelestarian 2026.KANGAR, 15 Julai – E-Idaman Sdn. Bhd. melalui anak syari...
15/07/2026

GRRSB Dan HTF Bergabung Tenaga Jayakan Program Kelestarian 2026.

KANGAR, 15 Julai – E-Idaman Sdn. Bhd. melalui anak syarikatnya, Green Resource Recovery Sdn. Bhd. (GRRSB), telah dijemput bagi menjayakan Program Kelestarian Tahun 2026 sempena Eco Care Day yang berlangsung di Dewan MRI, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, hari ini.

Program kesedaran alam sekitar ini telah dihadiri oleh seramai 50 orang kakitangan HTF yang komited dalam mendalami ilmu pengurusan sisa. Sepanjang sesi berlangsung, satu taklimat komprehensif berkaitan kelestarian alam serta panduan penggunaan aplikasi IdamanXchange telah disampaikan kepada para peserta.

Selain pengenalan kepada barangan kitar semula, pengisian taklimat turut merangkumi pendedahan mengenai akta-akta berkaitan alam sekitar serta Perintah Khidmat Masyarakat (PKM). Pada masa yang sama, pihak GRRSB mengambil peluang mempromosikan aktiviti perniagaan, termasuklah perkhidmatan sewaan tong sisa kepada penduduk kampung dan juga sewaan tong khusus bagi sisa binaan.

Bagi menguji kefahaman, para peserta telah menyertai kuiz interaktif menerusi aplikasi Kahoot. Keputusan kuiz menunjukkan majoriti kakitangan mampu menjawab dengan tepat, sekali gus membuktikan keberkesanan maklumat dan input yang disampaikan sepanjang sesi berkenaan.

Selari dengan taklimat tersebut, aktiviti kitar semula secara langsung turut diadakan di pekarangan dewan dengan kemudahan lori kutipan yang disediakan khas bagi memudahkan para kakitangan membawa barangan kitar semula mereka.

Diharapkan program sebegini mampu melahirkan komuniti yang bijak dalam menguruskan sisa pepejal. Impak positif ini diharapkan tidak hanya terhenti di persekitaran tempat kerja, malah dapat dipraktikkan secara berterusan di rumah dan di mana-mana sahaja demi manfaat kelestarian masa hadapan.
















Jangan lupa ikuti TWITTER : ;
https://twitter.com/envidaman
Jangan lupa follow Instagram : e-idaman ; https://www.instagram.com/envidaman
FACEBOOK : E-Idaman Sdn Bhd ; https://www.facebook.com/envidaman/
https://www.tiktok.com/...

Address

PLOT 19, DARUL AMAN INDUSTRIAL Estate, BANDAR DARUL AMAN
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049161404

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Green Resource Recovery Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Green Resource Recovery Sdn Bhd:

Shortcuts

Share