Kulim Pineapple Farm

Kulim Pineapple Farm Kulim Pineapple Farm Official Page.

10/04/2023
10/04/2023

Tips Pertanian Organik 🌱🌱🌱
Pertanian organik adalah amalan yang menggabungkan antara kaedah manual, teknologi moden dan juga keseimbangan alam. Amalan ini bertujuan menghasilkan sumber makanan yang berkualiti tinggi tanpa menggunakan bahan kimia sebagai baja mahupun mengawal perosak dan penyakit. Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dengan tidak memberi sebarang kesan yang mencemarkan alam sekitar. Maka, tidak salah jika kita melabelkan pertanian organik adalah suatu amalan pertanian yang mesra alam. Disebabkan dunia hari ini diancam pelbagai bentuk pencemaran hingga mencetuskan pelbagai penyakit yang berpunca daripada makanan, maka banyak negara mula menggalakkan makanan organik.
Ia adalah salah satu cara terbaik bagi menangani semua masalah kesihatan manusia dan pencemaran alam. Bak kata orang mencegah lebih baik daripada mengubati, marilah kita sama-sama mengubah cara pemakanan kita dengan makanan yang ditanam secara organik.

LOKASI
• Kawasan yang bebas atau jauh daripada pencemaran.
• Hampir dengan sumber air yang bersih.
• Tidak berdekatan dengan ladang konvensional (bukan organik).
• Sebaiknya pilih kawasan yang baru diterokai bagi petani yang ingin membuka ladang organik komersial.
• Wujudkan kawasan penampan (bahan atau tumbuhan pencegah pencemaran) seperti tembok, parit dan tumbuhan yang tinggi dan ditanam rapat.

PENANAMAN
• Guna biji benih atau pembiakan vegetatif yang bfobas daripada racun kimia.
• Dua kaedah penanaman iaitu semaian biji benih atau tanam terus di atas batas. Guna kompos dan baja organik
untuk penyediaan batas.
• Bahan organik, baja orgamk, dan harmon pertumbuhan semulajadi seperti FFJ (fermented fruit juice) dan FPJ (fermented plant juice) sebagai baja tanaman.
• Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu pagi dan petang.

KAWALAN RUMPAI
• Rumpai yang tumbuh dalam batas dan di luar batas perlu sentiasa dibuang. Ini kerana rumpai boleh menjadi perumah bagi sesetengah serangga perosak.
• Dua kaedah kawal rumpai iaitu secara manual (merumput) atau menggunakan mesin pemotong
rumput.
• Kerja merumput perlu dilakukan sebaik-baiknya seminggu sekali. Kurang rumpai bermakna kurang persaingan antara rumpai dan tanaman. Serangga perosak juga boleh dikurangkan.
• Sungkupan boleh digunakan untuk mengawal masalah rumpai. Selain itu, ia dapat mengekalkan kelembapan tanah. Contoh sungkupan ialah plastik silver shine, jerami padi, daun-daun kering dan sabut kelapa

KAWALAN PEROSAK DAN PENYAKIT
• Kultura: Guna jarak tanaman yang disyorkan, tanam varieti rintang/toleran penyakit, sungkupan, tanaman selingan/giliran, tanam pokok repellent (penarik atau penghalau scrangga perosak).
• Mekanikal: Bungkus buah, pasang bunyi bising waktu malam untuk halau haiwan perosak dan kawal rumpai dengan mcnggunakan jentera kecil.
• Fizikal: Perangkap cahaya, perangkap warna (kuning/biru), feromon, pagar, rumah kalis serangga.
• Biologi: Penggunaan serangga, kulat, bakteria dan virus bennanfaat yang merupakan pemangsa semulajadi serangga perosak.
• Semburan racun organik. Jenis racun organik bergantung pada jenis perosak dan penyakit tanaman tersebut.

KUTIPAN HASIL
• Hasil sayuran organik dituai setelah ia cukup matang. sayuran jenis daun elok dibasuh untuk membuang sisa tanah
yang melekat pada daun dan batang sayur.
• Waktu yang sesuai untuk menuai adalah awal pagi atau lewat petang. Ini akan mengurangkan stress tanaman (sayur tidak cepat layu).
• Simpan sayur pada suhu antara 10 dan 12C. sayur akan tahan selama
seminggu atau lebih.
• Selepas satu atau dua kali penanaman dilakukan pada batas yang sarna, batas perlu direhatkan lcbih kurang dua minggu tanpa sebarang tanaman. Ini bertujuan untuk mengembalikan semula kesuburan tanah.
• sebaik-baiknya tanam tanaman jenis kekacang (kacang tanah, kacang hijau, kacang soya dan lain-lain) tiga kali setahun untuk me.gembalikan semula nutrien yang telah hilang. Selain itu, kita akan dapat hasil sampingan iaitu kekacang.

KEBAIKAN PERTANIAN ORGANIK
• Hasil sayur segar, berkualiti dan semestinya selamat dimakan tanpa sebarang kesan sampingan.
• Ia bebas daripada penggunaan bahan kimia/sintetikyang boleh menjadi punca penyakit.
• Mengekalkan keseimbangan ekosistem alam, memelihara mikrorganisme tanah. memulihara tanah dan secara tidak langsung kita dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar
• Rasa sayuran organik lebih segar, rangup dan tahan lebih lama jika disimpan pada suhu yang sesuai.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
YB Dato’ Zahari Sarip


10/04/2023

Berita baik buat semua usahawan di Johor!
Kerajaan Negeri Johor menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) kini sudah membuka permohonan bantuan geran pemasaran menerusi Jelajah Usahawan Johor 2023.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai butiran syarat permohonan di pautan berikut :
https://www.pujb.my/juj23/
Permohonan boleh dibuat di PADU dan rujuk menu urus borang menerusi :-
https://padu.pujb.my
Permohonan dibuka sehingga 19 April 2023, Rabu jam 5.00 petang.
Jika terdapat permasalahan boleh berhubung dengan kami secara whatsapp dengan hanya tekan link ini
https://wa.me/message/KFBG7VMQOAAPB1
Mohd Hairi Mad Shah
MEDIA DIGITAL JOHOR
MAJU JOHOR

10/04/2023

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Mari kita belajar mengenai SERANGGA, PEROSAK, SIMPTOM DAN LANGKAH KAWALAN bagi tanaman pokok nanas 🍍🍍🍍

10/04/2023

JCorp and GovInsider recently led the conversation with State Government officials, industry leaders, innovators, and regional experts from diverse backgroun...

10/04/2023

Kenapa kita perlu berbuka puasa dengan air kelapa?
KETIKA musim panas di bulan Ramadan ini, manfaatkan minum air kelapa muda ketika berbuka untuk mengembalikan suhu badan ke paras normal.
Air kelapa muda sangat tinggi dengan kandungan potassium, klorida, magnesium, kalsium, sodium serta vitamin B komplek (riboflavin) yang bertujuan mengawal tekanan darah, meredakan kekejangan otot serta menaikkan selera makan dan minum ketika musim panas.
Air kelapa muda juga mengandung elektrolit yang membantu mengembalikan ion tubuh yang hilang setelah seharian berpuasa.
Selain air kelapa muda bertindak melegakan dahaga pada bulan puasa ini, air kelapa tersebut juga memberi manfaat sendiri bagi tubuh kita.
Lagi bagus, elak daripada mengambil air kelapa yang dicampur dengan gula, beli sebiji kelapa yang belum dipotong dan minum air kelapa yang segar, Kerana ia lebih banyak manfaatnya dari segi kesihatan.
Di samping meminum air kelapa ketika berbuka, minum air buah semasa bersahur adalah antara tindakan yang baik untuk kekal bertenaga dan sihat sepanjang hari pada bulan Ramadan ini.
Air buah-buahan ini mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potasium dan fruktosa (gula semula jadi buah), berperanan sebagai bekalan tenaga di dalam badan.
Sebenarnya rasa letih, penat dan mengantuk bukannya disebabkan kekurangan makanan tetapi ia adalah disebabkan kuantiti air di dalam badan berada pada tahap rendah.
Memandangkan bulan Ramadan kali ini jatuh pada musim Monsun Barat Daya dengan cuaca yang panas dan kering orang ramai perlu menjaga kesihatan diri dengan baik kerana kekurangan air ini boleh menyebabkan tubuh badan menghadapi masalah ekoran 70 peratus daripada komposisi tubuh terdiri daripada air.


Follow tiktok kami : https://vt.tiktok.com/ZS8poC61x/

Kredit : alamcyber.my

13/03/2023
13/03/2023

A new technology-driven agrofood ecosystem, the FarmByte Food Hub has been established to consolidate and build the resilience of the agrofood sector, increase agricultural output, and uplift the livelihoods of farmers and the wider community.

Developed by FarmByte Sdn Bhd (FarmByte), a subsidiary of Kulim (Malaysia) Berhad (KULIM), the FarmByte Food Hub aims to transform Johor’s agrofood sector through its digital-first approach as part of Johor Corporation’s (JCorp) vision to strengthen food security both at the state and national levels.

Read more: https://kulim.com.my/media-release/farmbyte-food-hub-set-to-revolutionise-johors-agrofood-industry/

It's official!! 🎉🎉🎉
12/03/2023

It's official!! 🎉🎉🎉

12/03/2023

The Official Launch of FARMBYTE Food HubOfficiated by YAB Datuk Onn Hafiz bin GhaziMenteri Besar Johor

Address

Jalan Sungai Tiram
Johor Bahru
80990

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kulim Pineapple Farm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kulim Pineapple Farm:

Share