17/01/2021
Hello Guys😍
Harini Zati nak share tips cara penyimpanan koleksi tudung dengan kemas dan mudah✨. Bila tudung tersusun cantik dan kemas, barulah mudah untuk kita pilih tudung yang nak kita pakai😉. Selamat Mencuba🧕🏼
1. Susun mengikut warna atau jenis tudung💓
Untuk anda yang mempunyai banyak pilihan warna untuk tudung , tidak kira tudung bawal atau shawl, anda dinasihatkan untuk susun semua tudung mengikut kategori warna. Ia akan menjadi lebih sulit jika anda mencampurkan semua koleksi warna tambah lagi jika ruang yang anda gunakan adalah sempit. Contohnya, susun mengikut warna, dari cerah ke gelap supaya lebih senang untuk padankan baju dan tudung.
2. Susun dalam bakul atau rak khas untuk tudung💓
Dengan menyusun tudung di dalam bakul atau rak khas akan memudahkan kita untuk mencari tudung yang mahu dipakai. Malah, cara penyusunan tudung juga memainkan peranan penting ketika memperagakan koleksi tudung yang anda miliki.
3. Aturkan mengikut kekerapan diikuti dengan penggunaan 💓
Bagi mengelakkan tudung yang anda susun sebelum ini berselerak atau berterabur, letakkan tudung yang kerap anda guna di hadapan atau atas sekali. Selain daripada mudah untuk diambil, malah almari akan kelihatan lebih kemas dan memudahkan anda untuk memilih tudung harian anda.