09/06/2024
Kisah Pewarisan 1
Alhamdulillah akhirnya bersua jua dengan seorang sahabat selepas beberapa kali tertangguh.
Asbab beliau nak dapatkan penjelasan yg memuaskan hati dan diskusi solusi yg sesuai dgn hasrat hati.
Sahabat ini masih menguruskan pusaka ayah dan bonda sejak bertahun yg lalu, namun belum selesai sehingga ke hari ini.
Mengakui bahawa mengepalai urusan pusaka sangat melelahkan kerana melibatkan kos, masa dan emosi yang tak terjangka. Sehingga kesihatan sahabat ini merosot dan ditimpa penyakit kritikal. Semoga beliau terus tabah.
Beberapa persoalan beliau dikupas dengan sejelas mungkin agar terlerai kekusutan.
1. Beliau menjangkakan adik-beradik termasuk dalam senarai waris faraid beliau.
Setelah dianalisa,hakikatnya tidak sebegitu kerana mempunyai anak lelaki sebagai waris asobah beliau selain daripada isteri dan anak perempuan. Kedua ibubapa telah meninggal dunia.
2. Rancang pembahagian wang simpanan EPF kepada waris secara penamaan mengikut peratusan.
Kini beliau faham bahawa wang simpanan adalah harta pusaka yang tertakluk kepada pembahagian faraid. Penama hanya sebagai pentadbir bukan penerima mutlak. Lantik penama berumur 18 tahun ke atas untuk memudahkan urusan pengeluaran kelak.
3. Membeli rumah secara nama bersama dengan isteri dengan harapan isteri akan memiliki rumah tersebut secara automatik setelah dia tiada.
Terdiam beliau seketika mendengar milikan rumah mengikut nama yang tertulis didalam geran, 50% suami dan 50% isteri. Bermakna isteri hamya menerima 1/8 daripada bahagian suami yang difaraidkan.
4. Mencarum hibah takaful untuk selesaikan masalah pusaka π
.
Hibah takaful tiada kaitan dengan urusan pusaka, ianya adalah pampasan/ manafaat tunai yang akan diterima oleh penama (jika anda masih membayar caruman). Wang hibah takaful tidak dapat menebus bahagian waris yang lain, jika mereka memilih untuk memiliki bahagian mereka. Susahkan jika ada ramai pemilik dalam rumah yang sama. Itu pun mungkin tak cukup nak cover semua kos menguruskan pusaka dan bayar hutang tertunggak. Bagaimana agaknya anak dan isteri nak menghadapi kehidupan nanti...
Menjelang malam sahabat ini p**ang dengan hati yang tenang setelah mendaftar Khairat Pusaka, bantuan PERCUMA kepada keluarga untuk urusan tuntutan pusaka apabila tiba masanya.
Insyallah sesi seterusnya ialah membuat perancangan hibah hartanah rumah beliau. Semoga perancangan sahabat dipermudahkan.
Terima kasih sahabat belanja secawan kopi.
Bagaimana dengan anda? Jom secawan kopi π