Koperasi Permodalan Nusajaya Johor Bahru Berhad

Koperasi Permodalan Nusajaya Johor Bahru Berhad Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Koperasi Permodalan Nusajaya Johor Bahru Berhad, Business Center, No. 52-01, Jalan Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika, Johor Bahru.

Kami mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1445H/2023M kepada seluruh umat Islam. Mari melangkah dan bersama mengingati perju...
27/09/2023

Kami mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1445H/2023M kepada seluruh umat Islam. Mari melangkah dan bersama mengingati perjuangan Rasulullah SAW dengan sentiasa berselawat keatasnya. Semoga keberkahan dan cahaya kasih Nabi Muhammad SAW senantiasa menyinari langkah kita. Semoga kita menjadi umat yang mengikuti teladan dan ajarannya.

"Perpaduan Teras Malaysia Madani"

MERDEKA! Sama-samalah kita mengucapkan kesyukuran di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah dikecapi selama in...
30/08/2023

MERDEKA!

Sama-samalah kita mengucapkan kesyukuran di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah dikecapi selama ini.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-66 kepada semua rakyat Malaysia. Semoga keamanan dan kemakmuran terus menyertai negara ini dan semoga semangat kejayaan dan kecemerlangan terus mengalir dalam diri setiap warga negara Malaysia.

Salam Maal Hijrah 1445H/2023M.Hijrah itu pengorbanan iaitu mengorbankan kehendak hawa nafsu yang tidak bertepi. Hijrah i...
18/07/2023

Salam Maal Hijrah 1445H/2023M.

Hijrah itu pengorbanan iaitu mengorbankan kehendak hawa nafsu yang tidak bertepi. Hijrah itu perjuangan iaitu mujahadah meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT bukan mudah, namun tidak harus menyerah kalah dan lelah.

Semoga tahun baru ini dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya.

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha 1444H/2023M, Hari Raya mengenai pengorbanan, berkongsi dan memberi serta bersyuku...
29/06/2023

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha 1444H/2023M, Hari Raya mengenai pengorbanan, berkongsi dan memberi serta bersyukur. Semoga segala ibadah beroleh keberkatan dan redha Allah SWT.

Bismillahirrahmanirrahim,Selawat dan salam keatas penghulu kita Nabi Muhammad SAW.Assalamualaikum WBT dan Salam Aidilfit...
21/04/2023

Bismillahirrahmanirrahim,
Selawat dan salam keatas penghulu kita Nabi Muhammad SAW.

Assalamualaikum WBT dan Salam Aidilfitri 1444H/2023M,

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, kita dapat bertemu lagi pada bulan Ramadhan kali ini. Semoga puasa kita pada tahun ini diterima dan mendapat rahmat dari Allah SWT supaya kita dapat meneruskan kehidupan seharian sebagai Khalifah di bumi Allah ini dan diberi peluang untuk bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang In Sha' Allah.

Perginya ramadhan digantikan dengan Syawal sebagai tanda kemenangan kepada umat islam ini kerana Allah SWT telah menegaskan sebagaimana firman Nya yang bermaksud;

“Dan hendak lah kamu menyempurnakan bilangan puasa pada bulan Ramadhan dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah apabila berhari raya kerana Allah berikan hidayah kepada mu.”

(Surah Al Baqarah : 185)

Dikesempatan ini kami mewakili ALK Koperasi Permodalan Nusajaya, Johor Bahru Berhad ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri kepada seluruh Umat Islam Khusus kepada warga Koperasi. Sewajarnya Syawal yang bakal menjelma ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Sama-sama lah kita menyemarakkan Hari Raya Aidilfitri ini dengan menziarahi ibu bapa, sanak saudara, sahabat handai bagi mengukuhkan silaturahim di antara kita.

Selain dari itu, s**a kami mengingatkan kepada semua agar sabar dan berhati-hati ketika memandu. Semoga perjalanan anda semua selamat sampai ke destinasi dan ingat orang tersayang.

Akhir kata, kami sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin. Diharapkan ukhwah yang terjalin antara kita akan diperkukuhkan lagi dengan limpahan dan kurniaan Nya. Semoga Syawal ini menjadikan kita hamba Allah SWT yang lebih bertakwa dan lebih kuat melaksanakan tanggungjawab agama.

Amin YaRabbal ‘Alamin.

Salam hormat daripada kami, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Ikhlas daripada;
KOPERASI PERMODALAN NUSAJAYA, JOHOR BAHRU BERHAD

Assalamualaikum WBH dan Salam Ramadhan 1444H,Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, kita diberi p...
22/03/2023

Assalamualaikum WBH dan Salam Ramadhan 1444H,

Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, kita diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak 1444H. Sempena bulan suci yang penuh rahmatNya dan keberkatan ini, marilah kita menyambut bulan mulia ini dengan hati yang bersih agar dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketulusan dan seikhlasnya agar dikurniakan barakah dan merasai nikmatnya Ramadhan ini.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam. Semoga kita diberi kesihatan serta barakahnya, sehingga kita dapat beribadah sepenuhnya di bulan suci Ramadhan ini. Aamiin Yaa Robbal ' Alamin.

Marhaban Yaa Ramadhan

Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya dan selamat bercuti. Kepada yang ...
20/01/2023

Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya dan selamat bercuti. Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hati dalam perjalanan dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

“GONG XI FA CHAI”

PERMOHONAN GERAN USAHAWAN BANGSA JOHOR 2023 KINI DIBUKA!Berita baik buat semua usahawan di Johor. Perbadanan Usahawan Jo...
15/01/2023

PERMOHONAN GERAN USAHAWAN BANGSA JOHOR 2023 KINI DIBUKA!

Berita baik buat semua usahawan di Johor. Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) kini sudah membuka permohonan bantuan geran perniagaan sehingga RM10,000.00 menerusi Geran Usahawan Bangsa Johor (GUBJ 2023) mulai jam 10 malam tadi.

Antara kluster yang layak memohon ialah:

1. Pembuatan dan pemprosesan makanan dan minuman, termasuk perniagaan perkhidmatan catering, penjaja/peniaga kecik dan peniaga kopi jalanan (barista).

2. Pendidikan (merangkumi bidang perkhidmatan yang berkaitan seperti pusat asuhan dan tadika).

3. Percetakan.

4. Automotif (merangkumi bidang perkhidmatan kenderaan bermotor seperti bengkel motorsikal dan bengkel kereta).

5. Perkhidmatan pengurusan acara.

Kepada yang berminat dan tergolong dalam kluster yang dinyatakan, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai butiran syarat permohonan di pautan berikut :

https://www.pujb.my/gubj/

Permohonan juga boleh terus dibuat di PADU dan rujuk menu urus borang menerusi :-

https://padu.pujb.my

Permohonan dibuka sehingga 06 Februari 2023, Isnin, jam 5.00 petang. Kepada usahawan yang berminat dan mahu membuat permohonan, saya doakan semoga anda semua berjaya.

Kepada Allah Berserah
Allah Berkati Johor

SELAMAT TAHUN BARU 2023!Semoga dilimpahi rezeki, dimudahkan segala urusan, kesihatan yang baik dan dirahmati Allah senti...
31/12/2022

SELAMAT TAHUN BARU 2023!

Semoga dilimpahi rezeki, dimudahkan segala urusan, kesihatan yang baik dan dirahmati Allah sentiasa.

Selamat Menyambut Hari Natal 2022 kepada semua penganut agama Kristian di seluruh Malaysia.
24/12/2022

Selamat Menyambut Hari Natal 2022 kepada semua penganut agama Kristian di seluruh Malaysia.

May the divine light of Diwali spread into your life peace, prosperity, happiness, good health and grand success. Happy ...
22/10/2022

May the divine light of Diwali spread into your life peace, prosperity, happiness, good health and grand success.

Happy Diwali 2022!

Terima kasih Malaysia di atas nikmat keamanan dan kemakmuran yang dikecapi selama ini. SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA K...
15/09/2022

Terima kasih Malaysia di atas nikmat keamanan dan kemakmuran yang dikecapi selama ini.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE 59

Address

No. 52-01, Jalan Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika
Johor Bahru
81200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Permodalan Nusajaya Johor Bahru Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share