12/03/2022
Pada asasnya, walaupun telah mengkristal, cecair yang berasal dari lebah ini masih boleh dimakan. Satu-satunya perkara yang berubah adalah bentuk. Khasiat dan kualitinya tidak berubah atau hilang. Madu akan cair perlahan-lahan semasa di dalam mulut. Madu tidak akan luput, tetapi lebih baik menggunakannya sebelum dua tahun kerana keadaan penyimpanan boleh menjejaskan rasa madu.
Untuk makluman, ramai yang beranggapan madu mengkristal bermaksud madu palsu, sedangkan pengkristalan sebenarnya adalah proses semulajadi dalam madu. Proses mengkristal bergantung kepada kandungan gula, suhu, kandungan lembapan, dan masa penyimpanan. Semakin tinggi paras glukosa dalam madu, semakin cepat proses mengkristal akan berlaku. Madu dengan paras glukosa lebih daripada 28 peratus akan mengkristal lebih cepat.
Ihtiyar Meliponini Honey
PREMIUM HONEY
Maklumat lanjut:
π± : +60177825723 (Whatsapp)
π : 3A, Jalan Kebudayaan 15, Taman Universiti, 81300 Johor Bahru, Johor, Malaysia
π : www.ihtiyarmeliponinihoney.com