Perancang Harta Pusaka Islam - Liya

Perancang Harta Pusaka Islam - Liya Pakar Perancangan Harta Pusaka Islam berlandaskan Syariโ€™ah
Penulisan wasiat, Deklarasi Hibah

๐— ๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—บ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐˜๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐˜๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ! ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฟ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ถ ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐˜‚๐—ฐ๐—ถ.*as-Salih...
14/05/2024

๐— ๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—บ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐˜๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐˜๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ! ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฟ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ถ ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐˜‚๐—ฐ๐—ถ.*

as-Salihin Trustee Berhad selaku Pusat Perancangan Harta Pusaka Islam kini menawarkan perkhidmatan โ€๐—ช๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐˜ ๐—˜๐˜…๐—ฝ๐—ฟ๐—ฒ๐˜€๐˜€โ€ bagi memenuhi keperluan Jemaah Haji yang ingin menulis Dokumen Wasiat dengan kadar segera.

Kunjungi mana-mana Pejabat kami atau berjumpa terus dengan Pakar Perancang Harta Pusaka Islam (IEP) di seluruh Malaysia.

Bagi Jemaah yang mempunyai kesempatan masa yang lebih, kami menggalakkan anda untuk menulis Dokumen Wasiat secara Komprehensif demi menjamin kebajikan waris anda kemudian hari.

Sambutlah seruan haji dengan tenang setelah memastikan kebajikan keluarga anda dilindungi.

Siti Norliah Hamzah
Perancangan Harta Pusaka Islam
www.wasap.my/60177442303/wasiatexpress






Allahu..benar apa yg disabdakan Nabi SAW..cuba Kita tanya diri Kita sendiri adakah tahu atau mahir tentang ilmu faraid?๐Ÿ˜ข
21/08/2023

Allahu..benar apa yg disabdakan Nabi SAW..cuba Kita tanya diri Kita sendiri adakah tahu atau mahir tentang ilmu faraid?๐Ÿ˜ข

๐’๐„๐๐€๐๐† ๐‡๐€๐“๐ˆ ๐๐ˆ๐‹๐€ ๐ƒ๐€๐‡ ๐€๐ƒ๐€ ๐–๐€๐’๐ˆ๐€๐“Permudahkan urusan pentadbiran harta, penyelesaian hutang dan pembahagian harta anda kepa...
09/08/2023

๐’๐„๐๐€๐๐† ๐‡๐€๐“๐ˆ ๐๐ˆ๐‹๐€ ๐ƒ๐€๐‡ ๐€๐ƒ๐€ ๐–๐€๐’๐ˆ๐€๐“

Permudahkan urusan pentadbiran harta, penyelesaian hutang dan pembahagian harta anda kepada yang tersayang.

Tulis Wasiat dan lantik Pentadbir Harta anda sekarang.

Mudahkan urusan keluarga anda dan elakkan perebutan harta demi masa depan keluarga yang lebih baik.

Kami boleh urus harta pusaka mengikut hasrat anda apabila tiba masanya.

Rancanglah harta anda dengan pakej kami yang lebih komprehensif dan mengikut prinsip Syariah.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut
www.wasap.my/60177442303/wasiat





APAKAH ITU HIBAH?Hibah ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara s**arela terhadap hartany...
01/08/2023

APAKAH ITU HIBAH?

Hibah ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara s**arela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.

Hibah adalah suatu perkara yang bukan termasuk dalam harta pusaka dan penerima hibah boleh menggunakan harta tersebut untuk dirinya secara mutlak.

Ahli waris yang lain tidak boleh mempertikaikan harta yang diperoleh oleh penerima hibah tersebut.

Pada masa kini, masyarakat Islam di Malaysia sudah sinonim dengan perkataan hibah takaful disebabkan ramai yang mengambil pelan hibah takaful untuk ditinggalkan kepada keluarga selepas berlakunya kematian.

Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa selain daripada hibah takaful, kita masih ada cara lain untuk menghibahkan harta kita seperti:

Wang ringgit
Akaun bank
Saham
Perniagaan
Tanah
Rumah
Bangunan
Pelaburan dan beberapa aset yang lain
Melalui syarikat Amanah seperti as-Salihin Trustee Berhad.

Ramai yang risau tentang perkara ini akan bercanggah dengan hukum dan seolah-olah mereka sudah menidakkan tentang hukum Faraid.

Dalam Islam ada Pensyariatan hibah yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadith Rasullah SAW seperti berikut;

Firman Allah SWT di dalam an-Nisa ayat 4:

โ€œDan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan s**a hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannyaโ€.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

โ€œSaling memberi hadiahlah kamu, nescaya kamu akan saling sayang-menyayangi.โ€

(Riwayat al-Bukhari)

Apa yang kita faham?

Kita tidak dilarang melakukan apa-apa pemberian harta kepada siapa yang kita inginkan.

Tetapi perlu difahami bahawa tidak digalakan melakukan pemberian (hibah) bagi keseluruhan harta, sehingga sewaktu berlakunya kematian, tiada harta yang berbaki untuk diwarisi kepada ahli waris Faraid.

Apa matlamat pemberian Hibah sebenarnya?

Supaya tidak bercanggah dengan apa yang Islam tetapkan. Ini kerana selepas kematian seseorang Muslim, masih ada sistem pembahagian harta pusaka Islam yang perlu dituruti seperti berikut:

Menyelesaikan perbelanjaan pengkebumian;
Menyelesaikan hutang-hutang (dunia dan akhirat);
Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian;
Melaksanakan wasiat;
Pembahagian harta yang tinggal mengikut Faraid.
Kita tidak mahu sewaktu meninggal dunia, seluruh harta telah diserahkan kepada orang lain atau waris, tetapi tanggungjawab kita belum selesai dengan urusan dunia dan akhirat.

Maka dia meninggal dunia dalam keadaan meninggalkan hutang dan tanggungjawab yang belum selesai.

Apabila bercakap tentang ini, Islam sangat menekankan tentang urusan hutang perlu diselesaikan walaupun tidak dituntut. Hutang adalah tanggungjawab kita bukannya tanggungjawab kepada ahli waris.

FUNGSI & JENIS-JENIS HIBAH

Ada sesetengah golongan masyarakat kita salah anggap, bahawa apabila mereka melakukan Hibah Takaful, semua masalah harta pusaka mereka dapat diselesaikan.

Hibah Takaful hanya berkait rapat dengan polisi takaful yang mereka miliki sahaja. Untuk urusan dengan harta lain seperti rumah, saham, barang kemas, kenderaan dan lain-lain tidak terlibat.

Hibah adalah kaedah perancangan perwarisan harta yang boleh dibuat ketika pemilik masih hidup dan di sini saya menerangkan 3 jenis hibah iaitu :

โ€“ Hibah Biasa ( Hibah Mutlak )
โ€“ Hibah Amanah
โ€“ Hibah Takaful ( Hibah Bersyarat )

HIBAH BIASA (Hibah Mutlak)

Hibah Mutlak ini adalah pemberian harta melalui hibah yang dibuat serta merta.

Perpindahan hak milik harta hibah kepada penerima hibah telah disempurnakan serta merta dan semasa hayat penerima hibah.

Harta Hibah ini bukan lagi penjadi harta pemberi hibah.

HIBAH AMANAH

Melalui Hibah amanah ini, pemberi hibah mensyaratkan pemindahan harta kepada penerima hibah hanya akan berlaku setelah beliau meninggal dunia.

Adakah kita perlu melantik pemegang amanah untuk menguruskan pindah milik harta hibah kepada penerima hibah?

Ya, di as-Salihin Trustee Berhad, kami menawarkan Hibah Amanah dimana boleh melantik as-Salihin Trustee Berhad sebagai pemegang amanah untuk menguruskan pindah milik harta.

Apabila pemberi hibah meninggal dunia. Pemegang amanah iaitu as-Salihin Trustee Berhad hendaklah menyerahkan harta yang dihibahkan kepada penerima hibah seperti yang dinyatakan di dalam dokumen hibah.

Ini adalah cara seorang ayah yang ingin melakukan hibah amanah terhadap rumahnya kepada anak perempuannya dengan syarikat as-Salihin Trustee Berhad.

Pemilikan geran tanah hanya akan ditukar milik kepada anak perempuan itu, selepas bapanya meninggal dunia.

Proses pindah milik akan dilakukan sepenuhnya oleh as-Salihin Trustee Berhad, ini kerana syarikat tersebut sudah bertindak sebagai pemegang amanah gantian bagi pihak bapa tadi.

Kaedah ini sebenarnya dapat membantu dalam menyelesaikan banyak masalah pusaka.

Kebanyakan isu masalah harta pusaka tidak dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat, disebabkan faktor kewangan, kurangnya ilmu pengurusan pusaka dan juga berlakunya pertelingkahan di kalangan ahli waris.

HIBAH TAKAFUL ( Hibah bersyarat)

Hibah bersyarat digunakan oleh syarikat takaful untuk kaedah pembayaran tuntutan wang pampasan takaful apabila pemilik takaful meninggal dunia.

Melalui hibah ini pembahagian wang pampasan takaful ini adalah kepada penerima hibah yang dinamakan di dalam di dalam borang hibah setelah kematian pemilik polisi takaful.

Pembahagian ini adalah tidak tertakluk kepada pusaka dan hukum Faraid. Penerima hibah takaful adalah penerima mutlak bagi wang pampasan tersebut.

Adakah perancangan harta digalakkan?

Ya, amat digalakkan.

Walau bagaimanapun, perancangan pembahagian harta itu juga hendaklah selari dengan matlamat untuk mencapai keadilan kepada insan-insan yang kita sayangi.

Hibah ialah satu instrumen sewaktu kita masih hidup untuk melakukan perancangan harta supaya waris tidak akan bermasalah dan mengelakkan pertelingkahan sewaktu urusan pusaka dilaksanakan.

Dalam masa yang sama juga, kaedah perancangan harta ini dapat mengelakkan ahli waris termakan harta secara batil.

Oleh hal yang demikian, ilmu tentang pengurusan harta pusaka hendaklah diperkembangkan supaya masyarakat lebih harmoni dan berkasih-sayang.



01/08/2023

APAKAH ITU HARTA PUSAKA?

Harta pusaka adalah segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati.

Terdapat jenis harta yang termasuk dan tidak termasuk kategori harta pusaka :

Termasuk Harta

1. Semua harta si mati yang diperolehi secara halal;
2. Sewa yang belum dijelaskan kepada si mati;
3. Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematian;
4. Dividen / faedah yang terbit daripada harta si mati;
5. Simpanan KWSP berpenama / tiada penama;
6. Penama Takaful; dan
7. Barang yang terbit selepas mati seseorang dari usahanya semasa hayat.

Bukan Harta Pusaka

1. Harta yang telah dijual, diwakaf, dihibah atau dipegang amanah;
2. Khairat kematian;
3. Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian
4. Imbuhan, pampasan dan sagu hati;
5. Pencen terbitan; dan
6. Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO)

01/08/2023

APAKAH KEPENTINGAN MERANCANG HARTA PUSAKA MELALUI WASIAT DAN HIBAH?

Perancangan Harta Pusaka adalah penting semasa hidup si pemilik harta.

Kegagalan dalam menyediakan perancangan harta pusaka akan membawa kepada kesan sangat buruk seperti:

1. Pertelingkahan ahli keluarga sehingga menyebabkan kes**aran menjalankan pentadbiran pusaka.
2. Tempoh masa yang sangat lama dan menelan kos yang tinggi.
3. Tekanan fizikal dan mental kepada pentadbir mahupun waris-waris.
4. Serta membawa kepada kegagalan dalam mencairkan dan mengagihkan harta pusaka tersebut.

Pada tahun 2020 dicatatkan lebih RM70 billion harta pusaka yang terbeku.

APA PERBEZAAN WASIAT DAN HIBAH?1) WASIATWasiat ertinya iqrar seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya a...
01/08/2023

APA PERBEZAAN WASIAT DAN HIBAH?

1) WASIAT

Wasiat ertinya iqrar seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak selepas dia mati.

Wasiat mempunyai fungsi seperti:

Perlantikan Wasi: Pewasiat mempunyai kelebihan untuk memilih dan melantik wasi atau Pemegang Amanah.
Perlantikan Penjaga Harta: Boleh melantik Penjaga Harta yang akan menjaga harta bagi pihak waris-waris yang masih lagi dibawah umur dan OKU sehinggalah mereka semua cukup umur atau berkemampuan dalam menguruskan harta sendiri.
Penyelesaian hutang dan perbelanjaan: Harta pusaka si mati akan digunakan untuk penyelesaian hutang-piutang dahulu, ini juga terpakai untuk hutang dari sudut agama. Contohnya seperti zakat, fidyah, kaffarah, haji, nazar dan lain-lain.
Pemberian harta pusaka: Pewasiat boleh menyatakan hasrat pemberian harta di dalam wasiat mengikut keinginannya, namun ia terbahagi kepada dua keadaan:
Pemberian kepada bukan waris faraid, contoh seperti anak angkat, sahabat dan lain-lain serta pemberian untuk tujuan sedekah, infaq atau wakaf.
Pemberian ini bersifat pilihan dan tertakluk kepada semaksimum 1/3 daripada seluruh harta pewasiat sahaja. Pemberian ini tidak boleh ditentang.

Pemberian kepada waris faraid, contoh seperti ibu bapa, pasangan, anak lelaki dan lain-lain:
Pemberian yang tidak mengikut kadar Faraid adalah dibenarkan tetapi perlaksanaan pemberian tersebut perlu persetujuan semua waris-waris selepas kematian pewasiat.

Jika semua waris bersetuju dengan wasiat tersebut, maka pemberian akan dibuat mengikut wasiat.

Namun jika ada waris yang tidak bersetuju dengannya, maka wajib diserahkan bahagian faraid mereka yang tidak bersetuju itu.

Pengagihan Baki Harta: Wasiat mempunyai fungsi untuk menguruskan harta pusaka walaupun harta tersebut tidak dinyatakan di dalam wasiat ataupun mungkin tidak wujud semasa wasiat itu dibuat tetapi wujud semasa kematian pewasiat.
Arahan tambahan dan pesanan terakhir: pewasiat boleh menyatakan apa-apa sahaja arahan dan pesanan kepada waris-waris selagi mana ia tidak bertentangan dengan undang-undang dan hukum syarak.

2) HIBAH

Hibah adalah pemberian yang diberikan oleh Pemberi hibah kepada penerima secara percuma tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Hibah mempunyai satu fungsi sahaja iaitu pemberian harta kepada penerima hibah yang dis**ai, pemberian hibah tiada kadar dan had tertentu ia juga tidak tertakluk kepada hutang dan faraid.

Perlaksanaan hibah terbahagi kepada dua iaitu:

Hibah Mutlak: suatu pemberian yang terus disempurnakan pemilikannya ke atas harta tersebut, iaitu akad hibah dan pindahmilik dilakukan serta merta semasa hidup pemberi hibah.
Hibah Amanah: suatu deklarasi pemberian harta yang dibuat oleh pemberi hibah kepada penerima hibah. Dimana selagi pemberi hibah itu masih hidup beliau akan memegang harta hibah sebagai Amanah bagi pihak benefisiari.
Pindah milik harta hibah kepada penerima hibah akan disempurnakan apabila pemberi hibah meninggal dunia atau hilang upaya kekal.

Di as-Salihin Trustee Berhad mencadangkan kepada para pelanggan kami untuk membuat perancangan Hibah Amanah melalui perkhidmatan kami yang dinamakan sebagai Pri-Hibah



Ramai Yang Memiliki Harta Tetapi tidak boleh diwarisi oleh ahli keluarga. Jangan biarkan harta pusaka anda terbeku tanpa...
01/08/2023

Ramai Yang Memiliki Harta Tetapi tidak boleh diwarisi oleh ahli keluarga.

Jangan biarkan harta pusaka anda terbeku tanpa ditadbir dan diagih kepada waris selepas pemergian anda!

Ramai masyarakat Malaysia masih memandang wasiat dan perancangan harta pusaka sebagai perkara yang remeh.

Mereka berpandangan Faraid akan menyelesaikan semua masalah harta pusaka.

Sedangkan mereka tidak sedar bahawa Faraid adalah satu kaedah yang merangkumi hanya dalam aspek penentuan bahagian harta pusaka, dan tidak merangkumi aspek pentadbiran dan pengurusan harta pusaka.

Oleh itu, penting untuk ditekankan mengenai perancangan harta yang lengkap.

Pengurusan Harta merangkumi 3 fasa iaitu pengumpulan, pemeliharaan dan pengagihan.

Peringkat Pertama: Pengumpulan
Peringkat pengumpulan adalah proses dimana kita mencari dan mengumpul aset-aset samada:

aset alih
aset tidak alih
Seperti membeli rumah, kereta, pelaburan dan sebagainya dikira sebagai peringkat pengumpulan.

Peringkat Kedua: Pemeliharaan/Perlindungan
Peringkat ini merupakan satu proses untuk melindungi aset yang telah diperolehi dan dikumpul daripada sebarang kerosakan serta melindungi diri sendiri dalam keadaan berlaku ketidakupayaan.

Contohnya pengurusan perlindungan yang boleh dilakukan adalah dengan melanggan polisi insuran kemalangan, kebakaran ataupun nyawa dan lain-lain lagi.

Peringkat Ketiga: Pengagihan
Peringkat ini akan dijalankan apabila berlaku kematian kepada pemilik harta. Harta yang telah diperolehi dan dikumpul akan diagihkan kepada penerima-penerima yang berhak.

Bagi menjamin peringkat ini dapat dijalankan dengan sempurna, pengurusan pengagihan boleh dijalankan dengan melakukan perancangan awal ketika pemilik harta masih hidup.

Pengurusan harta yang lengkap mesti merangkumi perancangan bagi ketiga-tiga peringkat ini.

Tanpa perancangan awal yang lengkap bagi setiap peringkat, harta yang diperolehi berkemungkinan besar tidak akan memberi sebarang manfaat kepada diri sendiri mahupun ahli keluarga.

Bagi memastikan harta yang ditinggalkan selepas kematian memberi manfaat sepenuhnya kepada ahli keluarga, perancangan harta pusaka bagi peringkat pengagihan merupakan satu kemestian dan pelengkap kepada proses pengurusan harta yang sempurna.

Antara instrumen dalam merancang harta pusaka Islam:

Wasiat
Hibah.
Deklarasi Harta Sepencarian.
Amanah Hayat.
Amanah Takaful/Insurans
Wakaf

Kesimpulannya, perancangan harta pusaka merupakan pelengkap kepada perancangan harta secara sempurna.

Apa itu Harta Pusaka Kecil?Harta Pusaka Kecil merupakan harta yang ditinggalkan oleh Si Mati tanpa meninggal Wasiat.Ciri...
01/08/2023

Apa itu Harta Pusaka Kecil?
Harta Pusaka Kecil merupakan harta yang ditinggalkan oleh Si Mati tanpa meninggal Wasiat.

Ciri-ciri Harta Pusaka Kecil adalah:
1) Jumlah nilaian keseluruhan harta kurang daripada RM 2 Juta;
2) Terdiri daripada harta tak alih (tanah/rumah) sahaja; atau
3) Campuran harta tak alih (tanah/rumah) dan harta alih (wang tunai/ saham/ kenderaan/Takaful/insuran)
(Sumber Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) Sek. 3(2) Akta 9

Baca Artikel Penuh:
https://as-salihin.com/harta-pusaka-kecil



Isu berhubung poligami di kalangan masyarakat Islam di Malaysia sering menjadi tumpuan media massa khususnya hal yang me...
26/07/2023

Isu berhubung poligami di kalangan masyarakat Islam di Malaysia sering menjadi tumpuan media massa khususnya hal yang menyentuh kedudukan hak isteri pertama terhadap harta dalam tempoh perkahwinan tersebut.

Keadaan tersebut sememangnya rumit tetapi bagaimanakah cara untuk menanangi segala kerumitan dan pertelingkahan tersebut. PERKARA UTAMA yang perlu anda tahu adalah

PEMBAHAGIAN FARAID HARTA ISTERI DALAM POLIGAMI

Isteri-Isteri perlu faham hak mereka di dalam Faraid. Menurut Hukum Faraid,

Sekiranya Si Suami meninggal dunia dan beliau meninggalkan anak maka hak isteri keatas harta pusaka adalah 1/8. Sekiranya beliau mempunyai lebih daripada satu isteri maka bahagian 1/8 tersebut akan dibahagi secara sama rata diantara isteri-isteri yang ada iaitu sama ada bahagian setiap mereka itu ialah 1/16 jika dua isteri, 1/24 jika 3 isteri dan 1/32 jika 4 isteri

Adakah bahagian-bahagian tersebut mencukupi untuk mereka menanggung saran diri serta anak-anak?

Bebanan akan lebih berat jika isteri-isteri tersebut ๐—ง๐—œ๐—”๐——๐—” ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ง๐—”๐—ก.

Oleh itu suami dan isteri-steri perlulah membuat perancangan awal agar hak dan kebajikan mereka terpelihara apabila suami meninggal dunia.

Deklarasi Harta Sepencarian melalui ๐—ฃ๐—”๐—ฃ๐—• atau ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐˜€๐—ฒ๐˜ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ adalah instrument pembahagian harta diantara suami dan isteri untuk menjamin dan memelihara hak mereka serta menetapkan pembahagian secara adil dan saksama.

Kelebihan-kelebihan ๐—ฃ๐—”๐—ฃ๐—• juga ialah

1) Pembahagian Mengikut Persetujuan Bersama suami dan isteri
2) Melindungi Hak Suami Isteri.
3) Mempercepatkan proses tuntutan Pembahagian Harta Sepencarian.
4) Menjimatkan masa dan kos.
5) Tiada Pertelingkahan dan Pertikaian.
6) Mudah dan Selesa.

Artikel Penuh di pautan di bawah:
https://as-salihin.com/pembahagian-harta-sepencarian.../

Menurut Laporan Statistik Perkahwinan dan Penceraian Malaysia 2022, jumlah perceraian dalam kalangan rakyat di negara in...
26/07/2023

Menurut Laporan Statistik Perkahwinan dan Penceraian Malaysia 2022, jumlah perceraian dalam kalangan rakyat di negara ini meningkat sebanyak 12 Peratus kepada 56,975 pada tahun 2021 berbanding dengan 50,862 pada tahun sebelumnya.

Poligami dan Penceraian menjadi sinonim dikalangan rakyat Malaysia pada ketika ini.

Ramai yang menyangka hak isteri akan secara automatik menjadi miliknya tanpa perlu dituntut di mahkamah.

Akan tetapi, seorang isteri boleh membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama atau Harta Sepencarian untuk mengelakkan daripada berlakunya salah faham semasa seorang suami berpoligami atau menceraikannya.




KETAHUI HAK ANDA SEBAGAI ISTERIJika suami MENINGGAL DUNIAApakah hak yang boleh diperolehi sebagai seorang isteri?Isteri:...
26/07/2023

KETAHUI HAK ANDA SEBAGAI ISTERI

Jika suami MENINGGAL DUNIA
Apakah hak yang boleh diperolehi sebagai seorang isteri?

Isteri: Bahagian Faraid 1/8 daripada harta SUAMI

Jika lebih seorang isteri, bahagian faraid isteri 1/8 perlu dibahagikan mengikut bilangan isteri secara sama rata,
sekiranya seorang suami meninggalkan anak atau cucu.
Isteri juga berhak ke atas Harta Sepencarian yang telah diperolehi sepanjang tempoh perkahwinan bersama SUAMI.

Bagaimanakah anda sebagai seorang isteri dapat menuntut HARTA PUSAKA dan HARTA SEPENCARIAN daripada arwah suami?

Baca Artikel: https://as-salihin.com/hukum-faraid-jika-suami-meninggal.../




#

Address

Setia Tropika
Johor Bahru
81200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perancang Harta Pusaka Islam - Liya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perancang Harta Pusaka Islam - Liya:

Share