04/12/2020
Sekarang hangat ramai yang dapat keluarkan duit KWSP. APA yang kita fikirkan bila dapat duit RM10,000?
Sudah pasti boleh beli itu dan ini. Secara automatik, kita mula terbayang semua yang diinginkan. Tidak semata yang diperlukan.
Ada juga yang ingin labur sana labur sini. Tidak kurang yang ingin mulakan perniagaan. Nasihat dari pakar pelaburan dan perniagaan, mulakan kecil. Jangan ghairah mula besar. Andai silap langkah, kelak ingin labur, tapi lebur.
Apa yang pasti, jika diperhati masa ini jugalah muncul skim-skim cepat kaya. Banyaknya bagai cendawan tumbuh lepas hujan.
Hati-hati, kawan.
Duit KWSP sebenarnya simpanan paksa. Kerana kajian menunjukkan rakyat Malaysia s**ar menyimpan. Dengan simpanan paksa inilah yang buat rakyat bernafas apabila sampai waktu boleh keluarkan nanti.
Sungguh, godaan apabila punyai banyak duit sangat dahsyat.
Berapa ramai artis yang suatu ketika jutawan, apabila sendu sudah tidak berharta?
Berapa cepat golongan juara yang menang duit dalam sebarang acara dihabiskan begitu sahaja?
Berapa ramai yang mendapat duit bersara tapi habis sehingga terpaksa sambung kerja?
Melihat kepada corak kehidupan yang begini, memang patut kerajaan risau untuk sewenangnya membenarkan rakyat mengeluarkan simpanan mereka.
Namun, tidak semua orang berada dalam bot yang sama. Ada orang botnya besar. Dilambung ombak masih teguh. Tapi ramai juga yang botnya sederhana dan kecil.
Sebelum dana itu habis, buatlah pilihan bagaimana untuk pastikan jumlah yang diterima itu tidak dipersia.
Saya cadang, alihkan sedikit kepada emas. Nilainya makin teguh untuk jangka panjang. Tak susah, serendah RM100 sudah boleh tukar tunai kepada emas.
Pendidik emas
.9