Beyh Royale Skudai

Beyh Royale Skudai Local Business Baginda menginginkan suatu kelainan yang beridentitikan Johor untuk dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung ke Istana Besar Johor.

Minuman Beh hidangan di zaman Sultan Abu Bakar

Minuman beh suatu ketika dahulu, dijadikan sebagai minuman “selamat datang” kepada tetamu yang berkunjung ke Istana Besar Johor semasa zaman pemerintahan Baginda Sultan Abu Bakar. Menurut cerita lama orang dapur Istana, minuman beh mula dihidangkan semasa lawatan Duke of Ediburgh ke Johor pada tahun 1869 dan selepas itu minuman beh telah dihidangkan

kepada tetamu DiRaja dan menjadi hidangan tetap pada semua jamuan Istana. Minuman beh dibuat menggunakan teknik pemeraman menggunakan herba rempah terpilih seperti kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang, limau purut, daun pandan dan beberapa rempah lain. Pada ketika itu semua rempah ratus tersebut di tanam di sekitar Istana Besar Johor. Untuk menyambung kesinambungan dan memelihara minuman warisan ini dan dengan limpah perkenan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, minuman beh kini diusahakan oleh D Heritage Food & Beverages Industries di bawah jenama “Beyh Royale”. Usaha memelihara minuman warisan ini diharapkan dapat meneruskan pratik zaman silam menghidangkan minuman beh di semua jamuan Istana, Kerajaan Johor dan malahan untuk dinikmati masyarakat umum Negeri Johor.

Address

Johor Bahru
81300

Telephone

+60108790061

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Beyh Royale Skudai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share