JT Curtain by Husra

JT Curtain by Husra Kami akan tutup: setiap sabtu + Jumaat minggu ketiga + ahad minggu keempat

Kepakaran kami adalah merealisasikan impian anda mempunyai langsir idaman yang membuatkan rumah anda kelihatan berseri,
Hubungi kami segera untuk dapatkan khidmat nasihat PERCUMA Click sini https://wasap.my/60167046264/langsir

22/02/2022

Jom pasang langsir!

Mudahnya Berurusan dengan Puan Yati.“Salam dik. Ini Kak Yati, kawan Kak As. Akak nak buat langsir. Simple-simple je. Bol...
03/03/2021

Mudahnya Berurusan dengan Puan Yati.

“Salam dik. Ini Kak Yati, kawan Kak As. Akak nak buat langsir. Simple-simple je. Boleh? Macamana ya?”

Itulah ayat pertama Puan Yati ketika menghubungi saya. Daripada mula-mula Puan Yati whatsapp saya je saya rasa happy dan x sabar nak buatkan langsir rumah Puan Yati.

Pada tarikh dan waktu yang dijanjikan, saya pun datang ke rumah Puan Yati untuk ambil ukuran. Tiba masa untuk memilih kain, Puan Yati minta saya yang pilihkan. Jadi, saya pun laju je nak menunjukkan beberapa padanan warna untuk Puan Yati.

Baru masuk padanan kedua, Puan Yati terus cakap “ok lah, akak nak yang ni lah”...aik, terus berkenan 😅 Alhamdulillah, Mudahnya berurusan dengan Puan Yati.

Ok dik, akak bayar deposit dulu, bakinya akak bayar time pasang. Ya Allah...saya dah start terharu dengan cara Puan Yati menyantuni saya. Lepas minum air yang dihidangkan, saya pun balik.

Esoknya saya order kain dan lusa kain sampai. Kami terus jahit. Dalam masa seminggu, langsir siap dan kami datang pasang.

Masa kami datang pasang langsir, suami Puan Yati tengah menyiapkan dapur memasak untuk Puan Yati. Dapur sedia ada kurang sesuai untuk Puan Yati kerana Puan Yati ada sedikit keterbatasan.

Sungguhpun begitu, saya kagum dengan semangat Puan Yati. Beliau begitu ‘well organized’ memguruskan proses pindah ke rumah baru.

Oh ya, dalam tempoh menjahit, sampai lah dah pasang, semua orang cakap warna ni cantik. Bagi saya, warna ni ceria dan lembut. Sesuai dengan personaliti Puan Yati. “Alhamdulillah, pandai Puan Yati pilih kain 😍”

Semoga Allah permudahkan semua urusan Puan Yati. Moga kita jumpa lagi. Terima kasih Puan Yati.

Husra Curtain.
Elok Terletak!

Siri 4: Biasakan yang betul, betulkan yang biasa. Seminggu dua ni kami agak sibuk dengan pemasangan langsir dan restock ...
02/02/2021

Siri 4: Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

Seminggu dua ni kami agak sibuk dengan pemasangan langsir dan restock keperluan-keperluan yang dah habis. Alhamdulillah, selesai order dan rekod semuanya baru saya ada kesempatan nak menulis siri perjalanan 1000 hikmah ni 😊

Ada yang bertanya bila saya nak sambung cerita. Maaf sangat2 baru harini saya siap menulis....Terima kasih semua yang membaca. saya betul2 hargai masa anda luangkan untuk baca cerita saya. Saya akan pastikan anda belajar sesuatu daripada perjalanan 1000 hikmah ni 🥰

Ok, start. Siri 4 ni saya cerita tentang pengurusan kewangan sikit lah.

Dalam masa pkp tahun lepas, bukan sahaja penstrukturan syarikat saya dilakukan, malah syarikat suami juga begitu. Syarikat suami mengenakan pemotongan gaji 40% selaras dengan pengurangan waktu bekerja kepada semua staff. Saya tak salahkan bos suami, sebab saya pun bos kat tempat kerja 😂 dah kerja2 construction tak boleh jalan kan.

Bezanya dengan jtc, kami tak tergamak nak potong gaji pekerja. Saya yang s**arela membuat pemotongan gaji saya untuk mengurangkan perbelanjaan syarikat.

Terduduk juga mula-mula tu...hampir separuh pendapatan keluarga berkurangan. dan sekali lagi benda yang kami amat syukurkan ketika ini ialah kami tiada hutang. Melainkan hutang rumah yang kami masih boleh manage. Ada morotarium kan 😂

Morotarium ni bukan lah bermakna kita dapat duit extra, sebab nanti kita kena bayar juga duit tu. ia cuma penagguhan bayaran hutang, bukan pengurangan jumlah hutang. sebenarnya ia adalah tempoh untuk kita rancang semula perbelanjaan dan suaikan diri dengan tabiat perbelanjaan yang baru.

Maka, dalam masa kami nak suaikan diri dengan jadual kerja yang baru, kami juga perlu suaikan diri dengan tabiat berbelanja yang baru. Kalau sebelum ni kami biasa dengan istilah ‘simpan-belanja-belanja’, sekarang ialah ‘simpan-belanja-simpan’....2 kali simpan 😁 biar x banyak, janji simpan.

Oh ya, Walaupun kami syarikat enterprise, saya tak mengamalkan duit syarikat adalah duit saya. Saya juga mengambil ‘gaji’ tetap (Tapi waktu bekerja sentiasa tak tetap 😂 ). Ini penting untuk kami menguruskan perbelanjaan syarikat dan merancang target pendapatan bulanan. Bila kita dah tahu berapa jumlah perbelanjaan kita, mudah untuk kita uruskan duit kita kan.

Saya belajar perkara ini pada tahun pertama saya berniaga iaitu ketika saya mula menjahit sorang-sorang dirumah. Cikgu saya ajar, JANGAN MEROMPAK DUIT SYARIKAT. Duit syarikat bukan duit kita. Ambillah gaji. Walaupun dalam syarikat enterperise tiada istilah gaji pengurus dan sebagainya, tapi jadikan ia elaun tetap kita. Supaya kita x terlebih ambil duit syarikat.

Kalau ada yang kata tak perlu, terp**anglah. Saya cakap dan saya buat. Saya juga nampak dan rasa impaknya....hasilnya, bila saya nak beli mesin jahit harga rm3000 saya tak perlu berhutang dan paling best saya tak perlu guna duit saya. Bila saya nak beli mesin-mesin untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja, saya boleh beli tanpa guna duit simpanan saya tapi guna je duit simpanan perniagaan tersebut.

Kita cuma bilis dalam dunia perniagaan yang mencabar ni. Nak buat pinjaman bank pun susah kan. Jadi pengurusan kewangan amat penting untuk kita tekankan.

Jadi, saya menyeru kepada rakan-rakan yang berniaga samada yang berniaga sendiri mahupun yang menjadi agen atau dropship buatlah perkara yang sama. Ambil gaji tetap. Lebihan duit boleh buat rolling modal ataupun simpan untuk besarkan perniagaan kelak.

Ia adalah perkara asas yang kecil untuk dilakukan. Tapi besar impaknya....jika impian kita nak jadi besar setanding syarikat besar yang lain, kita kena buat apa yang syarikat2 besar tu buat. Mana yang sesuai diamalkan, kita ambil dan buat. Ok 😊

Sebagai pengguna, Dalam waktu-waktu yang agak mencabar macam sekarang, please jangan stop berbelanja! Tapi urus lah perbelanjaan anda dengan baik. Tak semua perkara yang bukan keperluan tak boleh beli. Kita manusia yang sentiasa ada kemahuan. Tapi, uruskan kemahuan itu. Contohnya, nak buat langsir baru kita boleh buat tabung langsir....kalau dulu kita beli baju baru sebulan sekali, sekarang kita beli baju baru setelah baju lama tak boleh pakai lagi....kalau dulu beli sabun basuh banyak2, stok untuk setahun katanya, tapi sekarang beli bila dah habis, kita bukan nak buka kedai runcit pun kan.

Ok. Saya stop dulu kat sini. In shaa Allah kita sambung di siri kelima nanti 😊 semoga kita semua sentiasa dalam jagaan Allah.





SIRI 3: TAKDIR...IBU HELANG YANG MENGAJAR ANAKNYA TERBANG.Ini bukan lah peristiwa yang paling dahsyat berlaku dalam hidu...
26/01/2021

SIRI 3: TAKDIR...IBU HELANG YANG MENGAJAR ANAKNYA TERBANG.

Ini bukan lah peristiwa yang paling dahsyat berlaku dalam hidup saya. Tapi peristiwa yg berlaku ni melibatkan kehidupan orang lain juga. Bukan saya seorang yang terkesan, tapi suami, team saya, adik beradik dan kawan...

Penstrukturan syarikat dilakukan...demi menjaga kepentingan semua pihak, kesemua rakan kongsi mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Keputusan ini amat berat untuk kami lakukan. Tapi Allah yang izinkan semuanya berlaku. Pasti besar hikmahnya.

Semuanya berlaku secara berperingkat. Kami perlahan2 menyesuaikan diri....bagi pihak saya, kami tak terlalu fokus dengan apa yang terjadi. Sebab tengah sibuk menyusun jadual pemasangan langsir ke rumah client, stock up peralatan & aksesori langsir, juga menyiapkan tempahan.

Hari yang dinanti telah tiba. 8 mei PKPB dilaksanakan. Selepas teliti semula kelonggaran kawalan dan SOP yang kerajaan tetapkan, Maka kami pun mula melakukan pemasangan langsir ke rumah customer pada 10 Mei 2020.

Ada 30 buah rumah yang perlu kami selesaikan. 5 rumah lagi tidak dapat pasang kerana rumah belum siap renovasi. Jadi, Paling lambat 22 Mei mesti dah kena selesai kesemua 30 buah rumah. Sebab 24 Mei dah raya. Saya dan suami ada masa 12 hari. Ya, kami berdua sahaja sebab kami memang kami berdua je lah team pemasangan. Team yang lain semua difokuskan ke bahagian jahitan. Fuh! Bulan puasa ni 😂 pasti terbayang air sirap cincau nanti.

Pas**an Kami tak ramai, tapi kami saling membantu antara satu sama lain. Kami betul-betul sepakat masa ni. Semua ahli pas**an berada di posisi masing-masing dan menjalankan tugas dengan sangat baik. Tahniah team!!!

Setiap hari kami target pasang 3-4 buah rumah. Rutin saya bermula jam 2 pagi dengan gosok langsir yang akan dipasang pada hari ini-sahur seadanya-solat-sambung gosok langsir-bersiap ke rumah client pada 10 pagi-pasang langsir ikut temujanji yang ditetapkan sampai siap-balik-buat kerja rumah-masak berbuka-terawikh-tidur dalam jam 10 ke 11 malam-jam 2 pagi bangun semula.

Setiap 3 hari kami akan kosongkan jadual pemasangan. Untuk setting rail ikut rumah, QC langsir yang dijahit, siapkan kerja-kerja rumah dan waktu ini juga kami dapat rehat lebih sikit untuk recover tenaga dan sakit-sakit badan. Otot terkejut agaknya lepas sekian lama berlemau-lemau di rumah, tiba-tiba jadi buruh kasar 😅

Dua-tiga kali juga kami berbuka di rumah client 🙈 sebab habis kerja dah nak dekat waktu berbuka. Ada juga yang terpaksa sambung lepas waktu berbuka. Kebanyakan hari yang lain, kami buka puasa seadanya sahaja. beberapa kali saya buka puasa dengan minum air je 😅 sebab letih sampai tak lalu makan. En.suami je lah yang makan. Setiap kali perjalanan balik daripada pemasangan langsir, antara topik yang kami wajib bincangkan ialah sampai rumah nanti nak minum air apa yang sedap 😂

Burn-out? Of course! Ye lah, company yang baru nak grow macam kami ni memang banyak urusan yang kami buat sendiri. Manually p**ak tu 😂 nak cut cost kononnya, tapi sendiri merana. Sebelum ni tak terasa sangat sebab paling banyak pun kami pasang 2 rumah je sehari. Kerja berdua, kami ikut kapasiti kami je lah.

Tapi, pengalaman ini membuktikan kami mampu pasang 3-4 buah rumah sebenarnya. Bulan puasa p**a tu 😅 ‘nabi muhammad dulu berperang di bawah terik matahari masa bulan ramadhan, setakat pasang langsir dalam rumah redup2 ni apalah sangat kan’....

Bila Larat ketawa, kami gelak-gelak lah....
Bila penat, kami diam je....
Sebab kalo bercakap, mesti gaduh punya 😂

Syukur....
Saya punya suami yang sangat supportive.
Saya punya team yang sangat productive.
Saya punya rakan kongsi yang banyak mengajar.
Saya punya client yang sangat memahami.
Saya punya keluarga yang saling mendoakan.
Saya punya rakan-rakan yang memberi semangat.
Saya punya Allah yang mengizinkan takdir yang baik untuk kami.
Alhamdulillah 😊

P/s: gambar pertama diambil sejurus sampai ke kampung untuk beraya. Siap je pasang langsir di rumah client, kami terus balik kampung. Jadual pemasangan lari beberapa hari sebab ada langsir yang perlu dibaiki atas beberapa sebab seperti perubahan ukuran pada plaster ceiling, kedudukan aircond dan sebagainya...balik kampung Angkut sekali sekali dengan tangga, toolbox, iron dan segala macam peralatan memasang langsir 😅 Baju raya? Pakai je baju tahun lepas. Sebab kami plan nak rehat je kat rumah. Lepaskan letih...

Gambar kedua ialah gambar timbunan langsir yang dah siap dijahit, diambil sehari sebelum pemasangan bermula....gambar ketiga, hari pertama pemasangan langsir. Masing-masing muka ceria lagi, masuk hari keempat dua-dua kening mula dah nak bercantum 😂

JTCURTAIN BY HUSRA
Elok Jer!




!

CERIAKAN MOOD RUANG KERJA ANDA!Tempat kerja siapa tutup tingkap dengan ...surat khabar? ...gerobok besar?...white board?...
25/01/2021

CERIAKAN MOOD RUANG KERJA ANDA!

Tempat kerja siapa tutup tingkap dengan ...surat khabar? ...gerobok besar?...white board?...vertical blind yang susah nak jaga dan cepat rosak?...tak tutup langsung? 🥴

Dah tiba masanya anda pasang langsir kat tingkap office yang besar tu.

Langsir sunblok membantu anda menjimatkan bill elektrik kedai anda. Aircond cepat sejuk!

Kami ada material yang mudah untuk dibersihkan. Vacuum je!

Material yang tahan cahaya matahari juga. Tak mudah reput!

Jadikan tempat kerja anda lain daripada yang lain. Katakan Selamat tinggal kepada bidai yang tinggi maintainance tu!

Klik link ini untuk terus tempah langsir office anda >> https://wasap.my/60167046264/langsiroffice

Klik link ini untuk bertanya tentang sebut harga langsir baru anda >> https://wasap.my/60167046264/sebutharga

Klik link ini untuk terus tempah langsir rumah baru anda >> https://wasap.my/60167046264/langsirrumahbaru

Klik link ini p**a untuk tukar langsir lama anda kepada langsir baru >> https://wasap.my/60167046264/langsirlamatukarbaru

Siapa cakap office kena pakai bidai je? Oldschool betul tu 😅

JTCURTAIN BY HUSRA
Elok Je!

Haish, anak dara sorang tu. Kemain lagi eh possing atas tangga 😂 yg baju belang tu x padan dengan slip disc 😅 yang tudun...
24/01/2021

Haish, anak dara sorang tu. Kemain lagi eh possing atas tangga 😂
yg baju belang tu x padan dengan slip disc 😅
yang tudung biru tu dia paling tinggi, tapi panjat tangga 10 step pun rilek je.
Saya je yang gayat 🙈 jadi kite tukang perati kaki langsir je lah 😂






SIRI 2: PELANGGAN YANG MUDAH BERURUSAN JUGA SUATU RAHMAT.Siri kedua dan ketiga nanti lebih kepada apa yang berlaku pada ...
24/01/2021

SIRI 2: PELANGGAN YANG MUDAH BERURUSAN JUGA SUATU RAHMAT.

Siri kedua dan ketiga nanti lebih kepada apa yang berlaku pada diri saya. Di mana saya rasa betul2 down. Sampai saya terfikir nak jumpa pakar sakit jiwa 😢

Minggu pertama PKP, haru juga lah kehidupan 😂 x payah cerita tentang fokus, pembahagian masa pun x tentu arah. Dah biasa kerja keluar sana keluar sini, bila kena duduk rumah terus jadi x pandai buat kerja (merujuk kepada kerja-kerja office ye) 😅

Jadi, saya buat planning. Minggu pertama selesaikan kerja-kerja admin dan akaun. Sebelum ni, janji key in je resit-resit tu 🤭 habis waktu kerja je terpacak depan tv tunggu sidang media MKN dan KKM. Ala...semua pun sama kan? 😁

Minggu kedua siapkan tempahan. Ada tempahan yg saya bawa balik, sebab saya x keluar jumpa customer. Jadi saya ganti dengan menjahit...seterusnya, target minggu ketiga ialah siapkan pemasangan...

Tup..tup...PKP sambung lagi 2 minggu. Jem kejap. Saya dah x fikir perkara lain dah masa ni. Dalam kepala ni, client...client...risau betul lah x dapat pasang langsir client. Jadi, saya terus maklumkan client2 yang pemasangan belum boleh dimulakan. In shaa Allah bila kerajaan benarkan pergerakan keluar, kami akan susun semula jadual pemasangan langsir sebelum raya.

Alhamdulillah, semua client amat memahami keadaan. Siap ada yang bagitahu jangan bimbang, tak sempat pasang sebelum raya pun tak apa. Syukurnyaaaa Ya Allah. Dapat client yang bertolak ansur dan mudah berurusan adalah antara nikmat paling besar bagi saya. Terima kasih semua client saya 😭😭😭Semoga Allah juga memudahkan urusan kalian.

Saya lanjutan pkp mengizinkan saya menulis buku. Menulis buku ni kiranya kerja rumah saya lah 😂 buku adalah hadiah untuk pelajar-pelajar saya. Lama betul pelajar tunggu saya siapkan buku (sampai sekarang tak siap-siap 😅). Hai...kan dulu pernah tulis thesis? X sama ke?

Ya, tak sama. Situasinya berbeza. Dulu saya cuma tulis thesis dan mengajar tutor (daam bidang yang sama). Kalini saya menulis buku sambil menguruskan organisasi dan masih buat semua kerja. Satu kerja yang saya berjaya lepaskan kepada pekerja cuma menjahit. Bahagian lain semua saya masih buat sendiri.

Waktu menulis merupakan waktu-waktu kritikal bagi saya. Sebab masa ni saya banyak berfikir dan secara tak langsung saya akan terfikir tentang semua benda lain juga. Sales, keluarga, pekerja, dan banyak lagi (sebab tu buku lambat siap 😅). Saya tak tahu nak luah kat siapa tentang apa yang saya fikir. Jadi, saya perlukan sudut pandangan orang lain untuk merungkai semua yang saya fikir itu.

Saya berhenti menulis. Saya pergi belajar p**ak. Saya ambil keputusan masuk satu kelas marketing ni. Alhamdulillah, berbaloi. sebahagian daripada yang berselirat dalam kepala berjaya dirungkai 😌 lega juga rasanya.

Satu perkara yang cikgu saya cakap, jangan pandang masalah sebagai sesuatu yang mengganggu kita. Tapi pandanglah masalah sebagai guru yang tengah ajar silibus baru kat kita. Dalam masalah wujud banyak peluang sebenarnya. Carilah peluang-peluang itu...

Tapi kelegaan saya tak lama....sesuatu telah berlaku kepada syarikat kami. Saya sambung part ni dalam siri 3 la ye.Terima kasih kalian kerana sudi membaca. Doakan saya kuat nak sambung part lepas ni 😊

Gambar di bawah ialah gambar pemasangan langsir terakhir iaitu dua hari sebelum pengumuman pkp. Di sekolah SK Kota Seri Puteri. Seronok pemasangan kalini. Kami dibantu murid-murid dan cikgu yang bergotong royong kemaskan surau mereka 😍 meriah!




21/01/2021

Lawaaaa baq hang!

Jemput cuci mata langsir baru rumah Puan Katt. Lawa macam showroom tau! Langsir baru ni dibuat sempena nak menyambut kep**angan suami tercinta setelah sekian lama berada di Singapura.

Langsir eyelet tu kami pasangkan klip eyelet. Supaya jarak antara ring sekata dan mudah nampak kemas 😍

Sheer organza warna matte black ni jarang orang minta. Cantik sangat2 🤩🤩🤩

Terima kasih Puan Katt kerana menjadi client terbaik kami. Mudah sangat berurusan dengan Puan Katt.

With love,
Team JTCurtain By Husra.
Elok terletak!

PKP...RAHMAT YANG MENYAMAR.Seperti yang dijanjikan, saya akan mula berkongsi tentang penghijrahan kami. Siri ini Husni n...
21/01/2021

PKP...RAHMAT YANG MENYAMAR.

Seperti yang dijanjikan, saya akan mula berkongsi tentang penghijrahan kami. Siri ini Husni nak namakan dia sebagai . Tujuannya satu je, saya nak pahatkan proses pembelajaran saya dalam ni. Esok-esok mana tahu saya down, saya boleh baca kisah saya sendiri. Kisah sendiri pasti tak akan sama dengan kisah orang lain. Masing-masing punya kasut sendiri. Masing-masing punya perjuangan sendiri kan 😊

Untuk pembaca sekalian, saya cuma harapkan kisah saya dapat memberi sudut pandangan yang lain kepada kita semua. Ada kalanya saya juga meminjam sudut pandangan orang lain untuk hadamkan apa yang berselirat dalam kepala. Dan, ia sangat membantu!

Husni akan cerita daripada tengah. Haaa...barulah dinamik sikit nanti ceritanya (hopefully 😂) boleh cerita flashback, boleh cerita tentang planning.

Ok, start!

Tipu kalau saya cakap yang saya tak terkesan langsung dengan pkp ni. Mana taknya, kelakuan manusia semua berubah. Manusia tidak lagi membeli kerana nak raya, keperluan manusia mula menjurus kepada perkara-perkara dalaman macam ilmu, kestabilan emosi, skill, ketenangan jiwa dan sebagainya, pergerakan manusia juga tak seperti dulu, pola pekerjaan manusia juga menjalani proses perubahan. Jenuh saya nak fahamkan semula.

Semuanya berlaku sekelip mata? Semestinya tidak. Yang pastinya Allah dah bagi hint lama dah...cuma kita tak jangka berapa besar impak dia. Tsunami yang berlaku juga ada tandanya kan. Kuasa Allah menjadikan sesuatu yang melepasi batas dan tahap kelajuan pemikiran manusia.

Abah umum je PKP mula 18 march 2020, saya dah tak sedap hati. Ini bukan sekejap. Tak kan lah 2 minggu je. Cepat betul. Cuma tak tahu apa yang akan jadi lagi lepas ni. Habis PKP 2 minggu ni apa p**ak kan?

Saya tak nak fokus kepada apa yang akan jadi lepas ni. saya berusaha fokus apa yang saya perlu buat sekarang. Langsir raya customer yang sepatutnya pasang sebelum puasa (iaitu 24 april 2020, ada 35 biji rumah lagi). Sebahagian besarnya belum siap jahit, dan kain semua berlonggok kat kedai. Berat-berat p**a tu, kedai tak dibenarkan beroperasi. Tailor kami ada yang tak ada mesin dirumah. Yang ada pun kena berkongsi dengan ibunya yang juga tailor di rumah.

Alhamdulillah, dalam masa 2 hari dengan bantuan suami, kami berdua berjaya agihkan tugasan kepada tailor untuk mereka siapkan di rumah masing-masing. Kami berdua mula angkat mesin jahit industri saya yang kat rumah mak saya dan hantar ke rumah tailor. Ada 4 mesin kat rumah mak (sebab dulu saya menjahit kat rumah sambil jaga mak), 1 hantar ke rumah tailor, 2 hantar ke rumah saya. Angkat Kain berkayu-kayu, angkat mesin lagi. Rumah tailor semua kat pangsapuri 😅 Allahu...bila fikir-fikir balik dari mana lah datangnya kekuatan-kekuatan itu. Terima kasih Allah kerana pinjamkan kekuatan itu kepada kami.

Selesai angkat barang apa semua, tarikh 18 mac 2020 bermula lah rutin baru kami beroperasi dirumah....mencabar tak mencabar, kami redah je.

Saya yakin, semua orang pun struggle masa tu. Yang makan gaji bulanan boleh tarik nafas lega, abah tak bagi potong gaji atau buang pekerja. Terdetik kat hati keadaan ni sampai bila....Syarikat tak beroperasi, macamana nak cari income? Sewa tetap kena bayar, gaji tetap kena bayar. Satu perkara yang sangat saya syukurkan ketika ini ialah kami tiada komitmen hutang. Tapi, Allah Maha Penyayang. Dia bagi kami nikmat masa lapang. Sesuatu yang dah bertahun-tahun saya tak rasa. Bila dapat tu, rasa Janggal sangat!

Apa yang saya buat dengan masa lapang tu? Nanti saya cerita dalam siri seterusnya ya 😊

P/s: gambar kat bawah ni bertarikh 18 mac 202. Trip terakhir kami angkat barang. Alhamdulillah, askar kat roadblock benarkan kami lepas.




!

20/01/2021
20/01/2021

Rumah berusia 25 tahun nampak baru!

Ya, hanya dengan memasang langsir baru dan menukar rangkaian pencahayaan dalam rumah sahaja Puan Zainab telah dapat rumah baru. Suasana yang lebih minimalis, ruang nampak lebih luas, moden dan yang paling penting selesa dan mudah diurus.

Tahniah Puan Zainab 🤩 terima kasih kerana memilih kami di JTCurtain By Husra menjadi sebahagian daripada memori bahagia keluarga Puan Zainab 😍

Jom ikut jejak langkah Puan zainab, dapatkan quotation percuma daripada kami.

Klik link ini sekarang:
Https://wasap.my/60167046264/macamrumahbaru

Https://wasap.my/60167046264/macamrumahbaru

Https://wasap.my/60167046264/macamrumahbaru

Assalamualaikum semua 🤩Semoga harini sebaik hari yang paling indah dalam hidup kita.Alhamdulillah ‘ala kulli hal, dah le...
20/01/2021

Assalamualaikum semua 🤩

Semoga harini sebaik hari yang paling indah dalam hidup kita.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal, dah lebih seminggu kami beroperasi di tempat baru. Lama kami menyepi kan. Bukan apa, kami agak sibuk dengan proses pindah kedai. Sambil-sambil tu kami siapkan kerja-kerja tempahan dan pemasangan langsir. Walaupun penat, Allah mudahkan semuanya 😍

Nak tak kalau Husni ceritakan kisah2 menarik proses dan sebab kami pindah kedai? 🤩

Nantikan siri Inspirasi Husni setiap hari di page JT Curtain By Husra ye. Mana kawan-kawan yang tengah down, yang tengah cari jalan keluar daripada masalah, yang s**a baca kisah-kisah inspirasi daaannnnn yang s**a deko rumah, boleh ikuti posting Husni lepas ni okeh 😍

Salam sayang,
Husni Sani.

Address

01-31, Jalan Bayu Puteri 1/3, Taman Bayu Puteri
Johor Bahru
80150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60167046264

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JT Curtain by Husra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to JT Curtain by Husra:

Share