26/09/2021
Ini merupakan maksud-maksud ayat yang selalu keluar pada status 'Trackking Parcel' terutamanya bagi pengguna Poslaju :
~
1. "Item Posted Over The Counter"
Maksudnya, pekerja kaunter post office/poslaju baru terima parcel/barang dan scan barcode trackking number.
2. "Consignment received and processed from posting at Post Offices"
Maksudnya, konsainan diproses daripada pengeposan di Pejabat Pos. Mungkin data penghantaran dah ready dari Post Office(PO) lagi. Bila sampai Pos Laju, boleh terus hantar keluar.
3. "Item Dispatched Out"
Maksudnya, parcel/barang dihantar keluar dari ofis Pos Laju.
4. "Item Processed"
Maksudnya, parcel/barang sedang diproses di bahagian PO atau Parcel Hub Poslaju. Mungkin waktu itu, pembahagian mengikut lokasi poskod akan dilakukan supaya memudahkan sistem atau proses penghantaran yang akan dilakukan nanti.
5. "Consignment dispatch out from Transit Office"
Maksudnya, parcel/barangan dihantar keluar dari pejabat transit. Jadi anda tidak perlu risau kalau parcel/barang anda tidak sampai-sampai lagi kerana pekerja Poslaju hendak mulakan proses menghantar ke PO berdekatan alamat anda.
6. "Arrive at delivery facility at..."
Maksudnya, parcel/barang sudah tiba di destinasi yang paling dekat untuk dibuat penghantaran ke alamat anda.
7. "Item out for delivery"
Maksudnya, pekerja Poslaju yang menghantar parcel/barang bertanggungjawab untuk buat penghantaran ke alamat anda. Sila pastikan anda letak alamat anda dengan betul untuk memudahkan pekerja tersebut menghantar barang anda terus ke rumah/alamat yang diberi.
8. "Item can be collected at..."
Maksudnya, parcel/barang anda boleh diambil di Poslaju tertera. Ini mungkin berlaku kerana sewaktu penghantaran, anda tidak berada di rumah/ tidak sambut pekerja yang menghantar parcel/barang anda. Ini juga akan membuatkan parcel/barang anda dihantar semula ke pejabat pos yang terdekat untuk penyimpanan yang perlu dituntut sendiri.
9. "Item delivered to (Nama)"
Maksudnya, parcel/barang anda telah selamat sampai kepada anda.
10. "Unsuccessful delivery. Please contact 1-300-300-300 Addressee not available"
Maksudnya, parcel/barang anda tidak dapat dihantar ke alamat anda. Ini berkemungkinan anda tiada dirumah/ tidak sambut pekerja tersebut. Jadi pekerja tersebut akan tinggalkan nota untuk datang keesokan hari untuk 'Second Delivery Attempt' jika anda pilih untuk self-collect.
~
Jika anda sudah beli barang dengan seller dan seller tu sudah pos tetapi tidak bagi trackking number not found, jangan risau. Ini berkemungkinan pekerja pos tersebut belum key in data parcel/barang.