Ayu.Legacy

Ayu.Legacy membantu para suami lemah syahwat

Perasan tak suami isteri akan ada sifat berlawanan, contoh kalau si suami pendiam akan dapat isteri yang bising mulutnya...
13/12/2022

Perasan tak suami isteri akan ada sifat berlawanan, contoh kalau si suami pendiam akan dapat isteri yang bising mulutnya sehingga mencecah 200km sejamšŸ˜‚šŸ˜‚šŸ˜‚

Assalamualaikum sahabatku 😊
13/12/2022

Assalamualaikum sahabatku 😊

Inilah 8 resipi yang membuat keluarga bahgia1. Sentiasa solat berjemaah. Lepas solat, kongsilah doa bersama-sama. Jangan...
08/12/2022

Inilah 8 resipi yang membuat keluarga bahgia

1. Sentiasa solat berjemaah. Lepas solat, kongsilah doa bersama-sama. Jangan malu. Kalau suami segan jadi imam, belajarlah sama-sama sempurnakan sehari demi sehari. Cantumkan doa kalian supaya sehaluan matlamat dan apa yang kamu minta pada Allah hal dunia dan akhirat. Lepas solat, salam cium tangan dan peluklah pasangan masing masing. Kalau masih nak jaga wuduk, salam lapik pun boleh.

2. Syura – nak dapatkan persetujuan mesti ada syura/mesyuarat. Digalakkan setiap malam seperti ā€œpillow talkā€ atau paling kurang seminggu sekali. Hal hati ke hati, ekonomi ke, perjalanan esok hari ke atau hal anak-anak dan banyak lagi.

3. Tanggungjawab suami dan isteri, kena tahu tanggungjawab masing masing. Antaranya hal nafkah atau hal-hal lain kena buat tanggungjawab masing masing.

4. Merajuk jangan lama-lama. Jangan biar lama-lama dan cepatlah peluk pasangan jika merajuk. Selepas itu, tanyalah kenapa terasa. Yang merajuk, beritahu sahaja terus-terang apa yang dirasa, simpan-simpan buat apa bukan kita boleh baca fikiran orang lain. Fikiran dan perasaan sendiri pun kadang-kadang keliru, lagilah nak faham orang lain dalam masa yang singkat.

Selepas beritahu merajuk pasal apa tu, kalau betul ada kekhilafan ambil luahan tu dan perbetulkan keadaan pastu jangan ulang kesilapan yang sama. Kalau berulang-ulang benda sama, siapa pun akan menyirap. Cakap maaf, tidak mengapa, saling maaf-memaafkan.

5. Sentiasa peka perubahan pasangan masing-masing. Supaya senang kita nak kenal. Awal tu kena sesuaikan diri sebab baru hidup bersama.

6. Sentiasa tanam sifat nak bantu pasangan. Masing-masing mesti ada perasaan ini. Jangan sebelah pihak sahaja. Berebutlah nak hulurkan bantuan antara satu sama lain.

Nampak suami tercari-cari tanya dan bantu cari. Kalau isteri nak angkat barang tu, suami ternampak cepat-cepatlah bantu angkat dulu. Kalau boleh berebut antara satu sama lain nak bantu.

Paling penting! Suamilah buang sampah kat rumah tu. Orang lelaki ini kudrat kuat. Setkan setiap hari jam 11 malam mesti buang sampah, masa nilah cek rumah sudah kunci ke belum. Cadar tukar berapa hari sekali, tahu siapa yang buat. Jadual cuci bilik air pun kena ada.

7. Berlaku adil pada tempat dan sepatutnya. Sama rata mesti di aplikasikan, isteri perlukan perhatian, kena bercakap antara satu sama lain. Kena dengar sebelah pihak, mesyuarat nak dapatkan keputusan yang adil. Perlu dipersetujui dua belah pihak.

8. Kebebasan, janganlah mengongkong sangat. Suami nak tengok telefon pun tidak boleh, nak keluar pun tidak boleh. Isteri nak ada ā€˜me time’ tidur siang sekejap pun tidak boleh. Nak terkentut depan pasangan pun tidak boleh.

šŸ’TANDA SUAMI CURANG😯😔😐😫Dalam ikatan perkahwinan, apa yang paling merisau dan menakutkan suami isteri, adalah di curangi ...
07/12/2022

šŸ’TANDA SUAMI CURANG😯😔😐😫
Dalam ikatan perkahwinan, apa yang paling merisau dan menakutkan suami isteri, adalah di curangi pasangan masing masing.
Masalah cenggini, memang sering menjadi kudis buta dalam rumahtangga. Kadangkala bukan suami jer berlaku curang isteri pun, ada juga yang bersikap begitu.
Macam macam alasan digunakan untuk melepaskan kesilapan diri.
Tapi arini, kaknor nak berkongsi dengan anda sedikit info tentang tanda suami curang. Sesayunk, sebagai isteri jangan ingat suami yang baik di depan anda itu tidak curang.
Jangan pandang remeh. Banyak tanda suami curang pada isteri, yang kadangkala isteri sendiri tidak sedar, Ianya suatu pertunjuk.
Percayalah, suami yang tampak bagai seorang ā€˜family-man’ itulah yang cukup berbahaya. Mereka pandai merahsiakan sesuatu dari isteri sendiri.
Jom lihat apakah ciri-ciri atau punca suami curang?
1. MARAH-MARAH APABILA ISTERI TANYA LOKASI SUAMI
Bila isteri tanya, ā€œMalam semalam pergi mana?ā€. Suami jawab, ā€œEh, pergi rumah Mizan la, tengok bola Manchester United lawan Arsenal. Kalau tak percaya, pergilah ā€˜call’ Mizan tuā€, sambil mendengus. Tampak biasa bukan?
Percayalah, bila lelaki bersikap defensif apabila ditanya ke mana dia pergi, itu adalah satu petanda besar yang tidak baik. Kalau betul, buat apa nak tinggikan suara?
Seperkara lagi, suami sangat fobia dengan fungsi ā€˜location tracking’. Fungsi moden ini, contohnya dari Maxis, iaitu produk Maxis Friend Finder akan membuatkan suami tidak senang duduk.
2. MENJADI SAMADA LEBIH GHAIRAH ATAU TIDAK GHAIRAH DENGAN ISTERI
Suami curang lebih ghairah untuk melakukan hubungan intim
Kalau suami tidak melayan isteri di ranjang untuk memenuhi tuntutan seksual, ia sesuatu yang pelik. Walau apa pun alasannya, lelaki normal tidak akan menolak ajakan isteri untuk melayari bahtera rumahtangga.
Apabila suami ghairah tidak bertempat, lain dari kebiasaan, ia juga satu petanda dia menyimpan perempuan lain. Suami sebenarnya rasa bersalah dan ingin menebus kesalahan itu dengan melayani isteri sebaiknya.
Lebih teruk, apabila suami telah ā€˜bersama’ dengan skandalnya itu, ia akan menaikkan hormon testosteron. Lantas, isteri di rumah juga menjadi mangsa rakusnya, walaupun ia halal.
3. TIBA-TIBA BERPERWATAKAN KEMAS & BERPENAMPILAN MENARIK
Suami tiba-tiba cukur misai dan janggut untuk tampak anggun
Dulu tidak pernah peduli dengan penampilan diri. Sekarang, tiba-tiba suami ā€˜tuck-in’ baju ke dalam seluar. Baju kemeja atau t-shirt, hatta jika ingin pergi ke kedai, suami akan seterika sendiri. Suami juga sudah pandai beli minyak wangi. Seluar dalam yang sebelum ini isteri beli, suami sudah pandai memilih. Janggut dan misai sudah pandai ā€˜trim’.
Hati-hati bila perkara di atas berlaku. Pada zahirnya, nampak seperti perubahan positif, sebenarnya ā€˜ada udang di sebalik batu’.
4. PERUBAHAN SIKAP SUAMI YANG KETARA
Suami yang ada ā€˜affair’ dan ā€˜skandal’ akan berubah sikap
Sekadar ingatan, antara tanda lain ialah ā€˜moodā€˜ suami juga berubah-ubah. Sekejap baik yang melampau, sekejap kasar. Sekejap marah, sekejap baik.
Sekejap cium isteri, sekejap malas nak pandang isteri. Pada dasarnya, bila suami ada dua orang perempuan lain dalam satu-satu masa, dia berasa takut dan cemas.
5. SUDAH PANDAI BAWA TELEFON BIMBIT DALAM TANDAS
Kalau tiada apa-apa, kenapa bawa ā€˜handphone’ masuk tandas?
Sememangnya pelik bukan? Buat apa bawa telefon bimbit atau ā€˜handphone’ dalam tandas. Alasan suami untuk bermain ā€˜game’ sebenarnya adalah satu penipuan yang perlu diselidiki.
Suami sebenarnya mengambil peluang untuk main mesej dengan skandalnya itu dalam suasana yang tenang tanpa gangguan isteri dan anak-anak.
6. TELEFON BIMBIT ADA ā€˜PASSWORD
Hati-hati bila suami letak ā€˜password’ pada ā€˜handphone’
Pasangan suami isteri sepatutnya sentiasa berterus-terang antara satu sama lain. Tiada rahsia yang perlu disimpan. Jadi, apabila suami meletakkan ā€˜password’ pada ā€˜handphone’, dengan alasan takut anak ā€˜delete’ mesej penting adalah karut semata-mata.
7. MENJADI SEORANG PERAHSIA & TIDAK MAHU BERCAKAP
Suami tiba-tiba jadi seorang pendiam
Selalunya, suami akan bercerita apa yang berlaku di pejabat. Apabila dia tidak lagi mahu bercakap dengan isteri dan mula berahsia tentang aktiviti hariannya, isteri kena selidik. Suami akan berkata dia sebenarnya penat dan perlukan rehat. Sebenarnya, dia ā€˜penat’ untuk melayani dan mencintai dua perempuan dalam satu-satu masa.
8. ASYIK SURUH ISTERI BALIK RUMAH MAK
Pelik sungguh bila suami tolong ā€˜packing’ beg balik kampung
Dulu selalu marah bila isteri berkeinginan malu melawat mak dan ayah. Sekarang, asalkan hujung minggu sahaja, nak hantar isteri dan anak-anak balik kampung. Apatah lagi cuti sekolah.
Kalau boleh sepanjang cuti sekolah dia mahu bersendirian. ā€œAda banyak kerja, selalu balik lambatā€ katanya. Alasan yang tidak munasabah.
Dulu tidak pernah tolong ā€˜packing’ beg untuk balik kampung. Sekarang suami terlebih rajin p**a tolong siapkan beg, kemas baju dan permainan anak untuk dibawa p**ang.
9. NALURI SEORANG ISTERI, ā€˜6TH SENSEā€˜ ATAU ā€˜WOMAN INSTINCTā€˜ SELALUNYA BETUL
Jangan main-main dengan ā€˜woman instinct’ seorang isteri
Ini ialah tanda yang paling jelas dan terakhir. Bila isteri rasa ā€œMacam ada ā€˜something’ yang tak kena jeā€œ, ia sebenarnya memang ada sesuatu yang tidak kena.
Jarang sekali telahan isteri itu salah. Tidak perlu diperkatakan, setiap isteri memang dikurniakan deria keenam yang tiada siapa boleh menidakkannya.
10. TERLEBIH ā€˜CARING’ PADA ISTERI
Selalunya, suami kita tidak begitu. Tiba-tiba sahaja, dia berubah menjadi teramat baik. Kalau berlaku perubahan mendadak sebegini, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Orang dilamun cinta, begitulah hendaknya. Senyum memanjang. Bila bersama isteri sendiri, dia teringat bersama skandal. Sebab itulah asyik senantiasa senyum. Nama pun lelaki, cukup mudah ditafsir.
Akhir kata, semoga anda semua berhati-hati dengan perubahan suami. Sama-sama kita berdoa agar dapat melayari rumahtangga yang harmoni dan bahagia. Sekadar rujukan dan panduan, tidak semestinya 100% tepat.

Address

Johor Bahru
82300

Telephone

+60139829491

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ayu.Legacy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share