17/08/2020
Assalamu'alaikum sahabat semua!
In shaa Allah, pada 22.08.2020 (sabtu) kami akan mengadakan kursus jenazah di Bilik Seminar PJSB,Setia Tropika bermula jam 10.30 am sehingga jam 5.30 pm bertemakan
"PERSIAPAN SEBELUM,SEWAKTU DAN SESUDAH KEMATIAN"
Kursus ini hanya dibuka kepada 25 orang peserta dengan bayaran RM85.00 sahaja.
Menggabungkan teknologi terkini,ceramah akan disampaikan melalui aplikasi zoom oleh Tuan Haji Mohd Roslan Sambri dan dibimbing oleh Fasilitator PJSB yang diketuai oleh Ustaz Nick Ridwan yang merupakan Imam dan Jurumandi PJSB Johor. Demonstrasi dan latihan praktikal akan diadakan.
Selain memberikan fokus pada menguruskan mandian dan kafan,peserta turut didedahkan dengan topik tambahan seperti:
1. Menguruskan Pesakit Kronik.
2. Tanda Tanda Kematian
3. Tanda Tanda Nazak
4. Kaifiyat Memandikan Jenazah
5. Kaifiyat Mengkafankan Jenazah
6. Kaifiyat Solat Jenazah
7. Kaifiyat Mengebumikan jenazah.
8. Penerangan tentang kelengkapan menguruskan jenazah.
Kursus juga akan mengaplikasikan konsep "kinestetik" dimana peserta akan didedahkan dengan latihan praktikal,peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan melakukan sendiri aktivi kafan. Teknik belajar,sentuh dan buat mampu memberikan lagi kesan yang mendalam kepada para peserta.
Kehadiran peserta hendaklah bermula dari jam 10.30 am sehingga 5.30 pm bagi membolehkan peserta menerima Sijil kehadiran diakhir majlis. Makanan tengahari turut disediakan.
Untuk maklumat lanjut boleh whatsap no dibawah 👇👇👇👇👇👇
www.wasap.my/+60109609677
www.wasap.my/+60109609677
www.wasap.my/+60109609677
Pengurusan Jenazah Sinaran Baharu Sdn Bhd
No.26, Jalan Setiatropika 1/27,
Taman Setia Tropika,Johor.