15/09/2026
π ANUGERAH PERKHIDMATAN 14 TAHUN | PENGHARGAAN ATAS DEDIKASI & KOMITMEN
IMPI Solution Sdn. Bhd. dengan penuh penghargaan meraikan pencapaian 14 tahun perkhidmatan dua orang warga kerja kami, En. Fatkurozi dan En. Rokhani, yang telah bersama-sama menyumbang tenaga, pengalaman dan komitmen dalam perjalanan serta perkembangan syarikat.
Sebagai tanda penghargaan atas segala sumbangan bakti, sokongan, kesetiaan dan komitmen cemerlang yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan, Tuan Sarudin Bin Demin, Pengarah Urusan IMPI Solution Sdn. Bhd., telah menyampaikan Anugerah Perkhidmatan kepada kedua-dua penerima.
Penghargaan ini bukan sekadar memperingati tempoh perkhidmatan, malah menjadi simbol penghormatan syarikat terhadap warga kerja yang sentiasa memberikan komitmen dan memainkan peranan penting dalam membina kejayaan IMPI Solution Sdn. Bhd. sehingga ke hari ini.
Bersempena dengan majlis tersebut, seluruh warga kerja IMPI Solution Sdn. Bhd. turut bersama-sama mengadakan Majlis Doa Selamat di pejabat sebagai tanda kesyukuran serta memohon keberkatan, keselamatan dan dipermudahkan segala urusan syarikat serta seluruh warga kerja.
Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada En. Fatkurozi dan En. Rokhani atas 14 tahun khidmat bakti yang amat dihargai.
Semoga penghargaan ini menjadi kenangan bermakna dan pembakar semangat untuk kita semua terus melangkah maju bersama IMPI Solution Sdn. Bhd.
___________________________________________________________
π 14 YEARS OF SERVICE AWARD | RECOGNISING DEDICATION & COMMITMENT
IMPI Solution Sdn. Bhd. proudly celebrates the remarkable milestone of 14 years of service by two of our valued team members, Mr. Fatkurozi and Mr. Rokhani, who have contributed their time, experience and commitment throughout the company's journey and growth.
In recognition of their valuable contributions, continuous support, loyalty and outstanding commitment, Mr. Sarudin Bin Demin, Managing Director of IMPI Solution Sdn. Bhd., presented the Long Service Award to both recipients.
This recognition not only marks their years of service but also reflects the company's appreciation for dedicated employees who have played an important role in contributing to the continued growth and success of IMPI Solution Sdn. Bhd.
In conjunction with the occasion, the entire IMPI Solution Sdn. Bhd. team also gathered for a Doa Selamat at the office as an expression of gratitude and to pray for continued blessings, safety, success and smooth operations for the company and all its employees.
Our heartfelt congratulations and sincere appreciation go to Mr. Fatkurozi and Mr. Rokhani for their outstanding 14 years of dedicated service.
May this recognition serve as a meaningful milestone and inspire all of us to continue growing, contributing and moving forward together with IMPI Solution Sdn. Bhd.
14 Years of Service β’ Dedication β’ Loyalty β’ Commitment β’ Growing Together