29/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha semua.
Di sebalik kemeriahan Hari Raya Haji, marilah kita menghayati makna sebenar pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi juga peringatan untuk kita mengorbankan sifat ego, kemarahan, kelalaian dan perkara yang menjauhkan diri daripada rahmat-Nya.
Semoga hari yang mulia ini menjadi ruang untuk kita bermuhasabah, memperbaiki hubungan sesama manusia, memperkukuhkan kasih sayang dalam keluarga serta meningkatkan amal ibadah demi bekalan akhirat.
Hargailah insan di sekeliling kita sementara masih diberi kesempatan, kerana kehidupan di dunia hanyalah persinggahan sementara.
Seluruh staf Ezam & Associates mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf zahir dan batin. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah dan pengorbanan kita. Amiin.