Viral Resepi

Viral Resepi Kami share Resepi-resepi Viral, Makanan Sedap & Sesuai untuk Semua! Menjual Udang Galah Air Tawar, Udang Putih Air Tawar & Pelbagai Makanan Laut

RESEPI NASI AMBENGMoh cek resepiBAHAN SAYUR JAWA :3 peket soun + pucuk1 labu bawang besar di hiris5 ulas bawang putih di...
14/03/2024

RESEPI NASI AMBENG

Moh cek resepi

BAHAN SAYUR JAWA :

3 peket soun + pucuk
1 labu bawang besar di hiris
5 ulas bawang putih di hiris
1 inci halia dihiris
Kacang panjang @ buncis di potong serong
2 peket tempe
3 biji ubi kentang di potong kecil dan nipis
10 tangkai cili kering di rendam dalam air panas
1/2 cawan udang di rendam dan di blend halus
Santan kelapa.

CARA MEMASAK :

1.Rendamkan soun

2.Gorengkan pucuk hinggan garing
Masukkan pucuk yang telah di goreng ke dalam air dan ramas ramas kan hingga hancur.

3.Gorengkan kacang panjang , ubi kentang dan tempe.

4.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.

Masukkan cili kering dan udang kering

Masukkan kesemua bahan sayur.

Masukkan santan ikut tahap kebasahan sayur jawa.

Sesuaikan rasa dengan garam dan aji

BAHAN SAMBAL KELAPA :

1 biji kelapa parut
2 biji bawang besar
3 batang serai
5 ulas bawang putih
1/2 cawan udang kering di rendam dalam air
1 sudu jintan manis
2 sudu biji ketumbar
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 sudu gula
Garam
Aji

CARA MEMBUATNYA :

1.Blendkan kesemua bahan kecuali kelapa hingga halus
2.Sangaikan kelapa hingga menjadi ringan dalam kuali dan ketepikan
3.Tumiskan bahan blender dengan 1/2 cawan minyak
Tumis hingga garing dan naik bau
4Masukkan gula, garam dan aji
Masukkan kelapa sangai tadi
Gaul sebati dan masakkan lagi sekejap

Notes
Anda boleh tambahkan cili mesin nak bagi warna sambal kelapa ni merah dan lebih pedas

BAHAN AYAM KICAP :

Ada banyak sangat versi ayam masak kicap ni
Ada cara jawa dan ada cara melayu
Cara jawa tak masukkan cili mesin tapi ada masukkan soun yang di goreng dan air
Cara melayu guna cili mesin dan tak masukkan air
Ikut s**a yang mana ya

1 ekor ayam
2 labu bawang besar di belah 4 tak putus
2 cawan cili mesin
1 sudu kecil lada sulah
4 sudu sos tiram
Kicap manis
5 ulas bawang putih di ketuk.

CARA MEMASAK :

1.Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit
Goreng ayam hingga garing.

2.Goreng bawang besar hingga layu.

3.Tumiskan bawang putih hingga garing.

4.Masukkan cili mesin dan masakkan cili hingga garing.

5.Masukkan sos tiram dan lada putih.

6.Last masukkan bawang besar di goreng tadi.

Yang ni kakzu tak masukkan air
Nak masukkan air bagi berkuah pekat pun boleh
Seuaikan rasa gula dan garam nya

BAHAN BEGEDIL AYAM :

5 biji ubi kentang di potong tebal
1 potong dada ayam
Daun bawang
1 biji bawang besar di hiris halus
Lada sulah dan garam.

CARA MEMBUATNYA :

Gorengkan ubi kentang hingga empuk dan tumbuk hingga lenyek
Gorengkan bawang hingga garing
Kisarkan dada ayam
Hiris halus daun bawang
Satukan kesemua bahan dan perisakan dengan lada sulah dan garam
Bulat bulat leperkan begedil
Bila nak goreng celupkan dalam telur dan goreng dalam minyak yang panas

BAHAN MEE GORENG :

1 peket mee
1 labu bawang besar ( hiris )
5 ulas bawang putin ( hiris )
2 sudu cili mesin
1/4 cawan sos tiram
1/ 4 cawan sos cili
Kicap
Ayam
Sawi

CARA MEMASAK :

1.Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga garing

2.Masukkan cili mesin
Masakkan hingga garing

3.Masukkan cili sos dan sos tiram

4.Masukkan mee dan kicap ikut s**a tahap kehitaman mee
Masukkan air ikut tahap kekembangan mee.

5.Sesuaikan rasa dengan sedikit gula, aji dan garam.
Last masukkan sawi

Sumber : dapur kak zu




Pulut sekaya ...minum petang ni.Lapisan atas ..1 cawan gula merah1 cawan air1 cawan santan4 sudu tepung gandum2 biji tel...
11/03/2024

Pulut sekaya ...minum petang ni.
Lapisan atas ..
1 cawan gula merah
1 cawan air
1 cawan santan
4 sudu tepung gandum
2 biji telur
Gula pasir (klu nk manis )
Kacau semua bahan diatas hingga tidak bergentel dn tapis .
Lapisan bawah
2 cawan pulut direndam selama 1 jam ..dn dikukus bersama 1 1/2 cawan santan cair dn sedikit garam ...kukus hingga masak ..bila dah masak ..ratakan pulut ..bila ratakan letakkan lapisan hingga habis ..dn kukus sehingga lapisan atas masak ...tunggu hingga sejuk baru boleh dipotong dn dihidangkan






Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal SedappFollow kami skrg utk bnyk lagi resepi --> Viral ResepiBahan-bahan :6 ekor ikan c...
11/03/2024

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Sedapp
Follow kami skrg utk bnyk lagi resepi --> Viral Resepi

Bahan-bahan :
6 ekor ikan cencaru(kunyit garamkan)
2 genggam cili kering direbus
3 biji cili merah
Sedikit cili padi
2 biji tomato
2 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci belacan
3 helai daun limau purut carik carikkan
1 biji bawang besar dihiris
1 biji tomato hiris
Sedikit daun bawang
Gula garam secukup rasa

Cara-cara :
1. kisar cili kering bersama bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, belacan&tomato
2. kisar jangan bagi halus sangat ehh
3. panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun limau purut hingga pecah minyak perasakan gula garam
4. masukkan bawang hiris, tomato&daun bawang
5. sumbat sambal bahagian belakang ikan cencaru
6. yang ni nina bakar nak goreng pun boleh je
7. siap

* bakar pakai oven je taknak bagi inti dia terkeluar




26/02/2024

Makanan apa yang sedap dimakan ketika merindui seseorang?😄😄

RESEPI AYAM GORENG EXTRA CRUNCHY HANYA GUNA TEPUNG BESTARIFollow kami >> Viral ResepiPaling s**a bila makan ayam goreng ...
20/02/2024

RESEPI AYAM GORENG EXTRA CRUNCHY HANYA GUNA TEPUNG BESTARI

Follow kami >> Viral Resepi

Paling s**a bila makan ayam goreng extra crunchy ni baru nikmat rasa dia. Memang tak cari lain dahh. Guna tepung bestari je boleh dapat ayam goreng crunchy macam ni tau.

===
Bahan-bahan
===

-Ayam
-Tepung Bestari Original (nak guna yang spicy atau perisa lain pun boleh ikut selera masing-masing)
-Minyak untuk menggoreng

===
Cara Masak
===

LANGKAH 1 : PERAP
-Perap ayam dengan tepung bestari selama setengah jam.
-Cara perap tu agak-agak ayam banyak mana kemudian bancuh dengan air. (Jangan letak garam/perasa sebab tepung bestari ni dah cukup masin).
-Lagi lama ayam diperap, lagi rasa juicy tau! Tapi kalau nak cepat, perap dalam 10 minit pon dah okay. Ikut pada kerajinan nak menunggu.
-Yang ni saya tak bancuh dengan telur sebab kalau letak telur, minyak akan jadi cepat hitam

LANGKAH 2 : SALUT TEPUNG KERING
-Ambil tepung kering (menggunakan tepung bestari jugak) masukkan ke dalam bekas yang besar sebab senang nak gaul ayam nanti.
-Ambil ayam yang dah diperap tadi dan masukkan ke dalam tepung kering.Kita gaul sama rata.
-Pastikan tekap ayam dengan tepung bagi tepung tu bersalut dengan ayam

LANGKAH 3 : CELUP DENGAN AIR
-Seterusnya lepas ni kita akan perlukan satu bekas air sejuk @ air paip.
-Kemudian letak penapis sekali untuk senang tos nanti.
-Lepas tu masukkan ayam yang bersalut tepung tadi ke dalam.
-Celup ayam bertepung tadi sekejap dalam 2 saat.

LANGKAH 4 : TOSKAN
-Lepas tu angkat ayam yang terendam tadi dan toskan.

LANGKAH 5 : SALUT TEPUNG KERING SEKALI LAGI
-Lepas tu masuk semula dalam tepung kering dan gaulkan.
-Tepung kena banyak ye jangan sikit nanti tak jadi kerinting ayam.

LANGKAH 6 : GORENG
-Akhir sekali, goreng ayam dalam minyak panas.
-Oh ya, untuk goreng ayam ni saya pilih untuk goreng dalam periuk sebab kejadian ayam bila digoreng akan jadi lebih cantik.
-Minyak kena banyak bile goreng ayam, supaya taklah hangit bahagian bawah tu. Okay dah siappp! Boleh dihidangkan.

Kredit: Nrl Intan Syafinaz

RESEPI SAMBAL PENYET PALING SEDAP  Saya ni memang sangat s**a makanan indonesia, terutamanya nasi ayam penyet. Dari zama...
27/01/2024

RESEPI SAMBAL PENYET PALING SEDAP

Saya ni memang sangat s**a makanan indonesia, terutamanya nasi ayam penyet. Dari zaman bujang lagi duk layan nasi ayam penyet ni. Siap belajar macam-macam resepi sambal penyet. Tapi semua resepi tu macam ada tak kena. Masih belum betul-betul puas hati dan belum sama macam kedai faveret. Hahahah.
Haritu, ada lah terfikir nak cuba cari resepi yang memang dari orang indonesia. Cari punya cari, terjumpa lah satu resepi ni. Pelik sikit resepi dia, sebab tak letak bawang merah. 😅 Macam risau jugak, takut tak sedap, sebab sebelum ni resepi sambal penyet semua kena letak bawang banyak-banyak. Haha.

Tapi rupa-rupanya resepi ni memang PERFECT. Sedap sangat-sangat bagi tekak saya. Memang rasa macam tak perlu beli kat kedai dah. Hahaha.
Resepinya mudah saja.

Bahan-bahan :
Tomato (belah 4)
Cili besar
Cili padi
Belacan
Ikan bilis (segenggam)
Minyak masak
**Takde s**atan khusus. Agak-agak je ikut selera kita. Nak sedap, lebihkan tomato. Nak pedas, lebihkan cili padi. Nak merah, lebihkan cili besar. Haaa begitulah.

Cara-cara :
1. Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak sehingga garing.
2. Bila ikan bilis dah garing, terus masukkan tomato ke dalam kuali gorengan ikan bilis tadi.
3. Masukkan p**a cili besar, cili padi dan belacan.
4. Goreng sehingga layu.
5. Bila semua dah layu, tutup api, dan biarkan sejuk.
6. Setelah sejuk, baru masukkan dalam blender. Blend kasar sahaja, guna butang pulse. Atau boleh juga guna chopper, atau tumbuk guna lesung batu.
7. Saya punya ni saya guna hand blender.
8. Dah siap blend kasar, masukkan semula sambal tadi ke dalam kuali yang sama.
9. Masak sehingga kering air dan pecah minyak. Letak garam sikit. Boleh tambah gula jika s**a.
10. Siap!

Resepi ni memang resepi sambal penyet terbaik yang saya pernah rasa. Dan suami pun memang konpem bertambah nasi bila saya buat sambal penyet ni. Alhamdulillah. 😍

Selamat mencuba semua.

KREDIT : ANEKA RESIPI UNTUK ANDA

Usaha Alif Satar menjalankan kempen Geng Subuh Macam Jumaat kini menjadi ikutan ramai. Masjid dan Surau di Malaysia suda...
23/01/2024

Usaha Alif Satar menjalankan kempen Geng Subuh Macam Jumaat kini menjadi ikutan ramai. Masjid dan Surau di Malaysia sudah mula mengumpulkan ramai jemaah bagi mengerjakan solat subuh bersama .

Terbaru 3 Masjid utama di bawah JAKIM akan mula menyokong kempen bermula 27 Januari ini.

🕌 Masjid Putra
🕌 Majid Tuanku Mizan Zainal Abidin
🕌 Masjid Negara

Kredit: Oh! Media

Address

Johor Bahru
80100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Viral Resepi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Viral Resepi:

Share